backup og meta

Nak Banyakkan Susu Badan? Cuba Ambil 5 Makanan SUNNAH Ini, Lagipun Ramadhan Bakal Tiba!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2022

    Nak Banyakkan Susu Badan? Cuba Ambil 5 Makanan SUNNAH Ini, Lagipun Ramadhan Bakal Tiba!

    Kami ingin bertanya kepada anda, apakah persamaan yang boleh anda dapati antara kurma, buah delima, buah zaitun, anggur dan buah tin? Makanan sunnah?

    Masih meneka? Kami beritahu anda sekarang. Benar, kesemuanya adalah jenis makanan sunnah yang digalakkan untuk dimakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

    Kesemua makanan ini amat disarankan untuk dimakan terutamanya bagi mereka yang beragama Islam. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengetahui manfaat di sebalik pemakanan makanan sunnah ini.

    Kami ingin kongsikan kepada pembaca semua berkenaan khasiat makanan sunnah ini yang telah terbukti secara saintifik.

    #1. Kurma

    makanan sunnah

    Siapa sahaja yang tidak mengenali buah yang satu ini. Kurma amat sinonim dengan bulan Ramadan sebagai satu juadah pembuka sebelum menikmati hidangan lain ketika berbuka puasa.

    Tahukah anda, kurma adalah sejenis buah yang berfungsi sebagai galactagogue atau penggalak susu untuk ibu hamil.

    Buah kurma bertindak meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu dan ia telah disokong melalui kajian yang menunjukkan terdapat peningkatan dari segi kuantiti susu yang dihasilkan.

    Selain itu kurma juga bertindak sebagai pembekal tenaga segera untuk ibu hamil disebabkan oleh kandungan karbohidratnya yang tinggi, selain 15 jenis kandungan garam dan mineral. 

    #2. Delima

    makanan sunnah

    Buah ini biasanya dimakan secara terus atau diminum sebagai jus dan dijadikan jem.

    Untuk pengetahuan anda, kandungan polifenol yang tinggi dalam buah delima mempunyai kesan yang baik terhadap perlindungan sel saraf otak daripada sebarang kerosakan, degenerasi dan kerosakan fungsi otak.

    Ia membantu dalam menambah fungsi ingatan kita melalui peningkatan komponen penting untuk pengaktifan otak.

    #3. Anggur

    buah anggur

    Jika segar digelar anggur, tetapi jika kering ia digelar kismis. Inilah buah yang mempunyai dua nama berdasarkan keadaannya.

    Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi pelbagai sebatian polifenol termasuklah flavonoid, asid fenolik dan resveratrol.

    Berdasarkan kajian, pengambilan sebatian ini melalui pemakanan anggur akan mengurangkan kadar kematian akibat masalah kardiovaskular.

    Flavonoid yang terkandung di dalam anggur juga berpotensi membantu menurunkan tekanan darah.

    #4. Buah zaitun

    buah tin

    Buah zaitun mengandungi kandungan asid oleic yang berpotensi berkesan melawan sel kanser payudara, kolon dan prostat.

    Pengambilan buah zaitun boleh mencegah pertumbuhan sel kanser lebih daripada 25% bagi kanser kolon, 15% bagi kanser payudara dan 10% kanser prostat.

    Selain itu, peningkatan pengambilan buah zaitun juga dikaitkan dengan penurunan risiko untuk anda mengalami rheumatoid arthritis atau sakit sendi. 

    #5. Buah tin

    buah tin

    Buah tin dianggap sebagai salah satu makanan superfood. Buah tin mengandungi kandungan kalori yang rendah dan tidak mengandungi sebarang kandungan lemak.

    Buah tin juga merupakan sumber kalsium yang baik yang boleh mengelakkan anda daripada memiliki osteoporosis atau kerapuhan tulang.

    Selain itu, buah tin juga merupakan sumber antioksidan yang sangat berkualiti yang boleh membantu anda mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas

    1001 manfaat makanan sunnah

    Saranan Nabi Muhammad S.A.W berkenaan cadangan pemakanan makanan yang sihat seperti di atas telah terbukti secara saintifik.

    Oleh itu, tiada sebab untuk anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang hari sedangkan Nabi Muhammad juga turut menggalakkan amalan pemakanan yang sihat. Jangan berasa ragu dan makanlah secara bersederhana.

    Ada banyak lagi makanan sunnah lain yang disarankan untuk diambil seperti habbatus sauda dan susu kambing. Kesemuanya juga terbukti memberikan manfaat kepada kesihatan diri manusia. 

    Ingat, walaupun ia adalah makanan sunnah, setiap pengambilan makanan perlulah diambil secara berpada-pada tanpa berlebih-lebihan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan