backup og meta

Oh Ada Rupanya! Ini 6 Makanan Tidak Baik TETAPI Boleh Bantu Kurangkan Berat Badan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/07/2022

    Oh Ada Rupanya! Ini 6 Makanan Tidak Baik TETAPI Boleh Bantu Kurangkan Berat Badan!

    “Nak kurus tak boleh makan itu, kena makan ini,” pasti anda biasa dengar dialog sebegitu, bukan? Tapi nak tahu tak, sebenarnya ada makanan tidak sihat tetapi boleh bantu anda kurangkan berat badan? Teruskan baca perkongsian artikel ini.  

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Makanan Tidak Sihat Tapi Bantu Jadi Kurus 

    Penulis yakin menjadi kurus dan dapat mengekalkan berat badan yang seimbang, sudah tentu menjadi impian setiap individu.

    Jom kita ketahui jenis makanan yang dikatakan tidak baik, tetapi boleh membantu untuk kurangkan berat, antaranya:

    1. Telur 

    Penyelidikan terkini menyatakan bahawa pengambilan sebiji telur sehari adalah selamat dan berkhasiat untuk kebanyakan individu dewasa.

    Kebanyakan individu mengatakan telur boleh menyebabkan gemuk tetapi pada hakikatnya, hanya kuning telur sahaja yang mengandungi kolesterol.

    Jadi pengambilan putih telur tentunya sesuatu yang baik untuk kesihatan. 

    2. Makanan tidak sihat – Steak 

    makanan tidak sihat

    Selalu kita dengar bahawa steak adalah makanan tidak sihat. Walau bagaimanapun, bergantung kepada bahagian potongan daging lembu tertentu, ia sebenarnya mempunyai kandungan lemak tepu yang lebih sedikit berbanding sepotong dada ayam tanpa kulit. 

    Steak dengan kandungan protein boleh membantu anda untuk lebih kenyang bagi tempoh yang lama. Tetapi pastikan anda mengambilnya dalam jumlah yang terkawal dan jangan berlebihan, okay?

    3. Pasta 

    Buat pilihan untuk makan pasta yang dihasilkan daripada gandum penuh dan ambil dalam kuantiti yang kecil. Pengambilan pasta akan dapat membuatkan anda lebih kenyang, sekali gus membantu mengurangkan rasa lapar.

    4. Kekacang 

    Kacang mungkin tinggi kandungan lemak tetapi ia adalah daripada jenis lemak yang baik. Ia juga merupakan makanan yang mempunyai kandungan nutrien dan protein – berfungsi untuk menyeimbangkan kandungan gula dalam darah. 

    Ini kerana ia mempunyai kadar indeks glisemik rendah yang dapat menghalang peningkatan tahap gula darah secara mendadak, manakala kandungan magnesium yang tinggi membantu mengekalkan tahap glukosa. 

    5. Makanan tidak sihat – Keju 

    makanan tidak sihat

    Biasanya individu yang ingin kurus akan mengelak pengambilan makanan tenusu yang tinggi kandungan kalsium. Jadi makanlah keju, yogurt dan susu rendah lemak yang pasti dapat menyumbang kepada penurunan berat badan. 

    Ini mungkin tidak akan membantu secara langsung dalam menghilangkan berat badan, tetapi sekurang-kurangnya ia tidak akan menjadi faktor punca kenaikan berat badan.

    6. Kopi 

    Minuman ini hanya jatuh ke dalam kategori sebagai makanan tidak sihat apabila anda mengambilnya dalam kuantiti terlalu banyak, jadi perhatikan kandungan kafein dalam minuman kopi anda atau gabungkan dengan gula, krim atau sirap berperisa. 

    Makanan bantu kurangkan berat badan

    Berikut merupakan jenis makanan yang amat digalakkan pengambilannnya jika anda sedang berkira-kira untuk menurunkan berat badan, antaranya:

    Cendawan

    Rasa dan teksturnya yang hampir dengan daging boleh menjadikannya alternatif yang baik kepada daging. Pengambilan cendawan bagi menggantikan bahagian hidangan daging merupakan strategi yang baik dalam menurunkan berat badan. 

    Kaedah ini telah terbukti oleh kajian sebagai satu teknik yang efektif dalam menurunkan berat badan. Jadi mungkin anda boleh menambah cendawan sebagai salah satu lauk dalam hidangan makanan anda?

    Oat

    Oat adalah pilihan makanan yang baik dalam usaha anda untuk mendapatkan berat badan ideal. Ia membuatkan anda kenyang lebih lama dan juga mengurangkan kolesterol. Apa yang lebih menyeronokkan, ia sangat mudah disediakan dan harganya juga sangat berpatutan.

    Mungkin anda boleh menyediakan overnight oat sebagai makanan untuk memulakan hari anda.

    Caranya campurkan oat dengan susu pilihan, sama ada susu biasa atau perisa coklat, biji chia, walnut, buah-buahan kegemaran dan simpan di dalam peti ais. 

    Kacang pistachio

    Kacang ini adalah snek terbaik bagi mereka yang ingin turunkan berat badan. Kacang ini mengandungi kandungan protein, serat dan lemak sihat yang tinggi.

    Jadi daripada memilih untuk mengambil kerepek kentang sebagai snek ringan, apa kata anda tukar kepada kacang pistachio pula. 

    Minyak zaitun

    Minyak zaitun yang berasal dari Mediterranean ini bukan seperti minyak biasa. Lemak di dalamnya adalah lemak jenis monotepu yang lebih sihat daripada lemak biasa. Ia membantu memanjangkan tempoh kenyang dan menghilangkan rasa lapar. 

    Konklusi

    Sebenarnya, perkara paling penting yang perlu anda utamakan jika ingin kurus, adalah menjaga saiz hidangan makanan yang diambil setiap hari.

    Makan secara berlebihan, walaupun ia merupakan jenis makanan yang baik tetap akan mendatangkan keburukan kepada kesihatan diri.

    Cara paling mudah adalah dengan mempelbagaikan hidangan setiap hari dan mengambilnya dalam saiz hidangan yang kecil.

    Kaedah ini juga memudahkan anda untuk mencatatkan pengambilan gula dan kalori.

    Semoga anda dapat mencapai berat yang diingini dengan cara dan teknik yang selamat, okay? Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan