backup og meta

Terlalu Kurus? Lihat 5 Cara Mencegah Penurunan Berat Badan Di Bulan Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/09/2021

    Terlalu Kurus? Lihat 5 Cara Mencegah Penurunan Berat Badan Di Bulan Ramadan

    Ketika berpuasa, tidak sedikit orang yang mengalami penurunan berat badan. Bagi sebahagian orang, hal ini akan memberi kesan kurang baik terhadapm badannya, terutamanya jika badan anda sudah terlalu kurus. Tetapi jangan bimbang, anda tetap boleh menjalani puasa dan mencegah berat badan turun dengan beberapa tip berikut.

    Bagaimana cara mencegah berat badan turun di bulan puasa?

    Wajar sebenarnya jika berat badan anda turun sekitar 1-2 kg selepas satu bulan berpuasa. Penurunan berat badan ini berlaku akibat perubahan pola makan yang terjadi semasa anda berpuasa. Disebabkan pengambilan kalori yang masuk berkurang, badan akhirnya menggunakan simpanan lemak – yang selama ini bertanggungjawab ke atas angka berat badan anda. Lemak pun berkurang dan akhirnya berat badan anda turun.

    Lalu bagaimana ingin mengelakkan berat badan anda dari turun? Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mencegah berat badan turun semasa berpuasa.

    1. Sediakan hidangan yang tepat

    Keperluan kalori anda pada dasarnya sama saja seperti hari-hari biasa. Contohnya, jika keperluan kalori anda sehari adalah sekitar 2000 kalori, anda harus berusaha memenuhi pengambilan tersebut meskipun sedang berpuasa. Misalnya, bahagiakan jumlah kalori tersebut kepada 3 waktu makan, iaitu ketika sahur, berbuka puasa, dan selepas tarawih.

    Anda juga boleh bergantung kepada beberapa makanan yang tinggi kalori serta padat nutrisi untuk mencukupkan pengambilan dan mencegah berat badan turun.

    2. Jangan terlepas sahur

    Tidak sahur ketika berpuasa adalah tabiat yang kurang baik kerana ia sangat susah untuk mengimbangkan kalori yang seharusnya disesuaikan dengan keperluan jika anda makan hanya sekali sahaja dalam sehari. Anda tidak boleh hanya bergantung pada waktu berbuka sahaja, kerana perut anda tidak boleh dipaksa menerima makanan dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa. Oleh kerana itu, sahur adalah salah satu cara yang mudah untuk mencegah berat badan turun.  

    3. Lakukan senaman berkala

    Agak sukar untuk melakukan senaman berkala ketika berpuasa. Namun, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda bermalas-malasan. Bersenam dengan kerap boleh menghalang berat badan turun dan pegurangan jisim otot – akibat tiada aktiviti fizikal yang dilakukan. Apa senaman yang boleh dilakukan ketika berpuasa? Antaranya adalah berjalan, berenang, yoga dan tai chi.

    4. Pilih makanan yang padat dan tinggi kalori

    Disebabkan anda mempunyai waktu makan yang terhad, anda harus bijak memilih jenis makanan yang anda ambil. Pilihlah makanan yang tinggi kalori tetapi juga padat, bukan seperti makanan bergoreng yang hanya banyak lemak sahaja. Beberapa makanan yang boleh anda ambil untuk membantu memenuhi keperluan nutrisi anda adalah susu lemak penuh, keju, pelbagai jenis kekacangan, avokado, dan smoothies.

    5. Tidur yang cukup dan elakkan stres

    Berpuasa juga menyebabkan pola tidur anda berubah, hal tersebut boleh menjejaskan angka timbangan berat badan anda. Usahakan untuk tetap tidur dengan waktu yang cukup, agar metabolisme badan tidak terganggu sehingga dapat mencegah berat badan turun. Jangan lupa, anda harus mengelakkan stres yang berpanjangan.

    Adakah saya perlu bimbang dengan penurunan berat badan yang berlaku?

    Anda tak perlu begitu cemas dengan penurunan berat badan yang berlaku. Hal ini menjadi serius atau penting jika memang status nutrisi atau nilai indeks jisim badan (BMI) anda berada di luar tahap normal.

    Namun apabila anda mempunyai BMI yang normal, tak perlu risau dengan penurunan berat badan yang berlaku, kecuali hal ini berlaku dengan drastik atau ekstrim. Apabila penurunan berat badan cukup drastik, sebaiknya anda segera dapatkan pemeriksaan doktor.

    Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, berpuasa dapat membantu anda mengubah pola makan dan membantu sedikit demi sedikit dalam diet anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan