backup og meta

10 Buah-Buahan Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/01/2023

    10 Buah-Buahan Paling TINGGI Kandungan Gula, Jangan Terkejut, Buah Tin Pun Tersenarai!

    Tahukah anda, walaupun buah-buahan adalah jenis makanan yang sihat, ia masih terdapat kandungan gula seperti fruktosa dan sukrosa. Berikut adalah jenis buah buahan yang dikategorikan sebagai buah tinggi gula yang patut anda ketahui. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Adakah gula daripada jenis buah buahan lebih sihat daripada gula biasa?

    Buah-buahan mengandungi jenis gula seperti glukosa, fruktosa dan juga sukrosa.

    Namun, gula yang anda dapati daripada buah-buahan adalah kurang tumpat atau padat berbanding gula daripada sumber lain.

    Apabila seseorang individu mengambil sesuatu yang manis, biasanya akan berlaku lonjakan pada tahap gula dalam darah.

    Namun jika anda mengambil buah-buahan tempatan, lonjakan paras gula darah yang berlaku adalah lebih rendah berbanding sumber gula yang lain.

    Oleh sebab itu, pengambilan sumber gula melalui buah-buahan adalah merupakan pilihan yang lebih baik bagi penghidap diabetes. 

    Selain itu, apabila makan buah-buahan, anda bukan hanya menyerap gula, tetapi juga nutrien lain seperti serat, vitamin dan juga mineral.

    Namun, ini tidak bermakna semua jenis buah adalah sama keadaannya.

    Bagi jenis buah buahan kering, ia mengandungi kandungan gula yang lebih padat dan ia amat tidak sesuai untuk diambil oleh mereka yang menghidap diabetes. 

    Jenis buah buahan dengan kandungan gula yang tinggi

    Bagi penghidap diabetes, jenis buah buahan yang terdapat dalam senarai di bawah ini perlulah dikurangkan pengambilannya disebabkan statusnya sebagai buah tinggi gula.

    #1. Mangga

    jenis buah buahan

    Tahukah anda, sebiji buah mangga boleh mengandungi sehingga 45 gram kandungan gula.

    Jika anda sedang cuba menurunkan berat badan, buah mangga bukanlah salah satu pilihan yang baik.

    Anda boleh mengambilnya dalam beberapa hirisan sahaja dan elakkan daripada memakannya sehingga berbiji-biji.

    #2. Buah laici

    Tahukah anda, di sebalik rasanya yang berjus, manis serta menyegarkan, buah laici boleh dikatakan antara buah paling tinggi kandungan gula.

    Secawan buah laici mengandungi sekitar 29 gram kandungan gula dan ia boleh dikategorikan sangat tinggi. 

    #3. Buah markisa

    Selepas laici, buah yang menduduki takhta ketiga sebagai antara buah tinggi gula ialah buah markisa.

    Buah markisa mengandungi sekitar 26 gram gula bagi setiap cawan yang anda makan. Tinggi, bukan?

    #4. Anggur

    Secawan buah anggur mengandungi sekitar 23 gram kandungan gula.

    Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah makan lebih daripada secawan anggur memandangkan ia bersaiz kecil dan mudah dikunyah sebagai snek.

    #5. Ceri

    Ceri diketahui sebagai salah satu jenis buah tinggi gula. Secawan buah ceri mengandungi sekitar 18 gram kandungan gula.

    Sepertimana buah anggur, anda mungkin tidak perasan bahawa anda telah memakan lebih daripada secawan ceri apabila dijadikan snek sewaktu menonton televisyen.

    #6. Buah pir

    jenis buah buahan

    Ramai daripada kita mungkin amat menggemari buah yang satu ini iaitu buah pir.

    Namun, ia juga adalah sejenis buah yang tinggi kandungan gula.

    Sebiji buah pir bersaiz sederhana mengandungi sekitar 17 gram gula.

    Anda disarankan untuk tidak makan sebiji buah pir jika mahu mengurangkan pengambilan gula harian.

    #7. Tembikai

    Walaupun buah ini tinggi kandungan air, ia juga sebenarnya tinggi kandungan gula.

    Sepotong buah tembikai mengandungi sebanyak 17 gram kandungan gula, sama dengan sebiji buah pir.

    Makanlah dengan bersederhana walaupun anda mungkin tidak merasakan kemanisan buah ini pada lidah anda.

    #8. Buah tin

    Kita mungkin jarang sekali berpeluang untuk makan buah ini dalam bentuk yang segar.

    Biasanya kita hanya memakannya dalam bentuk yang sudah dikeringkan.

    Tahukah anda, dua biji buah tin bersaiz sederhana mengandungi sekitar 16 gram gula.

    Walaupun saiznya agak kecil, namun 2 biji buah ini sudah mencukupi untuk menaikkan kadar gula darah anda.

    #9. Jenis buah buahan kerap dimakan: pisang

    Sebiji buah pisang bersaiz sederhana mengandungi sekitar 14 gram kandungan gula.

    Untuk mengurangkan pengambilan pisang agar tidak keterlaluan, potong kecil separuh pisang tersebut dan masukkannya ke dalam mangkuk bijirin anda. 

    #10. Epal

    jenis buah buahan

    Buah epal juga sebenarnya mengandungi kandungan gula yang agak tinggi.

    Dengan hanya sebiji buah epal, anda akan memperoleh sekitar 11 gram kandungan gula dalam tubuh anda.

    Gula tetap gula walaupun daripada jenis buah buahan

    Dalam apa jua keadaan, anda masih perlu mengambil setiap jenis makanan tersebut secara sederhana.

    Tidak kira walaupun anda dikategorikan bebas sebarang penyakit atau sekadar mengambil buah-buahan, anda masih berisiko untuk menyerap lebih banyak kandungan gula jika makan berlebih-lebihan.

    Oleh itu, makanlah secara bersederhana walaupun ia hanyalah jenis buah buahan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan