backup og meta

Kekurangan Protein: Apakah Tandanya?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    Kekurangan Protein: Apakah Tandanya?

    Protein adalah satu komponen penting bagi organisma hidup yang berperanan untuk memberikan tenaga, membantu badan untuk pulih dan sembuh, serta memenuhi keperluan perut – menghilangkan kelaparan. Adakah anda mengambil protein yang secukupnya setiap hari? Jika tidak pasti, apakah tanda anda kekurangan protein?

    Apa itu protein?

    Secara ringkasnya protein merupakan salah satu daripada tiga kelas makanan utama. Protein terdiri rantaian panjang asid amino – ‘blok bangunan’ sel. Sel memerlukan protein untuk berkembang dan memperbaiki diri. Badan mengeluarkan 11 asid amino dan 9 jenis asid amino penting yang lain, harus diambil melalui pemakanan. Protein boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan, antaranya seperti daging, ikan, ayam, telur, kekacang dan produk tenusu.

    Tanda anda kekurangan protein

    1. Bengkak

    Antara tanda yang paling biasa untuk berlaku apabila badan kekurangan protein adalah pembengkakan atau turut dikenali sebagai edema, terutama pada perut, kaki dan tangan. Ini mungkin kerana protein beredar dalam darah – khususnya albumin – untuk membantu mengekalkan cecair daripada membina dalam tisu. Tetapi, terdapat faktor lain yang turut boleh menyebabkan edema.

    1. Perubahan emosi

    Otak menggunakan bahan kimia – neurotransmiter – untuk menyampaikan maklumat antara sel. Kebanyakan neurotransmiter terhasil daripada asid amino, yang merupakan blok bangunan protein. Jadi, kekurangan protein dalam pengambilan diet pemakanan anda mungkin menyebabkan badan dapat menghasilkan neurotransmiter dengan mencukupi dan ia sekali gus akan menjejaskan cara otak berfungsi. Contohnya, tahap dopamin dan serotonin yang rendah, boleh menyebabkan anda berasa tertekan atau menjadi terlalu agresif.

    1. Kulit, rambut dan kuku

    Protein yang tidak mencukupi dalam badan boleh menimbulkan masalah pada kulit, rambut dan kuku anda. Ini kerana ketiga-tiganya terdiri daripada elastin, kolagen dan keratin. Apabila badan tidak dapat menghasilkannya, anda akan mempunyai rambut yang rapuh atau nipis, kulit kering dan berkerak, dan kuku yang tidak sekata. Walaupun perkara ini mungkin berlaku disebabkan faktor lain, tetapi kekurangan protein boleh menjadi antara penyebabnya.

    1. Lemah, letih

    Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan protein yang tidak mencukupi dalam tempoh seminggu boleh menjejaskan otot yang berperanan untuk pergerakan dan postur badan, terutamanya jika anda berusia lebih 55 tahun. Dari masa ke masa, kekurangan protein boleh mengakibatkan anda kehilangan jisim otot yang akhirnya akan menyebabkan kekuatan anda merosot, menyukarkan anda untuk menjaga keseimbangan dan melambatkan proses metabolisme. Ia juga berisiko mewujudkan masalah anemia, sel-sel badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi dan akan membuat anda penat.

    1. Lapar

    Simptom ini mungkin antara tanda yang paling ketara. Protein membantu membuatkan anda kenyang. Ia adalah salah satu punca kalori, selain daripada karbohidrat dan lemak. Kajian menunjukkan, mengambil makanan yang mengandungi protein akan membantu anda untuk berasa lebih kenyang sepanjang hari.

    1. Lambat sembuh

    Individu yang kekurangan protein akan mendapati luka atau kecederaan yang dialami, mengambil masa untuk sembuh. Masalah terseliuh atau sebarang kecederaan berkaitan dengan senaman juga akan mengambil masa. Ia mungkin kesan daripada badan tidak dapat menghasilkan kolagen yang mencukupi. terdapat hubung kait antara tisu dan juga kulit. Untuk proses membekukan darah juga memerlukan protein.

    1. Kerap dan mudah sakit

    Asid amino dalam darah membantu sistem imun untuk menghasilkan antibodi yang mengaktifkan sel darah putih untuk melawan virus, bakteria dan toksin. Anda memerlukan protein untuk mencerna dan menyerap nutrien lain demi memastikan tahap kesihatan pada tahap yang baik.

    1. Sukar tidur

    Tidak mendapat tidur yang mencukupi dan insomnia kadangkala mempunyai kaitan dengan paras gula dalam darah yang tidak seimbang, kenaikan kortisol dan kemerosotan dalam penghasilan serotonin. Perubahan gula dalam darah pada siang hari berlanjutan sehingga pada waktu malam. Karbohidrat memerlukan insulin yang mencukupi berbanding lemak dan protein. Makan makanan dengan protein sebelum tidur dapat membantu pengeluaran trytophan dan serotonin, dan ia memberikan kesan minimum pada paras glukosa. Protein melambatkan penyerapan gula semasa makan.

    Apa yang disenaraikan di atas adalah antara simptom dan tanda yang boleh dikaitkan sebagai tanda kurang protein bagi seseorang individu. Tetapi, ia adalah simptom umum, di mana simptom yang sama boleh berlaku disebabkan faktor yang lain. Jika anda bimbang tentang keadaan diri anda, sebaiknya dapatkan pemeriksaan daripada doktor.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan