Makanan Yang Enak Dan Sihat Untuk Jantung

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Pesakit tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, atau mempunyai sejarah masalah jantung mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi serangan jantung dan strok. Perubahan kecil dalam diet anda boleh mengurangkan risiko tersebut. Oleh itu, anda perlu memilih makanan yang baik untuk jantung anda.

Banyakkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh

Diet yang sihat untuk jantung perlu mengandungi banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh. Makanan ini boleh membantu mengurangkan kolesterol “jahat” LDL kerana mengandungi serat. Untuk mencapai jumlah ini setiap hari, kebanyakan pakar pemakanan mengesyorkan bahawa anda perlu makan sekurang-kurangnya 5 cawan buah-buahan dan sayur-sayuran dan tiga hidangan 1 aun bijirin penuh sehari.

Selain itu, anda perlu makan lebih kekacang (seperti kacang merah) dan bijian. Setiap minggu, sasaran anda perlu 4 hidangan sama ada kacang atau bijian termasuk kacang hitam, garbanzos (juga dikenali sebagai kacang kuda), atau lentil.

Banyakkan lemak sihat

Lemak yang sihat menyihatkan jantung anda. Canola, zaitun, dan minyak kacang mengandungi lemak tak tepu. Penting untuk anda tahu bahawa mentega atau lemak babi lebih cenderung untuk menyumbat arteri anda berbanding minyak ini. Selain minyak ini, ikan juga kaya dengan asid lemak omega-3. Makan lebih banyak ikan seperti tuna albacore, salmon, dan sardin. Omega-3 yang tinggi adalah digalakkan kerana ia mempunyai kesan positif ke atas trigliserida. Ini boleh membantu melawan plak di dalam arteri, menurunkan tekanan darah, dan mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal.

Banyakkan protein tanpa lemak

Makan protein tanpa lemak. Sumber utama protein haruslah dari kacang, ikan, dan ayam, dan pastikan anda mengawal kuantiti pengambilannya. Untuk mendapatkan diet yang sihat, anda perlu mengurangkan daging berlemak tinggi. Makan sekurang-kurangnya dua hidangan 3.5 aun ikan seminggu adalah disyorkan dalam kebanyakan orang. Beberapa jenis daging yang diproses seperti daging, daging deli, sosej atau nuget ayam adalah tidak sihat untuk jantung anda. Jadi cuba hadkanmakanan ini.

Pastikan badan anda mendapat makanan secara berkala. Penting untuk anda tahu bahawa apabila anda melangkau satu hidangan, anda cenderung untuk makan lebih banyak dalam hidangan seterusnya. Walau bagaimanapun, kekerapannya adalah berbeza bagi setiap orang. Bagi sesetengah orang, 5-6 hidangan kecil adalah baik untuk mengehadkan kalori, mengawal gula darah, dan mengawal metabolisme. Bagi orang lain pula, 3 kali hidangan sehari adalah pilihan yang baik kerana hidangan berlebihan boleh menyebabkan adalah terlebih makan. Anda sendiri yang perlu menentukan mana satu yang paling sesuai dengan diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 5, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut