4 Jenis Makanan Baik Bantu Anda Elak Bahaya Jerebu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/11/2019

Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa bagi beberapa bandar di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Pulau Pinang masih berada pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat. Ramai yang menyedari bahawa jerebu yang terhasil ini berasal daripada wilayah Kalimantan, Indonesia akibat daripada pembakaran hutan untuk tujuan perladangan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia membuat pernyataan bahawa jerebu yang menyelubungi Kuala Lumpur dan bahagian barat Semenanjung Malaysia ini berasal dari Negeri Sarawak. Sikap saling menuding jari ini secara jelas tidak akan membantu mengurangkan gumpalan asap jerebu malah akan mengeruhkan keadaan antara kedua-dua buah negara. Apa yang perlu dilaksanakan adalah mewujudkan kerjasama antara negara yang terjejas iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura, bagi menghapuskan jerebu dengan segera. 

Umum mengetahui bahawa, walaupun berjarak ribuan kilometer antara Semenanjung Malaysia dan Kalimantan, Indonesia, jerebu yang tebal ini masih mampu hadir ke ruang udara negara kita dan pastinya mengambil sedikit waktu untuk sampai ke negara kita. Pastinya usaha untuk menghilangkannya turut mengambil sedikit waktu. Oleh itu, bagi kita yang berhadapan dengan jerebu setiap hari ini pasti memerlukan perlindungan atau perisai semula jadi bagi mengurangkan kesan negatif yang mungkin hinggap pada tubuh badan kita. Cara yang paling mudah adalah melalui pemakanan yang baik yang boleh meningkatkan keupayaan tubuh bagi melawan segala partikel berbahaya. Ikuti nasihat pemakanan berikut bagi membantu tubuh anda daripada terkesan daripada serangan jerebu.

Panduan pemakanan ketika jerebu

Pakar berkaitan kesihatan pernafasan, Chew Huck Chin yang berkhidmat di Mount Elizabeth Novena Hospital, Singapura mencadangkan agar meningkatkan imuniti tubuh dengan memakan makanan yang tinggi kandungan vitamin C, E dan asid lemak omega-3. 

Kaya vitamin C

Vitamin C berfungsi melindungi tubuh daripada molekul berbahaya yang boleh merosakkan sel tubuh. Anda boleh mendapatkan vitamin C daripada pelbagai sumber buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah oren, lemon, brokoli, tomato dan bayam. Anda tidak memerlukan pengambilan suplemen kerana anda boleh mendapatkan vitamin C melalui cara yang jauh lebih murah melalui pemakanan buah-buahan dan sayuran. 

Kaya vitamin E

Kekacang atau bijian adalah sumber terbaik untuk anda mendapatkan vitamin E. Vitamin E berfungsi merangsang sistem imun selain merupakan antioksidan yang baik. Anda boleh memasukkan kacang tanah, badam, biji bunga matahari atau gajus ke dalam hidangan seperti bijirin sarapan pagi sekiranya anda kurang gemar memakannya secara terus. 

Asid lemak omega-3

Apakah pula sumber yang baik bagi mendapakan asid lemak omega-3? Ini juga bukanlah sumber makanan yang sukar untuk didapati. Anda boleh mendapatkan asid lemak omega-3 daripada jenis ikan berminyak (oily fish). Apakah itu ikan berminyak? Ikan berminyak adalah jenis ikan yang mempunyai minyak di dalam bahagian tisunya dan di rongga perut di sekitar usus. Isi ikan ini mengandungi kandungan minyak sehingga 30% dan ia bergantung kepada spesis ikan. Ikan sardin, tenggiri, salmon dan trout adalah antara jenis ikan terkenal yang kaya dengan asid lemak omega-3. Asid lemak omega-3 berperanan mengurangkan keradangan yang berlaku selain menguatkan sistem imun tubuh manusia. 

Minum air

Yang paling penting, anda perlu memperbanyakkan pengambilan air bagi memastikan tahap cecair yang mencukupi dalam tubuh anda. Selain itu, meminum air mampu mengurangkan sebarang keradangan pada bahagian tekak atau mengurangkan sakit tekak akibat daripada pendedahan terhadap jerebu. Teh panas atau suam boleh memberikan kelegaan kepada kesakitan pada tekak yang anda alami.

Apakah jenis makanan yang perlu dielakkan?

Anda perlu mengelakkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan minuman beralkohol kerana jenis minuman seperti ini akan menggalakkan kehilangan cecair tubuh selain menghilangkan nutrien yang terdapat dalam tubuh. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan daging merah dan produk tenusu kerana jenis-jenis makanan seperti ini hanya akan meningkatkan respon keradangan untuk berlaku.

Sentiasa pastikan agar diri anda dan ahli keluarga anda berada dalam keadaan yang sejahtera sepanjang musim jerebu melanda. Kurangkan aktiviti luar rumah dan sentiasa berada dalam ruang tertutup bagi mengurangkan kesan negatif jerebu terhadap kesihatan anda. Gunakan mask sekiranya anda ingin ke luar rumah bagi menyelesaikan urusan tertentu dan tidak menghabiskan masa terlalu lama di luar bangunan sekiranya tidak perlu. Ingatlah, kesihatan anda adalah tanggungjawab anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Tahu Ada Asid Borik Dalam Mi Kuning? Ini BAHAYANYA Jika Anda Termakan Ia!

    Selalu makan mi kuning kan? Anda tahu bahawa asid borik banyak digunakan dalam pembuatan mi kuning dan juga bebola ikan sebelum ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ketahui, Makan Sihat Bukan Hanya Untuk Badan, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

    Makan secara sihat bukan sahaja untuk kecantikan fizikal, malah untuk kesejahteraan mental anda. Percaya atau tidak, makanan boleh mempengaruhi mood anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Mungkin anda boleh melihat kepada anggaran jenis dan kuantiti produk makanan yang boleh anda beli melalui infografik yang kami sediakan di bawah ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Tahu, Mengapa Sarapan Pagi Adalah Makanan Yang Paling Penting Setiap Hari?

    Jika anda ‘skip’ waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah ‘skip’ satu manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    7 Resepi GERENTI SIAP 30 MINIT, Jom Tukar Menu Masakan Anda Minggu Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/03/2020

    JANGAN Ambil 9 Makanan Ini Jika Anda Ingin Elak Diabetes!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/03/2020
    makan pakai tangan

    Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/02/2020

    Nak Panjang Umur? Amalkan Makanan Jepun Ini, Banyak Kebaikannya Buat Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/02/2020