Asid Lemak Omega 3 & 6 dan Asma Kanak-kanak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/07/2020 . 2 minit bacaan

Pengambilan dua asid lemak, omega-3 dan omega-6, mungkin mempunyai kesan yang berbeza terhadap keseriusan asma pada kanak-kanak dan mungkin juga memainkan peranan berbeza dalam mengubah tindak balas mereka terhadap pencemaran udara dalaman, menurut kajian baharu yang diterbitkan secara atas talian di dalam American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine.

Salah seorang penyelidik, Emily P. Brigham menyatakan bahawa kanak-kanak dengan tahap omega-3 yang lebih tinggi dalam diet mereka mempunyai asma yang kurang serius dan gejala yang lebih sedikit sebagai tindak balas terhadap pencemaran udara dalaman yang lebih tinggi. Sebaliknya, kanak-kanak dengan tahap omega-6 yang lebih tinggi dalam diet mereka mempunyai asma yang lebih teruk dan lebih banyak gejala sebagai tindak balas kepada tahap pencemaran udara dalaman yang lebih tinggi.

Asid lemak Omega-3, yang terdapat dalam ikan, kacang soya dan kekacang dan bijian tertentu, dianggap sebagai sebahagian makanan yang sihat kerana ianya boleh menggalakkan penyelesaian keradangan dalam badan. Omega-6 asid lemak yang kebiasaannya ditemui dalam minyak sayuran, mempunyai kesan bercampur-campur pada kesihatan tetapi secara amnya menggalakkan keradangan.

Menurut Dr Brigham, ramai kanak-kanak di Amerika Syarikat, termasuk mereka yang berada di Baltimore City, Maryland, tempat di mana mereka menjalankan kajian tersebut, diet kanak-kanak di bandar tersebut menyimpang secara mendadak daripada garis panduan nasional. Ini bermakna mereka makan sejumlah omega-3 dengan kadar yang rendah, dan jumlah omega-6 yang lebih tinggi. Kadar asma dalam kalangan kanak-kanak di bandar tersebut lebih daripada dua kali ganda purata kebangsaan. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai asma sudah terdedah kepada keradangan dan gejala pernafasan, dan kumpulan penyelidiknya ingin melihat apakah asid lemak ini dapat menyumbang lebih lanjut kepada keparahan dan gejala penyakit mereka sebagai tindak balas terhadap pencemaran udara dalaman, yang sering meningkat di rumah-rumah bandar.

Kajian tersebut melibatkan 135 orang kanak-kanak, yang berumur 5-12 (umur purata: 9.5), yang mempunyai asma. Sembilan puluh enam peratus daripada kanak-kanak adalah berketurunan Amerika Afrika, dan 47 peratus adalah perempuan. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak mempunyai asma ringan, satu pertiga yang lain mempunyai asma yang sederhana teruk dan satu pertiga lagi yang mempunyai asma yang teruk. Diet mereka, gejala asma setiap hari dan penggunaan ubat asma ditaksir selama seminggu dalam pendaftaran dan sekali lagi selama satu minggu pada tiga dan enam bulan.

Kajian tersebut juga mendapati bahawa tahap omega-6 yang lebih tinggi dalam diet kanak-kanak dikaitkan dengan kadar peratusan neutrofil yang lebih tinggi (sejenis sel darah putih yang dikaitkan dengan keradangan) sebagai tindak balas terhadap pencemaran partikel.

Keterbatasan kajian termasuklah fakta bahawa pengambilan asid lemak dilaporkan sendiri oleh anak-anak, dengan bantuan daripada ibu bapa, dengan menggunakan soal selidik diet yang khusus direka untuk penduduk di Baltimore City. Oleh sebab kajian ini adalah pemerhatian dan bukanlah percubaan terkawal, penyelidik tidak dapat membuktikan sebab dan akibatnya atau mengetepikan faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada hubungan yang disebut dengan kesihatan asma.

Walau bagaimanapun, para penyelidik percaya kajian mereka menekankan mengenai pentingnya diet untuk penduduk yang mengalami kadar asma yang tinggi. Menurut Dr Brigham, sekiranya terdapat hubungan penyebab di antara diet dan asma, diet yang sihat boleh melindungi kanak-kanak yang mempunyai asma, terutamanya kanak-kanak minoriti yang tinggal di bahagian dalam bandar, daripada beberapa kesan buruk akibat pencemaran udara.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Keliru Dengan Simptom Asma Dan COVID-19, Remaja Ini Nyaris Maut

    Seorang pemuda dari Ireland, Brandon Fay menyangka dia hanya mendapat simptom asma. Siapa sangka, rupanya ia adalah jangkitan virus korona baharu COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 23/04/2020 . 2 minit bacaan

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2020 . 5 minit bacaan

    Bahaya Buat Penghidap Asma, CEGAH Jangkitan COVID-19 Dengan 22 Langkah Ini

    Masalah asma telah disenaraikan sebagai salah satu faktor risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19. Bagaimana cara menghindarkannya? Baca 22 tip ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Ada yang mengatakan marjerin lebih baik daripada mentega. Ada pula yang mengatakan kedua-dua mentega dan marjerin berkhasiat. Mana satu patut anda pilih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan, Resipi Sihat 20/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kawan imaginasi

    Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    pembelajaran online

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
    anak

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan