Cuba Elak Dari Ambil Makanan Bergaram Ketika Waktu Sahur Kelak, Ini 3 Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 2 minit bacaan

Adakah anda pernah rasa haus sedangkan tak sampai setengah hari lagi berpuasa? Kurang minum masa sahur boleh menjadi penyebabnya.

Tapi, boleh juga rasa haus yang datang itu disebabkan oleh makanan yang anda ambil ketika sahur.

Jika anda mengambil terlalu banyak makanan masin di waktu sahur, maka boleh jadi hal ini akan terjadi pada anda. Sebab makanan bergaram ternyata merupakan makanan yang membuatkan kita rasa haus.

Kenapa makanan masin di waktu sahur membuatkan kita cepat haus semasa berpuasa?

Jika anda terbiasa dengan makanan yang mengandungi garam yang tinggi, maka sebenarnya anda berisiko untuk mengalami dehidrasi lebih cepat.

Garam sebahagian besarnya terdiri dari zat yang disebut dengan natrium.

Di dalam tubuh, zat natrium memang mempunyai peranan utama iaitu sebagai pengatur cecair tubuh, sehingga jika kadarnya tak normal akan mengganggu jumlah cecair.

Apabila anda makan makanan yang mengandungi banyak garam, badan akan menyerap natrium hingga pada akhirnya masuk ke dalam aliran darah.

Jika jumlahnya terlalu banyak di dalam darah, makan natrium tersebut akan menarik cecair yang ada di dalam sel-sel badan.

Hal ini menyebabkan sel badan mengalami kekurangan cecair dan akhirnya beberapa fungsi badan berubah. Lalu untuk mengatasi keadaan tersebut, badan akan terus menghantar isyarat kepada otak bahawa badan kekurangan cecair.

Dan otak pun memberi maklum balas terhadap isyarat yang diberikan dengan cara memunculkan rasa haus.

Oleh kerana itu, makanan masin dan enak termasuk dalam makanan yang sebaiknya dikurangkan pengambilannya di waktu sahur

Makanan masin juga boleh buat perut anda berkeroncong

Garam bukan hanya menjadi makanan yang membuatkan haus sahaja, tetapi boleh buat perut anda lebih cepat dan sering berbunyi akibat kelaparan. Bahkan ada beberapa kajian yang telah membuktikan perkara tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Vanderbilt University yang menyatakan bahawa, orang yang mengambil makanan masin secara berlebihan cenderung untuk sering dan cepat rasa lapar berbanding yang tidak mengambil makanan bergaram.

Berapa banyak jumlah garam yang boleh dimakan dalam satu hari?

Bagi anda yang tidak mempunyai sejarah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, atau pelbagai penyakit kronik lain, sebaiknya pengambilan garam paling banyak sebesar 6 gram atau satu sudu teh sehari.

Anjuran dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah perlu menghadkan pengambilan natrium maksimum sebanyak 2300 mg sehari dan dianggarkan jumlah natrium tersebut bersamaan satu sudu teh garam.

Apabila anda mengalami tekanan darah tinggi atau penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, penyakit jantung, dan kencing manis, maka had pengambilan natriumnya tidak sebanyak orang yang sihat.

Hal ini bergantung kepada keadaan fizikal masing-masing.

Lalu bagaimana ketika berpuasa? Apakah batasan garam atau natrium masih sama? Ya, batasan pengambilan garam tidak berbeza dengan hari biasa.

Justeru, sebaiknya anda semakin mengehadkan penggunaan garam kerana makanan masin adalah makanan yang menyebabkan cepat haus.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Virus JE Kembali Serang Malaysia, Kawasan Berdekatan Ladang Babi Jaga-jaga!

    Penyakit Japanese Encephalitis (JE) akan membawa maut jika tidak dirawat segera. Artikel ini membantu anda memahami JE selanjutnya untuk keselamatan anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad

    Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

    Pernah tak anda mengalami situasi pandangan mata anda mempunyai bintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil apabila tengok langit? Itulah floaters mata!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Rambut Saja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal, Ini 5 Puncanya

    Rasa gatal pada misai dan janggut lazim dialami oleh lelaki. Jika serius ia boleh mengganggu produktiviti harian. Ketahui punca dan tip atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Hari-Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur? Ini Derita Pesakit Somniphobia

    Adakah anda rasa terlalu takut untuk tidur setiap hari? Cuba periksa, adakah anda mengalami somniphobia, sejenis fobia terhadap tidur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya onani

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab stretch mark

    Jangan Tak Tahu, Lelaki Pun Boleh Ada Stretch Mark! Ini Penyebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    makan sebelum 7

    Wow! Makan Malam Sebelum Pukul 7 Bukan Untuk Diet Saja, Ada Lagi Manfaat Kesihatan Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    perahan susu badan

    Susu Ibu Dipam Boleh Expired Ke? Ini 5 Tanda Ia Sudah Tidak Elok, Jangan Beri Pada Si Manja

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan