Individu Narsisis Lebih Rintang Kemurungan – Kajian

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Menurut penilaian 3 kajian berbeza berkaitan dengan ciri-ciri personaliti, narsisis jenis grandiose didapati memiliki kekuatan mental yang lebih teguh. Dengan kekuatan mental ini, ia meningkatkan kerintangan seseorang itu daripada mengalami simptom-simptom kemurungan

Narsisis jenis grandiose

Penilaian yang dilakukan oleh pengarang daripada Queen’s University Belfast itu melibatkan maklumat daripada lebih 700 individu. Dapatan mereka mengaitkan golongan narsisis jenis grandiose dengan tahap stres yang rendah dan juga lebih sukar untuk mengalami simptom kemurungan.

Menurut Dr Kostas Papageorgiou, pengarang bersama untuk kajian ini, “Terdapat dua dimensi untuk personaliti narsisis – grandiose dan juga rapuh (vulnerable). Berbeza dengan jenis grandiose, narsisisma jenis rapuh lebih cenderung untuk bersikap mempertahankan diri dan melihat tingkah laku orang lain sebagai mengancam. Oleh itu, mereka mempunyai kecenderungan berbeza berbanding jenis grandiose.” 

‘Dark Tetrad’ tidak selalunya gelap

Dr Kostas Papageorgiou menambah bahawa narsisisma adalah sebahagian daripada ‘tetrad gelap’ personaliti. Antara personaliti lain dalam tetrad ini adalah Machiavellianism, psikopati and sadisma. Personaliti narsisis dicirikan oleh kepercayaan seseorang bahawa mereka mempunyai sebab atau alasan yang khas untuk merasakan diri mereka penting dan lebih bernilai berbanding orang lain. Pemilik personaliti ini cenderung untuk rasa terkilan apabila mereka tidak menerima layanan yang istimewa atau kejayaan mereka tidak diraikan.

Walaupun personaliti ini mempunyai pelbagai masalah yang tersendiri, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat juga aspek yang dapat memberikan impak positif kepada seorang narsisis. Penialai yang diterbitkan dalam jurnal Personality and Individual Differences dan European Psychiatry ini mengkuhkan teori kekuatan mental sebagai pelindung daripada stres dan memainkan peranan penting dalam menentukan variasi simptom kemurungan dalam masyarakat.

Dr Kostas Papageorgiou menyimpulkan bahawa personaliti gelap atau bermasalah (seperti narsisisma) tidak patut dilihat sebagai sesuatu yang buruk mahupun sesuatu yang baik. Sebaliknya, ia melambangkan produk evolusi dan ekspresi sifat semula jadi manusia yang mungkin baik dan mungkin tidak baik, bergantung kepada konteks dan keadaan. Untuk itu, penilaian ini dapat membantu untuk mempromosikan penerimaan terhadap kepelbagaian ciri-ciri personaliti manusia, di samping membantu untuk mengawal aspek suatu personaliti yang berbahaya untuk masyarakat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut