backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Tak Susah Nak Sihat Kalau Tahu Jaga Pemakanan & Diet Seimbang, Ikut Cara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/09/2022

Tak Susah Nak Sihat Kalau Tahu Jaga Pemakanan & Diet Seimbang, Ikut Cara Ini!

Pernah dengar mengenai isu pemakanan seimbang? Gaya pemakanan sihat sering disebut-sebut, tidak kiralah di media massa ataupun di dalam perbualan seharian.

Bagi mendapatkan tubuh yang sihat, setiap individu perlu mengamalkan diet yang penuh dengan nutrisi. Namun, tahukah anda erti sebenar pemakanan seimbang?

Pemakanan seimbang merupakan diet yang dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien yang cukup untuk kegunaan harian.

Selain itu, diet ini juga penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Ramai yang anggap makan secara sihat itu merupakan satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Namun, ia sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. 

Malah, dengan cara yang betul, sesiapa sahaja boleh makan dengan sihat. Anda cuma perlu tahu beberapa asas dan isu pemakanan seimbang sebelum boleh melakukannya sendiri nanti!

Isu pemakanan seimbang: apa itu saiz hidangan

isu pemakanan seimbang

Jika anda sering melawat laman sesawang yang menerangkan tentang gaya pemakanan yang sihat, anda pasti pernah berjumpa dengan terma saiz hidangan (serving size) dan saiz bahagian (portion size).

Tapi, apa sebenarnya maksud saiz hidangan dan saiz bahagian ini? Adakah kita perlu menyukat makanan terlebih dahulu jika ingin makan secara sihat?

Jawapannya ialah tidak! Walaupun anda boleh menggunakan cawan yang sebenar untuk menyukat saiz hidangan, namun anda juga boleh mengganggar jumlah makanan jika tahu caranya.

Sebagai permulaan, anda perlu tahu apa maksud saiz hidangan dan saiz bahagian. Saiz hidangan ialah jumlah makanan yang standard – contohnya satu cawan ataupun satu auns.

Saiz hidangan amat berguna ketika anda sedang membeli-belah. Ia menggambarkan kuantiti hidangan serta nutrisi yang terkandung di dalam hidangan tersebut.

Saiz bahagian pula ialah jumlah makanan yang anda ambil. Ia mungkin kurang atau lebih daripada saiz hidangan, bergantung kepada berapa banyak yang anda ambil ketika makan.

Sebagai contoh, dalam label makanan, mereka mungkin mencadangkan 1/2 cawan sebagai saiz hidangan setiap kali makan.

Namun, jika anda mengambil 3/4 cawan, ini merupakan saiz bahagian anda.

Tapi, dalam isu pemakanan seimbang, berapa banyak sebenarnya 1 cawan makanan? Mungkin agak mengelirukan untuk mengukur makanan menggunakan sukatan cawan kerana setiap cawan mempunyai isi padu yang berbeza.

Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk pastikan saiz hidangan anda seragam adalah membandingkannya dengan objek lain. Contohnya:

  1. Genggaman tangan ataupun 1 biji bola besbol bersamaan 1 cawan.
  2. Sebiji bola tenis bersamaan dengan 1/2 cawan.
  3. Ibu jari bersamaan 1 sudu makan.
  4. Sekeping setem bersamaan 1 sudu teh.

Dalam isu pemakanan seimbang, cara yang terbaik untuk makan dengan sihat ialah sentiasa mengira saiz hidangan anda. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengan amalan ini.

Walau bagaimanapun, jika anda masih lagi lapar setelah makan 1 saiz hidangan, itu bermaksud anda memerlukan lebih banyak makanan.

Jangan risau untuk menambah makanan anda. Cuma, jangan pula makan mengikut nafsu!

Sama jugalah jika anda rasa 1 bahagian itu terlalu banyak untuk anda. Anda sentiasa boleh menukar-nukar jumlah hidangan mengikut keselesaan anda.

Kumpulan makanan yang perlu ada

isu pemakanan seimbang

Badan anda memerlukan pelbagai jenis makanan untuk menampung keperluan tenaga harian.

Oleh sebab itu, anda perlukan makanan yang terdiri daripada setiap kumpulan utama supaya tubuh dapat melakukan fungsinya dengan baik.

Diet yang seimbang, jika dilakukan secara konsisten dapat membantu anda untuk kekal sihat. Selain itu, risiko sakit jantung, kanser dan juga diabetes dapat diturunkan.

Pemakanan yang sihat juga penting untuk sistem imun bagi membantu anda untuk mengekalkan berat badan pada tahap yang normal.

Makanan yang perlu diambil mungkin berbeza mengikut umur, jantina, dan juga aktiviti fizikal yang anda lakukan.

Sebagai panduan, pastikan isu pemakanan seimbang yang anda ambil terdiri daripada kumpulan di bawah:

  1. Protein– Nutrien makro yang penting untuk tumbesaran badan. Protein diperlukan oleh sel untuk memperbaiki tisu dan sel badan yang rosak.
  2. Karbohidrat– Sumber tenaga utama otak dan juga badan. Karbohidrat juga merupakan sumber fiber yang baik.
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran–  Sumber utama vitamin dan mineral.
  4. Lemak– Sumber vitamin larut lemak A, D, E dan K. Berfungsi sebagai insulasi badan dan diperlukan untuk penghasilan hormon dalam badan.
  5. Tenusu– Sumber protein dan juga kalsium yang baik untuk badan.

Jika anda ingin mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, anda haruslah:

  1. Makan sekurang-kurangnya 5 bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai.
  2. Mengambil makanan asas seperti kentang, roti, nasi ataupun pasta.
  3. Mempunyai sedikit makanan yang mengandungi susu atau pengganti yang bersesuaian (susu soya).
  4. Makan protein seperti kekacang, ikan, telur, daging dan lain-lain.
  5. Pilih minyak yang tidak tepu dan makan dalam jumlah yang sedikit.
  6. Minum banyak air, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil terlalu banyak kalori, gula, garam dan juga lemak. Ini merupakan antara isu pemakanan seimbang.

Buah-buahan dan sayur-sayuran pula diambil dalam kadar yang amat sedikit.

Oleh sebab itu, kadar pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung, kencing manis dan hipertensi semakin meningkat. Ini semua adalah disebabkan oleh gaya pemakanan rakyat Malaysia.

Menurut kajian, peningkatan ini berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang, senaman yang sedikit dan gaya hidup yang tidak sihat.

Jika anda ingin kekal sihat hingga ke hari tua, elakkan makan makanan dan minuman yang tinggi lemak, garam dan gula. Cukuplah jika anda mengambilnya secara bersederhana.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/09/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan