10 Jenis Sayur dan Buah untuk Sumber Vitamin C Sewaktu Sahur

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Saat sedang berpuasa, pengambilan makanan dan minuman anda pasti tidak sama seperti sewaktu tidak berpuasa. Kurangnya pengambilan makanan dan minuman ini membuatkan keperluan nutrien dan vitamin anda tidak dipenuhi dengan baik. Salah satunya keperluan vitamin C untuk tubuh anda. Jangan bimbang, anda masih boleh memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur. Jadi, apakah makanan atau minuman yang mengandungi vitamin C yang boleh anda ambil sewaktu sahur?

Buah dan sayuran yang boleh memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur

Vitamin C atau asid askorbat merupakan salah satu vitamin penting yang diperlukan tubuh. Vitamin C bermanfaat sebagai antioksidan yang bertugas mencegah kerosakan sel-sel tubuh akibat pendedahkan kepada radikal bebas. Pengambilan vitamin C ke dalam tubuh boleh melalui pengambilan makanan yang tinggi kandungan vitamin C, atau suplemen dalam pelbagai bentuk.

Untuk memenuhi keperluan vitamin C sewaktu berpuasa, anda boleh memasukkan buah dan sayuran ini ke dalam menu sahur anda.

1. Jambu biji

Selain buah limau, salah satu buah yang menjadi sumber vitamin C adalah buah jambu batu. Kandungan vitamin C pada 100 gram jambu batu boleh mencapai 108 mg vitamin C. Kandungan vitamin C pada buah jambu batu bahkan lebih banyak berbanding kandungan vitamin C pada buah limau.

Kandungan vitamin C  pada buah jambu batu bermanfaat untuk menjaga sistem imun tubuh serta memiliki sifat anti keradangan. Jika tidak suka memakannya secara langsung, anda boleh menjadikan buah ini sebagai jus.

2. Epal

Kandungan vitamin C pada buah epal baik itu epal merah maupun epal hijau juga cukup tinggi. Kandungan vitamin C pada 100 gram buah epal adalah sebanyak 5 mg vitamin C. Anda boleh mengambil buah epal untuk memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur. Anda boleh mengambil buah ini sebelum makan makanan utama sewaktu sahur.

3. Betik

Selain kandungan vitamin A yang tinggi pada buah betik, buah betik juga mengandungi vitamin C. Kandungan vitamin C pada 157 gram buah betik boleh mencapai 95.7 mg. Manfaat lain dari buah betik adalah membantu melancarkan metabolisme pencernaan tubuh.

4. Strawberi

Strawberi merupakan salah satu jenis buah daripada kelompok buah beri. Kandungan vitamin C pada 100 gram buah strawberi iaitu sebanyak 83 mg vitamin C. Kandungan vitamin C pada buah strawberi bermanfaat membantu mencegah radikal bebas, mencegah keradangan, serta mengurangkan risiko penyakit kanser.

5. Markisa

Buah yang dapat memenuhi keperluan vitamin C sewaktu sahur adalah buah markisa. Buah ini memiliki beberapa kandungan di antaranya vitamin C, serat, kalori, dan protein. Kandungan vitamin C pada 100 gram buah markisa adalah sebanyak 72 mg vitamin C.

6. Kubis

Walaupun ramai orang yang tidak menyukai kubis atau sebarang sayur secara amnya, namun kubis boleh membantu menjaga kesihatan tubuh, bagaimana? Kerana 100 gram kubis mengandungi 92.6 mg vitamin C. Pengambilan kubis setiap hari boleh mencukupkan keperluan serat sekitar 5 gram,  50 kalori dan 3.76 gram protein.

7. Brokoli

Brokoli memiliki bentuk seperti kubis bunga namun berwarna hijau padat. Sayuran ini sering dimasak sebagai sup, bubur atau masakan lain. Dalam 100 gram brokoli ditemukan 49 mg kandungan vitamin C, 3 gram serat, 23 kalori dan 1.76 gram protein. Vitamin C dalam brokoli sangat baik untuk mencegah kanser dan sebagai agen antioksida dalam tubuh.

8. Kubis bunga

Kubis bunga banyak boleh diubah menjadi pelbagai jenis masakan. Selain rasanya yang lezat dan renyah, 100 gram brokoli mengandungi 26 mg kandungan vitamin C. Kubis bunga juga mengandungi 2 gram serat, 12 kalori dan 1.23 gram protein. Vitamin C dalam kubis bunga sangat baik untuk menyokong kesihatan tubuh, mempertahankan kekebalan tubuh dan melawan serangan bakteri dan kuman penyebab jangkitan.

9. Labu kuning

Labu kuning disukai oleh ramai orang tua karena memiliki rasa yang lembut, mengenyangkan dan boleh diubah kepada pelbagai macam lauk. Dalam 100 gram labu kuning ditemukan kandungan 23 mg vitamin C, labu juga mengandungi serat hingga 2.1 gram, 23 kalori dan 1.23 gram protein. Kandungan vitamin C dalam buah labu kuning juga berperanan untuk melawan radikal bebas, mencegah kanser dan mengurangkan risiko kesan penuaan awal.

10. Cili benggala hijau

Cili benggala hijau memang tidak terkenal seperti cili benggala merah. Cili benggala hijau hanya disukai oleh beberapa orang sebagai campuran salad atau hiasan dalam masakan. Namun ternyata cili benggala hijau memiliki kandungan nutrien yang sangat penting untuk menyokong kesihatan tubuh. Dalam 50 gram cili benggala hijau, terdapat sekitar 56. 5 gram kandungan vitamin C, 1.6 gram serat, 13 kalori dan 0.52 protein. Kandungan semua nutrien ini boleh membantu memenuhi keperluan tubuh setiap hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 2, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut