backup og meta

Banyak Manfaat Bila Anda Suka Makan Durian Belanda, Ia Bagus Untuk Penjagaan Buah Pinggang!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/07/2022

    Banyak Manfaat Bila Anda Suka Makan Durian Belanda, Ia Bagus Untuk Penjagaan Buah Pinggang!

    Jika tiba musim durian, pasti terdapat pelbagai jenis durian yang boleh anda dapatkan dari pasaran. Antara jenis durian yang agak mendapat permintaan yang tinggi adalah seperti durian D24, Musang King dan Udang Merah. Namun, bagaimana pula dengan durian belanda? Adakah ia sama seperti durian lain? Apakah khasiat buah durian belanda? Adakah benar ia boleh membantu mencegah kanser?

    Ikuti perkongsian ini untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa Itu Durian Belanda?

    khasiat buah durian belanda

    Pokok durian belanda adalah merupakan tumbuhan yang berasal dari benua Amerika, Caribbean dan Afrika. Ia dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu ketika era penjajahan Barat.

    Buah yang berduri ini mempunyai isi putih dan biji coklat bersaiz sederhana besar dengan keunikan rasa yang tersendiri. Ia telah ditanam secara komersial dan meluas di Asia untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan minuman. 

    Buah ini dikatakan berasal dari kumpulan Annona muricata. Ia mempunyai gen yang sama seperti cherimoya dan dari keluarga buah Annonaceae.

    Keunikan buah ini bukan sahaja pada bentuknya, tetapi ia turut digambarkan sebagai buah yang unik berikutan rasanya yang dikatakan adalah dari gabungan buah strawberi dan epal bersama rasa masam-masam manis, yang berlawanan sekali dengan teksturnya yang berkrim.

    Antara kelebihan yang dimiliki oleh buah durian belanda ini termasuk mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. 

    7 Khasiat buah durian belanda

    Setiap bahagian durian belanda didapati mempunyai kelebihan tersendiri. Daun durian belanda dapat membantu sakit kerongkong manakala akarnya dipercayai boleh membantu mengurangkan gejala kencing manis.

    Selain itu, jus buah durian belanda kini banyak dijual dalam bentuk tin dan kotak. Jus yang dihasilkan daripada durian belanda boleh diminum untuk membantu meredakan demam, membunuh cacing (masalah biasa bagi kanak-kanak) dan sebagai ubat cirit-birit.

    Selain itu, ada banyak lagi khasiat buah durian belanda. Antaranya:

    1. Tinggi antioksidan

    khasiat buah durian belanda

    Banyak manfaat yang ditawarkan dari buah ini adalah disebabkan oleh kandungan antioksidannya yang tinggi. Antioksidan adalah sebatian yang membantu untuk meneutralkan sebatian berbahaya yang dipanggil radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kepada sel-sel di dalam badan. 

    Sesetengah penyelidikan mendapati bahawa antioksidan boleh memainkan peranan dalam mengurangkan risiko beberapa penyakit termasuk penyakit jantung, kanser dan diabetes. 

    Satu kajian tiub ujian memperlihatkan sifat-sifat antioksidan buah ini mendapati bahawa ia dapat melindungi secara berkesan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 

    Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan manfaat antioksidan yang terdapat dalam durian belanda ini kepada manusia. 

    2. Melawan bakteria dengan buah durian belanda 

    Sebagai tambahan kepada sifat antioksidannya, beberapa kajian menunjukkan bahawa buah ini berkemungkinan untuk mengandungi kandungan antibakteria yang kuat juga. 

    Dalam satu kajian tiub, ekstrak durian belanda dengan kepekatan yang berbeza-beza digunakan pada pelbagai jenis bakteria yang diketahui menyebabkan penyakit mulut. Buah ini dengan berkesan dapat membunuh pelbagai jenis bakteria, termasuk bakteria penyebab kepada masalah gingivitis, kerosakan gigi dan jangkitan yis.

    3. Mengurangkan keradangan

    Sesetengah kajian terhadap haiwan mendapati bahawa durian belanda dan komponennya dapat membantu memerangi keradangan. 

    Keradangan adalah tindak balas imun yang normal terhadap kecederaan, tetapi bukti-bukti lain menunjukkan keradangan yang kronik boleh menyumbang kepada penyakit. 

    Dalam satu kajian terhadap tikus yang dirawat dengan ekstrak buah ini, mendapati ia dapat mengurangkan bengkak dan keradangan. Dalam satu kajian lain juga memberikan hasil keputusan yang sama, iaitu penggunaan ekstrak buah ini dapat mengurangkan bengkak pada tikus sehingga 37%. 

    4. Menstabilkan gula dalam darah

    durian belanda

    Durian belanda telah menunjukkan keberkesanannya dalam membantu mengawal paras gula dalam darah bagi beberapa kajian yang melibatkan haiwan. 

    Dalam satu kajian, tikus diabetes telah disuntik dengan ekstrak buah ini selama dua minggu. Kumpulan tikus yang menerima suntikan ekstrak itu mempunyai tahap gula dalam darah yang 5x lebih rendah berbanding kumpulan tikus yang tidak dirawat. 

    Dalam satu kajian lain menunjukkan, pemberian ekstrak buah ini kepada tikus diabetes dapat mengurangkan tahap gula dalam darah sehingga 75%. Walau bagaimanapun, pemberian ekstrak ini adalah pada jumlah yang tinggi dan melebihi kadar pengambilan harian biasa anda. 

    5. Buah durian belanda dapat meningkatkan kesihatan mata

    Seperti yang dimaklumkan awal tadi, buah ini kaya dengan antioksidan. Antioksidan, khususnya seperti vitamin C dan E, zink dan beta karoten dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit mata.

    Antioksidan juga dapat mengurangkan tekanan oksidatif, yang boleh menyebabkan katarak dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.

    Baca juga:

    6. Penjagaan kesihatan buah pinggang dan hati

    Dalam satu kajian yang dijalankan di Malaysia, ekstrak buah durian belanda ini didapati selamat untuk digunakan kepada tikus yang dirawat untuk masalah buah pinggang dan hati. Pemerhatian yang sama turut dapat dilihat kepada manusia. 

    Dalam satu kajian yang dilakukan di India, acetogenin dalam buah ini dikatakan dapat membunuh sel-sel malignan (malignantI) dari 12 jenis kanser, dengan kanser hati menjadi salah satu daripadanya. 

    7. Tingkatkan kesihatan gastrousus

    kesihatan perut

    Buah yang dipanggil Sirsak ini juga memiliki ciri antiulser. Ia menindas kerosakan oksidatif dan mengekalkan lendir (mukus) pada dinding gastrik. Ciri-ciri antioksida dan antiradang yang penting dalam buah ini dapat membantu meningkatkan kesihatan gastrousus. 

    Dalam satu kajian yang dilakukan di Brazil, anthelmintic (keupayaan untuk membunuh parasit) pada sifat ekstrak daun buah ini telah dikaji. Penyelidik mengkaji kesan cacing parasit yang menyebabkan masalah gastrousus pada kambing biri-biri.

    Objektif kajian ini adalah untuk memeriksa kesan buah ini kepada telur dan parasit dalam bentuk dewasa. Kajian menyimpulkan bahawa buah ini mempunyai sifat anthelmintic. Dan, oleh sebab ia dapat membantu membunuh parasit dalam kambing biri-biri yang menyebabkan isu gastrousus, ia berkemungkinan akan dapat memberikan kesan yang sama kepada manusia. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan