backup og meta

Rupanya Ini 5 Sebab Lidah Buaya Biasa Ada Dalam Produk Kecantikan, Khasiatnya Tiada Lawan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/02/2023

    Rupanya Ini 5 Sebab Lidah Buaya Biasa Ada Dalam Produk Kecantikan, Khasiatnya Tiada Lawan!

    Aloe vera merupakan sebuah pokok ubat terkenal yang tumbuh di kawasan tropikal. Ia telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu kerana khasiat lidah buaya pada kesihatan dan kecantikan.

    Terdapat banyak kompaun bioaktif yang ada di dalam daun pokok ini termasuk vitamin, mineral, asid amino dan antioksida. Lima khasiatnya yang paling signifikan disenaraikan di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.

    #1. Mempunyai kuasa antioksida dan antibakteria

    Terdapat pelbagai kompaun antioksida yang ditemui di dalam aloe vera. Antioksida ini kebanyakannya ialah polyphenol yang membantu membuang radikal bebas yang merosakkan sel kulit badan anda.

    Lidah buaya adalah bahan yang sangat penting dalam produk kecantikan kerana manfaatnya dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan.

    Polyphenol ini bersama dengan bahan-bahan lain di dalam aloe vera boleh membantu melawan bakteria berbahaya tertentu yang menyebabkan jangkitan.

    Jika digunakan secara topikal, daun ini membantu merangsang proses pemulihan luka.

    Jika diambil melalui mulut, ia boleh mencegah penyakit dan menyahtoksik sistem penghadaman.

    khasiat lidah buaya

    #2. Khasiat lidah buaya untuk kulit muda

    Aloe vera mempunyai kemampuan untuk merangsang fibroblast, iaitu sejenis sel kulit yang menghasilkan kolagen.

    Kolagen ialah satu protein yang penting dalam mengekalkan struktur dan keanjalan kulit.

    Gel topikal daun ini telah terbukti melambatkan penuaan kulit.

    Produk kosmestik anti-penuaan seperti pelembap dan krim mata yang mengandungi bahan dari lidah buaya boleh mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan yang lain.

    Baca juga:

    #3. Menggalakkan proses pemulihan antara khasiat lidah buaya

    Di samping kelebihannya merawat luka, aloe vera juga merupakan rawatan yang berguna bagi kebakaran.

    Ia dibuktikan oleh kajian saintifik bahawa lidah buaya adalah rawatan yang efektif untuk kebakaran tahap pertama dan kedua.

    Kajian menemui bahawa tumbuhan ini mampu memendekkan proses pemulihan dari kebakaran kepada sekitar 9 hari berbanding ubat konvensional.

    Biasanya ia digunakan secara topikal dengan menyapu gelnya ke atas kulit.

    khasiat lidah buaya

    #4. Membantu menggalakkan pertumbuhan rambut

    Menyapu lidah buaya di atas kepala boleh membantu pertumbuhan rambut yang lebih pantas.

    Ramai menggunakan lidah buaya untuk rambut mereka mendakwa bahawa ia adalah berkesan.

    Ia adalah khasiat lidah buaya yang bagus mereka yang ingin menjaga rambut!

    Cara yang paling biasa digunakan adalah dengan menyapu gel dari daun lidah buaya ke rambut dan membilasnya selepas satu jam.

    Minuman dan produk rambut tumbuhan ini juga membantu pertumbuhan rambut yang sihat.

    #5. Membantu merawat masalah ulser mulut

    Ulser mulut atau kanker adalah masalah yang kerap dialami oleh ramai orang.

    Ulser ini kebiasaannya dari dalam mulut atau di belakang bibir dan berkekalan sekitar 7 ke 10 hari.

    Menggunakan aloe vera sebagai rawatan telah menunjukkan bukti yang meyakinkan dalam membantu dan menggalakkan proses pemulihan ulser tersebut.

    Bukan hanya saiz ulser dikurangkan, malah sakitnya juga dapat diatasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan