backup og meta

Nasi Lemak Punca Diabetes? Ini 4 Cara Makan Menu Sedap Ini Dengan Lebih Sihat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/09/2023

    Nasi Lemak Punca Diabetes? Ini 4 Cara Makan Menu Sedap Ini Dengan Lebih Sihat!

    Masyarakat Malaysia dan nasi lemak berpisah tidak mungkin kerana ia sudah sinonim dengan kita tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Namun, benarkah nasi lemak punca diabetes?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Benarkah jika nasi lemak punca diabetes?

    Menurut kajian yang dijalankan oleh British Medical Journal terhadap 350,000 individu pada peringkat global, pengambilan nasi yang berlebihan akan meningkatkan risiko diabetes.

    Seperti mana yang anda tahu, masyarakat Malaysia dan nasi adalah berpisah tiada.

    Secara umumnya, kita akan makan nasi hampir setiap hari. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh International Diabetes Federation (IDF), dilaporkan sehingga 3.3 juta rakyat Malaysia mengalami diabetes pada tahun 2015.

    Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa kita tidak boleh menjadikan nasi sebagai “kambing hitam” kepada permasalahan ini.

    nasi lemak punca diabetes

    Untuk pengetahuan anda, Masyarakat Malaysia juga sangat gemar minuman dan manisan yang manis. Jadi, isu tentang nasi lemak punca diabetes itu bukan satu-satunya dalang utama.

    Ini juga merupakan punca utama kepada peningkatan masalah diabetes dan obesiti meningkat di negara kita.

    Tip pengambilan nasi lemak dengan sihat

    Jadi, adakah benar nasi lemak punca diabetes? Sebenarnya, tidak juga. Ia sebenarnya lebih bergantung kepada gaya hidup dan diet anda secara keseluruhan. Boleh cuba tip yang berikut:

    #1. Kawal pengambilan nasi

    Seperti yang anda sedia maklum, nasi lemak adalah tinggi dengan kandungan kolesterol. Ya, ia mungkin bagus untuk membekalkan tenaga namun ia juga akan meningkatkan risiko obesiti.

    Selain itu, kandungan glukosa yang terdapat dalam nasi itu sendiri juga boleh meningkatkan risiko diabetes.

    Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah kawal pengambilan nasi. Anda mungkin boleh makan hanya separuh sahaja.

    Atau jika anda masih mahu makan dalam kuantiti yang banyak, anda boleh campurkan ia dengan separuh nasi putih. Sudah tentu ia lebih sihat, bukan?

    nasi lemak punca diabetes

    #2. Pilih lauk-pauk dengan baik

    Ada individu yang sangat gemar makan nasi lemak bersama dengan lauk-pauk.

    Sebenarnya, ia tidak salah sama sekali. Pun begitu, anda perlu tahu bagaimana cara untuk memilih lauk-pauk ini dengan baik.

    Sebagai contoh, jika anda mahu memakannya dengan ayam goreng, pilih bahagian dada ayam dan elak daripada makan kulitnya.

    Untuk daging pula, sila elak bahagian yang banyak lemak. Begitu juga dengan lauk-pauk yang lain. Elakkan daripada makan bahagian lemak dan cuba kawal amaun pengambilannya juga. 

    #3. Makan putih telur sahaja

    Telur sama ada direbus atau digoreng adalah seperti satu kewajipan di dalam makanan tradisional ini. Ya, ia memang sangat enak dimakan bersama nasi lemak.

    Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa bahagian kuningnya adalah sangat penuh dengan lemak dan kolesterol.

    Jadi, apa yang anda boleh lakukan adalah makan bahagian putih telur sahaja.

    nasi lemak punca diabetes

    Ia mungkin adalah perbuatan yang membazir, namun ia juga adalah perbuatan yang perlu dilakukan demi menjaga kesihatan diri anda.

    #4. Minum banyak air putih

    Pasti anda akan berasa aneh jika makan nasi lemak tanpa air, bukan?

    Kebiasaannya, makanan kegemaran ramai ini akan dimakan bersama air yang juga merupakan kesukaan masyarakat Malaysia iaitu teh tarik, lebih-lebih lagi jika sedang berada di restoran mamak.

    Pun begitu, ia bukan satu pilihan yang bijak kerana kandungan kalorinya yang sangat tinggi.

    Oleh itu, apa salahnya jika anda memesan air yang kurang manis atau kosong?

    Atau ingin lebih sihat lagi, pesan sahaja air putih. Sudah tentu ia mengandungi 0 kalori.

    Konklusinya, adalah kurang tepat jika kita hanya kata nasi lemak punca diabetes kerana ada banyak lagi makanan lain yang boleh jadi dalangnya. Jadi, kawal diet untuk hidup yang lebih sihat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan