backup og meta

Jerawat Makin Dibiar Semakin Banyak, Ini Rupanya 4 Makanan Yang Menyebabkan Jerawat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/09/2020

    Jerawat Makin Dibiar Semakin Banyak, Ini Rupanya 4 Makanan Yang Menyebabkan Jerawat

    Pelbagai punca boleh menjadi sebab munculnya jerawat. Antaranya seperti tekanan, perubahan hormon, kerengsaan kulit, dan keadaan pori yang tersumbat. Namun, tidak dinafikan makanan juga boleh menjadi antara faktor yang boleh memburukkan lagi jerawat. Jadi apakah makanan punca jerawat? Ikuti artikel dibawah untuk mengetahuinya.

    1. Susu

    Semakin banyak anda minum susu, semakin cenderung untuk anda mempunyai jerawat terutamanya jika ia adalah susu skim. Walaupun ia masih dalam kajian, namun faktor ini dipercayai disebabkan oleh hormon yang dihasilkan lembu semasa hamil yang mengalir di dalam susu. Individu yang mempunyai kandungan hormon tinggi dalam darah cenderung untuk mempunyai lebih banyak jerawat.

    1. Karbohidrat dan gula ditapis

    Individu yang memakan akanan yang ditapis atau refined dalam kuantiti yang banyak cenderung untuk mempunyai jerawat berbanding mereka yang tidak. Antara makanan tinggi kandungan karbohidrat ditapis adalah seperti roti putih, beras putih, soda dan minuman manis yang lain.

  • Coklat
  • Walaupun tidak begitu jelas, namun terdapat kajian kecil yang menunjukkan individu yang makan coklat dengan lebih banyak cenderung untuk mempunyai jerawat. Dalam satu kajian lain, individu yang makan coklat gelap atau coklat yang mempunyai kandungan koko lebih banyak tidak berisiko untuk mendapat jerawat berbanding mereka yang memakan coklat susu biasa. Jadi jika anda terasa ingin memakan coklat, pilihlah coklat gelap dengan kandungan gula dan susu yang rendah.

    1. Makanan alahan

    Jerawat dipercayai berpunca dari masalah keradangan. Makanan yang cenderung menyebabkan keradangan juga boleh menjadi punca kepada masalah jerawat. Ini disebabkan tindak balas hipersensitif tertunda (delayed hypersensitivity reaction) – berlaku apabila sistem imun mengindentifikasi makanan sebagai ancaman dan melancarkan serangan imun. Sebaiknya anda menghindari makanan yang mendatangkan alahan kepada anda untuk mengelakkan risiko jerawat.

    Walaupun makanan yang tersenarai di atas dipercayai menjadi punca kepada risiko kemunculan jerawat, namun, hakikat sebenarnya, pola pengambilan diet pemakanan harian juga turut memberikan kesan terhadap kesihatan kulit. Sebaiknya, anda mengamalkan diet pemakanan yang kaya nutrien dan seimbang. Jika keadaan jerawat atau kulit muka anda semakin kronik, mungkin anda perlu mendapatkan khidmat nasihat dari doktort atau pakar dermatologi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 02/09/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan