Anda Selalu Sakit Sendi? ELAKKAN 10 Makanan Ini Dalam Diet Di Rumah Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/03/2020 . 3 minit bacaan

Sakit sendi adalah keadaan dimana terdapat keradangan pada kawasan sendi yang sering dikaitkan dengan arthritis, sebagai contoh sakit sendi lutut.

Keradangan tersebut berlaku disekitar sendi, tendon, ligamen, rawan dan otot dan kejadiannya berlaku atas beberapa faktor termasuklah sejarah keluarga, faktor umur, jenis gender, sejarah sakit sendi yang lampau serta obesiti.

Apa yang dimakan oleh kita di dalam kehidupan seharian kita menyumbang kepada perkembangan tubuh badan. Sesetengah jenis makanan boleh merangsang keradangan dalam tubuh dan untuk mengurangkan keradangan tersebut, beberapa jenis makanan perlu dihadkan pengambilannya.

Cadangan berkenaan bagaimana untuk mengurangkan keradangan atau sakit sendi seperti sakit sendi lutut boleh dipertimbangkan melalui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan seperti dibawah:

1. Gluten dan gandum

sakit sendi

Kedua-dua makanan ini menghasilkan tindak balas keradangan terutamanya bagi mereka yang mempunyai alahan kepada gluten atau gandum.

Usus bocor telah dikaitkan dengan sakit sendi dalam banyak kajian. Usus bocor adalah keadaan di mana aliran darah dimasuki oleh toksin dan kotoran melalui usus.

Apabila tubuh memberi amaran dan memulakan tindak balas imun, tindak balas ini mencetuskan keradangan yang menjejaskan bahagian sendi.

Sesetengah pesakit yang mengalami sakit sendi lutut yang alah dengan gluten yang direkodkan mempunyai kesakitan sendi menyatakan bahawa mereka kurang mengalami kesakitan apabila tidak mengambil dua jenis makanan ini dalam pemakanan mereka.

2. Produk makanan berasaskan tenusu

sakit sendi

Produk tenusu mengandungi sejenis protein yang dipanggil casein yang mengiritasi tisu di sekitar sendi dan menyebabkan terhasilnya keradangan.

Bagi mereka yang menderita sa, elakkan megambil sumber protein daripada daging dan sumber tenusu, anda boleh mendapatkan sumber protein daripada sayur-sayuran dan produk vegan seperti kacang, tauhu dan bayam.

3. Minyak jagung

sakit sendi

Minyak jagung atau apa-apa sumber makanan dengan jumlah asid lemak omega-6 yang tinggi boleh mencetuskan keradangan.

Sebarang minyak lain yang diperbuat daripada biji seperti minyak bunga matahari, canola, cottonseed dan grapeseed juga harus dielakkan.

Ini juga termasuklah produk (barangan makanan yang dibakar dan makanan ringan) yang dihasilkan daripada biji atau dengan jumlah asid lemak yang tinggi.

4. Makanan diproses dan bergoreng

makanan diproses

Terdapat pelbagai makanan diproses di rak-rak pasar raya; daripada ayam goreng, nugget, patty daging dan surimi makanan laut.

Semua produk makanan yang diproses ini mengandungi garam, lemak dan bahan pengawet yang tinggi yang menyebabkan keradangan dan mungkin menjejaskan individu yang mengalami sakit sendi.

Kortikosteroid yang digunakan untuk merawat arthritis rheumatoid menyebabkan badan menyimpan lebih banyak garam; yang boleh didapati daripada makanan yang ditinkan dan makanan siap sedia.

5. Sayuran solanaceae

sayuran

Sayuran Solanaceae seperti terung, lada, tomato dan kentang mengandungi solanin; glycoalkaloid yang berkaitan dengan tumbuhan tertentu yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan semulajadi terhadap binatang herbivor, serangga dan penyakit.

Kompaun solanin menghasilkan reaksi dalam penghidap arthritis dengan merosakkan tindak balas fisiologi mereka serta menyebabkan keradangan.

6. Gula

gula

Gula yang diproses menghasilkan cytokins; sekumpulan glikoprotein, peptida dan protein berfungsi untuk memediasi, merangsang dan mengawal peradangan, imuniti dan hematopoiesis badan.

Gula adalah istilah biasa yang digunakan untuk bahan-bahan seperti fruktosa, glukosa, sukrosa, laktosa, maltosa dan lain-lain.

Baca label dengan berhati-hati sebelum anda memutuskan untuk membeli sebarang produk, hanya untuk memastikan anda mengambil kurang gula untuk mengurangkan keradangan sakit sendi lutut anda.

7. Alkohol

alkohol

Alkohol boleh menyebabkan beberapa jenis masalah kesihatan termasuk keradangan.

Menurut Karen Costenbader, seorang pakar reumatologi di Brigham and Women’s Hospital, Boston jumlah penggunaan alkohol yang terhad dapat mengurangkan biomarker keradangan.

Minum terlalu banyak alkohol meningkatkan tahap protein C-reaktif (CRP) dalam badan dan CRP dikenali sebagai isyarat yang kuat bagi keradangan.

8. Daging merah

daging merah

Daging merah mengandungi tahap lemak tepu yang tinggi yang jelas menyumbang kepada obesiti dan meningkatkan keradangan.

Ia juga mengandungi asid lemak omega-6 yang boleh menjejaskan sendi dengan keradangan sekiranya pengambilan daging merah tidak dikawal.

Sesetengah individu dengan arthritis rheumatoid mendakwa bahawa mereka berasa lebih baik apabila mereka tidak memasukkan daging merah sebagai sebahagian daripada makanan mereka.

9. Lemak dan minyak

lemak dan minyak

Tidak semua lemak dikategorikan sebagai lemak yang tidak baik kerana sesetengah lemak diperlukan oleh tubuh untuk mengimbangi diet.

Tetapi untuk mengurangkan keradangan, mereka perlu mengehadkan atau mengelakkan sestengah lemak seperti lemak tepu, asid lemak omega-6 dan lemak trans.

Lemak tepu adalah lemak yang tetap padat pada suhu bilik dan boleh didapati dalam makanan seperti mentega, keju dan daging.

Bagi individu yang menderita sakit sendir, mereka perlu melihat tahap kolesterol mereka dengan mengurangkan pengambilan lemak tepu kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

10. Aspartame

aspartame

Ia adalah pemanis tiruan yang menggantikan gula dalam kebanyakan minuman berkarbonat dan makanan ringan dan boleh didapati dalam lebih daripada 4,000 produk di seluruh dunia.

Aspartame adalah 200 kali lebih manis daripada gula halus; menjadikannya faktor utama mengapa ia digunakan secara meluas dalam industri makanan untuk menggantikan gula.

Ia diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), tetapi jika imun anda bertindak balas terhadapnya sebagai bahan asing, sistem imun akan mencetuskan tindak balas keradangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Tidak dinafikan, pinggan viral mungkin nampak cantik tapi bahaya ekoran terdapat plumbum di dalamnya. Klik artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Anda ingin memberikan buah untuk bayi tetapi perlukah anda masak makanan pejal tersebut? Atau boleh diberikan secara mentah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Ada 8 jenis pemanis buatan yang sering digunakan dalam industri makanan, malah lebih manis dari gula. Namun, benarkah gula buatan ini sebabkan kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mati pucuk

    Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    buffet

    AWAS! Jangan Setuju Sertai Makan Buffet Di Hotel, Boleh Jadi Penyebab COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    pokok lidah jin

    ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 minit bacaan
    atasi-tiub-fallopio-tersumbat-cara-semula-jadi

    Hah! Ada Kaedah Natural Atasi Masalah Tiub Fallopio Tersumbat? Berhasil Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan