1 Tin Minuman Berkarbonat Sehari Meningkatkan Risiko Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan

Kita semua tahu pengambilan minuman bergula seperti minuman berkarbonat mempunyai kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada kesihatan tapi tahukah anda meminum satu tin minuman berkarbonat sehari boleh meningkatkan risiko penyakit kanser tanpa mengira BMI atau berat badan anda?

Minuman bergula sememangnya sudah diketahui boleh menyebabkan obesiti, yang boleh meningkatkan risiko 13 jenis kanser. Obesiti merupakan salah satu faktor risiko kanser sepertimana merokok dan pengambilan alkohol. Pengambilan minuman manis bukan sahaja meningkatkan risiko obesiti dan kanser bahkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, penyakit jantung, dan kerosakan gigi. Timbul pula tanda tanya sama ada gula secara sendiri boleh meningkatkan risiko kanser atau adakah kesannya kerana obesiti semata?

Gula meningkatkan risiko kanser

Gula datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang paling mudah, yang hanya mempunyai satu molekul ialah glukos dan fruktos manakala sukros adalah gabungan glukos dan fruktos. Kombinasi molekul gula pula membentuk karbohidrat seperti nasi, roti, pasta dan kentang.

Glukos merupakan keperluan untuk tenaga sel manusia yang boleh diperoleh daripada pengambilan glukos, karbohidrat mahupun daripada protein atau lemak yang ditukarkan menjadi glukos dalam badan manusia. Tetapi glukos juga dimanfaatkan sel kanser untuk berkembang.

Satu kajian tentang kanser dan gula oleh Cancer Council Victoria dan the University of Melbourne melibatkan lebih daripada 35,000 individu dalam tempoh dua belas tahun. Daripada jumlah tersebut, seramai 3,283 mengalami kes kanser berkaitan obesiti seperti kanser hati, ovari, pankreas dan pundi hempedu. Para pengkaji mendapati bahawa peningkatan risiko penyakit kanser tersebut tidak bergantung sepenuhnya kepada obesiti. Risiko penyakit kanser didapati pada semua peserta tanpa mengira berat badan mereka. Individu yang tidak mengalami masalah berat badan berlebihan mengalami risiko yang lebih tinggi jika mereka sering minum minuman berkarbonat. Risiko tersebut juga didapati tidak berlaku dengan mereka yang meminum minuman berkarbonat jenis diet, menunjukkan gula adalah penyumbang utama.

Bagi golongan muda-mudi masa kini yang terdedah kepada pelbagai pilihan minuman bergula yang bukan sahaja terhad kepada minuman berkarbonat juga menggusarkan kerana ini mempunyai implikasi terhadap kesihatan awam dalam jangka masa panjang. Apatah lagi dengan lambakan pilihan minuman bergula daripada minuman berkarbonat, teh, kopi dan pelbagai lagi jenis minuman.

Fruktos lebih berbahaya

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science, pengkaji menggunakan jenis gula fruktos yang selalu digunakan sebagai pemanis dalam penghasilan minuman berkarbonat (25 % high-fructose corn syrup) untuk mengkaji kesannya dalam tikus yang berisiko menghidap kanser usus.

Tikus yang terlibat dalam kajian tersebut melalui proses penyuntingan gen di mana pengkaji membuang gen yang dipanggil ‘Apc’ untuk mendapatkan kesan yang sama seperti dalam pesakit kanser kolon peringkat awal. Ketiadaan gen ini didapati berlaku dalam 90% pesakit kolon kanser dalam manusia. Tanpa gen ini, sel usus tidak akan berhenti tumbuh, menghasilkan ketumbuhan awal dikenali sebagai polip.

Apabila tikus tersebut diberikan minuman bergula tersebut, kebanyakannya bertambah berat badan dalam masa hanya satu bulan. Untuk mengkaji sama ada gula secara sendiri atau obesiti semata yang menambahkan risiko kanser, pengkaji memberi minuman gula dengan kaedah tertentu yang dapat mengehadkan pertambahan berat badan, setiap hari selama 2 bulan.

Hasilnya, tikus tersebut tidak bertambah berat badan dengan berlebihan tetapi mengalami ketumbuhan yang lebih besar dan teruk berbanding tikus yang hanya meminum air. Ini menunjukkan bahawa sekiranya berlaku ketumbuhan peringkat awal pada usus, pengambilan gula boleh membantu ketumbuhan membesar sekalipun pesakit tidak mengalami obesiti.

Kajian lanjut turut mendapati bahawa fruktos sebenarnya membantu sel kanser memanfaatkan glukos untuk perkembangannya. Dan tidak seperti glukos, fruktos bukanlah satu keperluan dan banyak didapati dalam minuman komersial.

Kajian demi kajian ini juga menunjukkan bahaya minuman bergula bukanlah disebabkan risiko obesiti semata yang membawa kepada kanser. Sebaliknya, gula secara sendiri boleh menyumbang kepada risiko kanser meskipun pesakit tidak mempunyai masalah berat badan berlebihan mahupun obesiti. Namun begitu, ingat, yang patut dirisaukan adalah gula tambahan dan bukannya gula dalam buah-buahan atau makanan bijirin penuh yang berkhasiat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/05/2020 . 2 minit bacaan

    Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

    Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bulan Syawal Tiba! Penghidap Diabetes Jenis 1 Perlu Lebih Berjaga-jaga, Ikuti Panduan Pemakanan Ini

    Bulan Ramadan dan Syawal memang mencabar bagi pesakit diabetes, khususnya jenis diabetes 1. Ini panduan pemakanan bagi pesakit kencing manis.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 20/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minum air

    Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan
    5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    contoh menu makanan untuk diabetes

    Orang Kencing Manis Banyak Pantang-Larang, Tapi Makanan Apa Yang Boleh Diambil? Ini Dia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan
    kanser prostat

    6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan