backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Mengapa Tubuh Kita Perlukan Magnesium? Rupanya, Ada 10 Manfaat Tersembunyi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/01/2024

    Mengapa Tubuh Kita Perlukan Magnesium? Rupanya, Ada 10 Manfaat Tersembunyi!

    Anda mungkin biasa mendengar bahawa manfaat magnesium adalah satu mineral yang penting untuk tulang dan otot. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa tubuh kita perlukan magnesium dalam kehidupan seharian?

    Sebenarnya, magnesium juga penting untuk jantung, otak, sistem saraf dan tubuh badan anda. Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Fakta ringkas tentang nutrien ini

    • Magnesium penting untuk beratus-ratus enzim dapat berfungsi dengan baik
    • Pengambilan magnesium yang mencukupi membantu mengurangkan simptom pre-menstrual.
    • Biji bunga matahari, badam dan udang adalah antara makanan yang tinggi kandungan magnesium
    • Sesetengah suplemen magnesium boleh menyebabkan tindak balas dengan ubatan yang berlainan, harus mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen magnesium.

    manfaat magnesium

    Manfaat magnesium terhadap kesihatan

    Magnesium adalah antara salah satu daripada 7 makromineral penting. Ia adalah mineral yang perlu dimakan dalam jumlah yang agak besar, sekurang-kurangnya 100mg sehari.

    Pengambilan yang mencukupi dapat membantu mencegah masalah berkaitan tulang, sistem kardiovaskular, diabetes, dan fungsi lain.

    Antara manfaat magnesium yang lain pula adalah:

    1. Kesihatan tulang

    Ia penting untuk pembentukan tulang, membantu mengabungkan kalsium ke dalam tulang dan memainkan peranan penting dalam mengaktifkan vitamin D dalam buah pinggang.

    Vitamin D juga penting untuk tulang yang sihat.

    Pengambilan magnesium yang optimum mempunyai kaitan dengan kepadatan tulang yang lebih besar, pembentukan kristal tulang lebih baik, dan risiko osteoporosis lebih rendah kepada wanita selepas menopaus.

    1. Reaksi biokimia

    Hampir 60% daripada manfaat magnesium dalam tubuh terdapat pada tulang, dan selebihnya dalam otot, tisu lembut dan cecair, termasuk darah.

    Salah satu peranan magnesium; bertindak sebagai kofaktor atau “molekul penolong” dalam tindak balas biokimia berterusan yang dilakukan enzim. Antara:

    • Penghasilan tenaga. Bantu menukar makanan menjadi tenaga.
    • Pembentukan protein. Bantu mencipta protein baru daripada asid amino.
    • Mengekalkan gen. Bantu membuat dan membaiki DNA dan RNA.
    • Pergerakan otot. Sebahagian daripada kontraksi dan melegakan otot.
    • Peraturan sistem saraf. Membantu mengawal neurotransmiter, yang menghantar mesej ke seluruh otak dan sistem saraf.
    1. Melegakan insomnia

    Magnesium membantu anda untuk tidur. Ia menjadikan tubuh lebih tenang untuk tidur dengan melegakan otot, memberikan ketenangan pada saraf.

    Jumlah mineral yang mencukupi akan membantu mengurangkan dan mencegah gangguan tidur.

    manfaat magnesium

    1. Mengurangkan risiko penyakit

    Jika anda berisiko untuk mendapat diabetes atau mungkin sudah menghidapi diabetes, magnesium merupakan mineral penting untuk anda.

    Terdapat kajian menunjukkan tahap kandungan magnesium yang tinggi dapat mengurangkan risiko diabetes dan membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah kepada individu penghidap diabetes.

    1. Penjagaan jantung

    Magnesium diperlukan untuk kekalkan kesihatan otot, termasuk jantung, dan untuk menghantar signal elektrik dalam tubuh anda.

    Kandungan magnesium yang rendah dalam pengambilan diet pemakanan membuatkan anda lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung yang lebih tinggi.

    Ia melindungi jantung, menghalang serangan jantung dan memberikan keanjalan untuk jantung serta saluran darah.

    Apa lagi kebaikan & kelebihan magnesium yang lain?

    1. Cegah migrain, sakit kepala

    Terdapat kajian menunjukkan mineral ini boleh membantu mencegah atau melegakan sakit kepala, namun, ia memerlukan kandungan magnesium yang berbeza dan hanya boleh ditentukan oleh pakar perubatan.

    Penyelidik percaya individu yang menderita kerana migrain cenderung disebabkan kekurangan magnesium.

    Dan makanan yang tinggi kandungan manfaat magnesium boleh membantu mengurangkan simptom migrain.

    1. Memperbaiki emosi

    Jika anda berdepan masalah kemurungan, diet pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan emosi.

    Terdapat penyelidikan mengaitkan kekurangan nutrien ini dengan kemungkinan peningkatan masalah kemurungan dan terdapat kajian mendapati bahawa suplemen magnesium terbaik berfungsi seperti ubata anti-kemurungan.

    1. Legakan PMS

    manfaat magnesium

    Simptom pre-menstrual adalah gangguan biasa dalam kalangan wanita.

    Terdapat kajian menunjukkan magnesium dengan gabungan vitamin B6, dalam meningkatkan mood serta mengurangkan simptom berkaitan PMS seperti kembung, insomnia, bengkak kaki, penambahan berat badan dan bengkak pada payu dara.

    1. Meningkatkan ingatan

    Manfaat magnesium kepada sistem saraf dengan membantu tubuh mengawal selia neurotransmiter yang menghantar mesej kepada otot dan organ.

    Sesetengah kajian mencadangkan bahawa peningkatkan pengambilan magnesium untuk meningkatkan memori dan membantu mengurangkan masalah ingatan.

    1. Kurangkan tekanan

    Magnesium membantu mengurangkan tekanan dan simptom kegelisahan. Tekanan adalah faktor dalam mengurangkan tahap magnesium.

    Oleh sebab itu ada yang mengatakan coklat gelap dalam membantu mengurangkan tekanan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan