Otak menggunakan bahan kimia – neurotransmiter – untuk menyampaikan maklumat antara sel. Kebanyakan neurotransmiter terhasil daripada asid amino, yang merupakan blok bangunan protein. Jadi, kekurangan protein dalam pengambilan diet pemakanan anda mungkin menyebabkan badan dapat menghasilkan neurotransmiter dengan mencukupi dan ia sekali gus akan menjejaskan cara otak berfungsi. Contohnya, tahap dopamin dan serotonin yang rendah, boleh menyebabkan anda berasa tertekan atau menjadi terlalu agresif.
- Kulit, rambut dan kuku
Protein yang tidak mencukupi dalam badan boleh menimbulkan masalah pada kulit, rambut dan kuku anda. Ini kerana ketiga-tiganya terdiri daripada elastin, kolagen dan keratin. Apabila badan tidak dapat menghasilkannya, anda akan mempunyai rambut yang rapuh atau nipis, kulit kering dan berkerak, dan kuku yang tidak sekata. Walaupun perkara ini mungkin berlaku disebabkan faktor lain, tetapi kekurangan protein boleh menjadi antara penyebabnya.
- Lemah, letih
Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan protein yang tidak mencukupi dalam tempoh seminggu boleh menjejaskan otot yang berperanan untuk pergerakan dan postur badan, terutamanya jika anda berusia lebih 55 tahun. Dari masa ke masa, kekurangan protein boleh mengakibatkan anda kehilangan jisim otot yang akhirnya akan menyebabkan kekuatan anda merosot, menyukarkan anda untuk menjaga keseimbangan dan melambatkan proses metabolisme. Ia juga berisiko mewujudkan masalah anemia, sel-sel badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan akan membuat anda penat.
- Lapar
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen