backup og meta

Makanan Menaikkan Emosi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Makanan Menaikkan Emosi

    Pernah tak ketika bangun pagi dan anda berasa seperti kehilangan atau emosi terganggu? Pernah tak ketika ingin melakukan sesuatu pekerjaan, anda seperti tiada perasaan untuk melakukannya walaupun ia sebenarnya pekerjaan atau tugasan yang anda gemari? Emosi naik turun adalah satu perkara biasa yang berlaku disebabkan pelbagai faktor. Jadi, bagaimana untuk menaikkan emosi anda kembali? Ikuti tip berikut untuk mengetahui makanan menaikkan emosi yang patut anda ambil.

    7 makanan menaikkan emosi

    1. Ikan

    Pilihan ikan yang tinggi kandungan lemak asid omega-3 seperti tuna, sardin dan salmon adalah antara makanan yang dapat membantu meningkatkan kembali emosi. Terdapat kajian yang mengatakan lemak asid ini membantu menghasilkan tisu otak. Cuba untuk menjadikan ikan ini antara makanan dalam diet anda untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan otak, sekali gus memperbaiki emosi agar kekal stabil dan efektif.

    1. Avokado

    Manfaat avokado sangat luas, terutama pada bahagian otak. Makanan hebat ini menawarkan pelbagai manfaat, dari melindungi hati sehingga ke bahagian pencernaan. Malah, ia terbaik untuk memperbaiki emosi anda. Ia merupakan makanan pengimbang hormon semula jadi, memastikan otak menghasilkan bahan kimia yang diperlukan untuk kekal berada dalam emosi terbaik.

    1. Sayuran berdaun hijau

    Kaya dengan pelbagai nutrien, seperti serat yang membantu mengimbangi gula dalam darah, vitamin B untuk meningkatkan fungsi otak dan zat besi. Terdapat bukti yang menunjukkan kekurangan zat besi berhubung kait dengan tingkah laku emosi, kegelisahan dan gangguan dalam proses neurotransmiter.

    1. Anggur

    Buah-buahan yang enak dan berjus ini adalah makanan ringan yang baik. Malah, buah-buahan yang bersaiz kecil ini amat bermanfaat untuk membantu menaikkan emosi anda menjadi lebih baik. Ini kerana ia kaya dengan antioksidan terutama flavonoid – yang memberi kesan kepada emosi.

  • Pisang
  • Kaya dengan kandungan asid amino tryptophan serta vitamin A, B6 dan C, serat, kalium, fosforus, zat besi dan karbohidrat. Karbohidrat yang membantu dalam meningkatkan emosi juga berperanan dalam penyerapan tryptophan dalam otak, manakala vitamin B6 membantu menukar tryptophan kepada hormon serotonin yang dapat membantu menaikkan emosi.

    1. Ayam

    Isi ayam tanpa lemak atau kulit turut dapat menaikkan emosi dengan membantu meningkatkan pengambilan asid amino tryptophan – yang dapat membantu penghasilan serotonin – salah satu neurotransmiter yang paling penting berkaitan emosi. Ayam juga mengandungi asid amino lain yang dipanggil tirosin yang dapat membantu mengurangkan simptom kemurungan.

    1. Strawberi

    Merupakan antara buah dalam kumpulan beri yang paling digemari. Ia kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrien seperti vitamin A dan C serta mangan (kandungan mineral). Dapat meningkatkan bahan kimia yang menghasilkan rasa gembira pada bahagian otak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan