Anda Tahu Pisang Yang Anda Makan Sekarang Lebih Cantik Dari Rupa Asal?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/06/2020 . 2 mins read

Siapa sahaja yang tidak pernah memakan buah pisang. 

Isi buahnya yang berwarna krim dan lembut digigit. Tahukah anda, buah pisang lembut yang anda makan itu merupakan hasil daripada pembiakan terpilih atau selective breeding? Sekiranya melihat buah pisang dalam bentuk asalnya, anda pasti tidak menginginkannya. Ia langsung tidak sedap untuk dimakan. Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kami ceritakan mengenai apakah pembiakan terpilih ini. 

Apakah pembiakan terpilih?

Pembiakan terpilih adalah hasil daripada imu dalam bidang bioteknologi. Pembiakan terpilih bermaksud satu proses yang digunakan oleh manusia untuk membangunkan organisma baharu dengan karakter atau ciri yang diingini. Pembiak akan memilih dua jenis organisma dengan ciri tertentu yang diingini untuk dibiakkan semula. Pembiakan terpilih inilah yang digunakan untuk membiakkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih enak, tanaman ladang yang lebih tahan penyakit dan perosak serta haiwan ternakan yang bersaiz lebih besar. Jika tanpa pembiakan terpilih, banyak jenis tanaman dan haiwan tidak akan wujud di dunia ini.

Tanaman hasil pembiakan terpilih

#1. Pisang

Pisang yang kita dapati hari ini pada asalnya bukanlah cantik dan enak seperti sekarang. Secara semula jadinya, ia adalah tumbuhan liar dengan buah yang kecil dan kulit yang tebal dan keras. Ia juga mempunyai biji yang besar dan keras. Kini, kebanyakan pisang yang telah melalui pembiakan terpilih mempunyai buah yang lembut, mudah dikupas dan hampir tiada biji.

#2. Kubis bunga, brokoli, kubis dan kale

Kesemua jenis sayuran tersebut merupakan hasil pembiakan terpilih yang berasal daripada satu jenis tumbuhan yang sama iaitu mustard liar atau wild mustard. Kubis bunga merupakan hasil pemandulan bunga mustard liar. Brokoli pula merupakan hasil daripada penekanan terhadap perkembangan bunga mustard liar. Kale pula merupakan hasil daripada pembesaran daun pokok mustard liar.

#3. Epal

Epal liar mempunyai warna yang lebih terang berbanding jenis epal yang biasa kita makan. Epal yang kita dapati sekarang adalah hasil pembiakan terpilih bagi menghasilkan jenis epal yang lebih baik daripada segi rasa, tekstur dan warna. 

#4. Tomato

Tomato yang kita makan pada hari ini merupakan hasil pembiakan terpilih untuk meningkatkan kandungan nutrisinya. Ia juga menjadikan tomato lebih bertahan lama dengan tekstur yang lebih lembut. Ia juga bertujuan untuk menghasilkan tomato yang lebih tahan penyakit dan serangan serangga yang boleh merosakkan buah tomato

#5. Lobak merah

Tahukah anda bahawa lobak merah pada asalnya berwarna putih? Pada masa dahulu, ia ditanam bukan kerana akarnya, tetapi untuk daunnya. Kira-kira 1,000 tahun dahulu, ia berwarna ungu, kemudian berubah menjadi warna kuning dan kemudiannya berwarna oren hingga sekarang. Lobak merah yang berwarna oren ini merupakan jenis lobak yang paling bernutrisi tinggi dengan kandungan vitamin A yang tinggi.

Kini anda telah tahu, bahawa kebanyakan sayur-sayuran yang anda makan bukanlah dalam bentuk asal semula jadinya. Hampir kebanyakannya merupakan produk hasil pembiakan terpilih yang berjaya menghasilkan sayur-sayuran yang lebih berkualiti tinggi. Berterima kasihlah kepada mereka yang telah berusaha untuk mendapatkan jenis buah dan sayur yang boleh dimakan dengan mudah. Jika tidak, kami pasti bahawa kesemua daripada kita masih mengalami masalah untuk memakan pisang liar yang belum tentu enak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Trend Kesihatan Menjelang 2020

    Terapkan beberapa konsep kesihatan bagi mencapai misi kelanjutan usia dan mengelakkan kematian pramatang. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/12/2019 . 4 mins read

    4 Khasiat Epal Hijau Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi & Kolestrol – Apa Tunggu Lagi?

    Adakah benar terdapat khasiat epal hijau untuk darah tinggi? Bagaimana pula dengan epal merah? Ikutinya dengan lebih lanjut melalui artikel ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Nak Lebih Sihat Dengan Cara Mudah? Cuba Mula Dengan Makan Popcorn!

    Ambil bertih jagung (popcorn) sebagai snek untuk kekal sihat? Tak percaya? Teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/11/2019 . 2 mins read

    Nak Banyakkan Susu Badan? Cuba Ambil 5 Makanan SUNNAH Ini, Lagipun Ramadhan Bakal Tiba!

    Makanan sunnah seperti kurma, buah delima, buah zaitun, anggur dan buah tin mempunyai banyak manfaat. Tahukah anda, buah kurma boleh banyakkan susu ibu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 31/10/2019 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 mins read
    lobak-merah-mitos-penglihatan

    Mitos & Fakta Berkaitan Mata – Lobak Merah Paling Popular

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/03/2020 . 3 mins read
    menu sarapan pagi

    Keliru Nak Sarapan Apa? Jom Try Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Sedap Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/01/2020 . 4 mins read
    makanan

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 5 mins read