backup og meta

Dulu Kena Ikut Asas Piramid Makanan, Sekarang MyPlate & Pinggan Sihat Malaysia?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/09/2023

    Dulu Kena Ikut Asas Piramid Makanan, Sekarang MyPlate & Pinggan Sihat Malaysia?

    Tahukah anda bahawa telah wujud pengganti piramid makanan yang bukan lagi merupakan satu saranan atau panduan dalam hal diet dan pemakanan? Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh di sini.

    Asas piramid makanan

    Sebelum diperkenal pengganti piramid makanan terkini, kita kena tahu yang lama dahulu.

    Ia mengandungi lima kumpulan makanan utama, ditambah lemak yang sihat, berdasarkan apa yang menyumbang kepada diet yang sihat.

    Aras bawah

    Aras paling bawah mengandungi tiga kumpulan makanan berasaskan tumbuhan:

    Aras ini merupakan aras terbesar daripada piramid makanan, maka ia harus membentuk bahagian terbesar diet kita – sekitar 70%.

    Makanan tumbuhan mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan. Makanan ini merupakan sumber utama karbohidrat dan serat dalam diet kita.

    Dalam kumpulan bijirin makanan, pilih bijirin penuh, seperti beras perang, oat dan quinoa, dan mil penuh, gandum penuh atau bijirin tinggi serat untuk pemilihan roti, pasta dan bijirin.

    pengganti piramid makanan

    Aras tengah

    Aras tengah termasuk susu, yogurt, keju dan sebagainya serta daging, ayam, ikan, telur, kacang, dan kumpulan kekacang.

    Makanan dalam kumpulan susu, yogurt, keju dan sebagainya menyediakan badan dengan kalsium dan protein, serta vitamin dan mineral lain.

    Kumpulan makanan ini juga merujuk kepada pilihan makanan bukan tenusu seperti soya, beras atau susu bijirin yang mempunyai sekurang-kurangnya 100mg per 100ml kalsium tambahan.

    Pilih makanan ini dalam versi rendah lemah untuk mengehadkan kalori berlebihan daripada lemak tepu.

    Makanan dalam bahagian daging, ayam, ikan, telur, kacang, kumpulan kekacang adalah sumber utama protein.

    Tetapi setiap makanan ini juga menyediakan campuran nutrien unik, termasuk iodin, zat besi, zink, vitamin B12 dan lemak sihat.

    Anda patut menyasarkan untuk mempelbagaikan pengambilan daging atau bukan daging daripada kumpulan makanan ini.

    Aras atas

    Aras atas merujuk kepada lemak yang sihat kerana badan memerlukan sejumlah kecil setiap hari untuk menyokong kesihatan jantung dan fungsi otak.

    Maka memilih makanan yang mengandungi lemak sihat dan bukannya makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans adalah perlu.

    Pilih lemak poli tidak tepu dan lemak mono tidak tepu daripada sumber tumbuh-tumbuhan, seperti minyak zaitun, kacang dan biji benih.

    Hadkan jumlah lemak tepu yang dimakan dan elakkan lemak trans.

    Lemak yang sihat boleh diperolehi daripada makanan dalam kumpulan makanan lain, seperti avokado, kacang, biji benih dan ikan, jadi hanya sedikit tambahan daripada minyak yang diperlukan setiap hari.

    pengganti piramid makanan

    Pengganti piramid makanan #1. MyPlate

    MyPlate adalah panduan nutrisi USDA yang dikeluarkan pada tahun 2011. Ia merupakan gambaran sebuah pinggan dan gelas yang mewakili 5 kumpulan makanan.

    Pinggan itu dibahagikan kepada 4 bahagian untuk buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein. Imej gelas tersebut pula adalah untuk produk tenusu.

    Cadangan diet yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan Amerika Syarikat telah banyak melalui perubahan sejak berdekad lalu.

    MyPlate yang diperkenalkan sebagai pengganti piramid makanan yang popular sejak awal tahun 1990-an dan dikemas kini pada tahun 2005.

    Kini MyPlate mengesyorkan bahawa separuh makanan di dalam pinggan perlu terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran; 60% sayur-sayuran, dan biji-bijian dan protein dan ini termasuk sekurang-kurangnya 227 gram makanan laut setiap minggu.

    Produk tenusu disyorkan dalam jumlah yang kecil. Cadangan ini mungkin akan terus berubah dari masa ke masa dengan perkembangan dalam bidang sains pemakanan.

    Pengganti piramid makanan #2. Pinggan Sihat Malaysia 

    pengganti piramid makanan

    Ramai yang mungkin mengetahui tentang promosi Piramid Makanan Malaysia yang telah dihasilkan satu ketika dahulu.

    Inisiatif ini bertindak sebagai panduan dalam penyediaan makanan seimbang dan menekankan jumlah makanan bagi setiap kumpulan makanan.

    Kesinambungan daripada usaha ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan pula inisiatif Pinggan Sihat Malaysia (PSM) sebagai alat komunikasi yang lebih berkesan.

    Ia penting untuk menterjemahkan saranan daripada Panduan Diet Malaysia sebagai pengganti piramid makanan dalam usaha membantu rakyat Malaysia mengamalkan tabiat makan secara sihat dengan merancang hidangan harian mereka.

    Kelebihan pengenalan PSM ini adalah ianya merupakan alat visual yang berupaya untuk memberikan gambaran yang jelas tentang jumlah makanan.

    Dalam pada itu, pecahan nutrien makro dan mikro dalam sesuatu hidangan juga dapat diketahui demi mencapai maksud makanan seimbang dan sihat

    Terbaharu, telah muncul pula saranan makanan secara suku-suku separuh. Jadi, mana satu yang anda patut pilih dan patuh ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan