backup og meta

Ini 6 Jenis Makanan Yang Boleh ROSAKKAN Otak, Sila Ambil Secara Berpada-Pada!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/08/2020

    Ini 6 Jenis Makanan Yang Boleh ROSAKKAN Otak, Sila Ambil Secara Berpada-Pada!

    Tahu tak sebenarnya ada keperluan makanan untuk otak bagi menjamin kesihatannya? Namun kebanyakan individu lebih gemar makan makanan yang merosakkan otak.

    Makanan untuk otak 

    Otak merupakan organ yang paling penting dalam tubuh. Ia membuatkan jantung berdegup, paru-paru bernafas dan semua sistem berfungsi dengan sebaiknya.

    Oleh kerana itu, penting untuk memastikan otak mendapat nutrien yang terbaik melalui diet pemakanan yang diambil. Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat adalah 1 cara memberikan makanan untuk otak.

    Tabiat melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam juga dapat memastikan tahap kesihatan otak berada pada tahap yang terbaik.

    Walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa dan kesibukan tugasan harian, kebanyakan individu pada hari ini, lebih gemar mengambil makanan yang merosakkan otak.

    Makanan yang merosakkan otak

    Berikut adalah beberapa jenis makanan tidak baik untuk otak, yang mendatangkan kesan negatif pada otak, memberi kesan kepada memori dan emosi serta meningkatkan risiko demensia.

    Minuman bergula

    Minuman bergula adalah termasuk soda/ringan, minuman isotonik, minuman tenaga dan juga jus buah-buahan.

    Pengambilan minuman bergula tinggi bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes type 2 – juga meningkatkan risiko penyakit Alzheimer, sekali gus mendatangkan impak negatif kepada otak.

    Gula yang berlebih dalam darah boleh meningkatkan risiko demensia, walaupun kepada individu tanpa diabetes.

    Kajian menunjukkan, pemanis tiruan – aspartam, yang digunakan boleh memberikan kesan negatif ke atas ingatan, menimbulkan kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada tugasan kerja.

    1. Makanan bergoreng

    Makanan bergoreng pastinya merupakan makanan yang digemari oleh kebanyakan individu, terutamanya seperti kentang goreng.

    Mengikut kajian, makanan bergoreng boleh menyebabkan arteri tersumbat sekali gus meningkatkan risiko penyakit Alzheimer dan kemerosotan fungsi kognitif.

    Selain memberikan kesan negatif kepada kesihatan otak, ia juga menyumbang kepada peningkatan berat badan.

    makanan yang merosakkan otak

    1. Tuna

    Sesekali memilih memakan roti sandwic tuna, tidak akan mendatangkan masalah besar, tetapi jika anda menjadikan tuna sebagai sebahagian daripada pengambilan diet harian anda, mungkin anda harus hentikannya.

    Ikan seperti tuna, mengandungi merkuri yang merupakan toksik kepada manusia. Apabila ia terkumpul dalam badan dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menjejaskan otak dan menyebabkan kemerosotan fungsi kognitif.

    1. Alkohol

    Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh memberikan kesan yang serius kepada otak, perubahan metabolik dan gangguan neurotransmiter – bahan kimia yang digunakan otak untuk berkomunikasi.

    Pengambilan alkohol oleh ibu hamil juga amat tidak digalakkan kerana ia memberikan kesan buruk kepada janin – toksik mengakibatkan gangguan perkembangan janin.

    Remaja yang minum alkohol juga boleh merosakkan otak kerana otak masih berkembang dan ini boleh mengakibatkan wujudnya keabnormalan dalam struktur otak, fungsi dan tingkah laku.

    1. Makanan segera

    Makanan segera merupakan antara makanan yang paling digemari oleh kebanyakan individu; mudah, cepat dan sedap.

    Namun, ia sebenarnya mengandungi dos tinggi yang tidak baik untuk otak; trans lemak, lemak tepu, natrium, gula, serta pelbagai bahan kimia yang sukar untuk disebaut dan dinamakan.

    Kandungan tinggi lemak tepu yang yang terdapat dalam burger boleh menyebabkan kesukaran untuk melawan plak punca Alzheimer.

    1. Makanan diproses

    Mengandungi garam, lemak dan gula yang tinggi. Makanan seperti mi segera, kerepek kentang, makanan siap-sedia adalah antara makanan yang berada di bawah kategori diproses.

    Mempunyai kandungan kalori tinggi, rendah kandungan nutrien – makanan seperti ini boleh menyebabkan peningkatkan berat badan dan menghalang kesihatan otak.

    Sesetengah makanan dalam kategori ini mungkin tidak mengandungi tahap lemak atau gula yang tinggi, tetapi mengandungi kandungan sodium yang tinggi.

    makanan-tidak-baik-untuk-otak

    Amalan kesihatan dan makanan untuk otak

    Secara mudahnya, apa yang anda makan dan minum – akan memberikan kesan kepada kesihatan, sama ada secara positif atau negatif.

    Makanan tidak baik untuk otak adalah makanan yang tinggi bahan tidak sihat seperti gula, lemak tidak sihat, garam, sodium dan natrium.

    Ia menyumbang kepada kemerosotan memori dan pembelajaran, sekali gus meningkatkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia.

    Ini tidak bermakna anda tidak boleh boleh makan langsung, tetapi dinasihatkan untuk makan secara seimbang dan dalam kuantiti yang sedikit. Dan cara terbaik adalah untuk mengamalkan diet pemakanan yang kaya dengan makanan sihat dan segar.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan