Mengamati muzik dan bait setiap lagu kegemaran sudah pasti menenangkan jiwa. Walaupun terdapat sesetengah orang mengatakan muzik adalah sesuatu yang melalaikan, namun disebalik hobi anda itu secara tidak langsung ia boleh mempengaruhi otak untuk meredakan ketegangan.

Terapi muzik (MT), yang juga dikenali sebagai terapi muzik aktif atau terapi muzik pasif dalam banyak kajian, telah meningkatkan kedua-dua kawalan motor dan fungsi emosi pada pesakit yang mempunyai pelbagai penyakit atau ketidakupayaan.

Dengan terapi pasif, ahli terapi memainkan muzik menenangkan dan mengalakkan pesakit untuk mengvisualisasikan imej ketenangan dan merenungkan monolog dalaman, perasaan dan deria mereka. Dalam sesi terapi muzik yang paling aktif, ahli terapi dan pesakit bekerjasama menggunakan instrumen serta suara mereka dan kadang-kadang tubuh (seperti menari atau meregang).

Kelebihan terapi muzik

1. Membantu simptom autism

Kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidap autism akan mengalami kesukaran menyampaikan emosi dan empati kepada orang lain dan pelbagai simptom lain yang melemahkan. Tetapi terapi muzik boleh membantu mereka mengurangkan tekanan dalaman dan halangan untuk berinteraksi.

2. Mengurangkan kebimbangan dan stres

Mendengar muzik secara semulajadi melegakan tekanan, dan apabila dilakukan dalam persekitaran sesi terapi yang terkawal, ia boleh menurunkan tahap hormon tekanan di dalam badan dan membantu seseorang mengawal mood dengan lebih baik.

3. Membantu perkembangan janin

Ibu hamil akan sering memainkan muzik untuk bayi dan ia satu tindakan yang baik. Penyelidikan menunjukkan bahawa memainkan muzik yang diarahkan pada rahim semasa kehamilan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih responsif terhadap muzik selepas lahir. Menariknya, muzik juga boleh mempengaruhi perilaku positif neonatal. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan tahap tekanan dan mengimbangi hormon  ibu.

4. Menyihatkan jantung

Percaya atau tidak, apabila anda mendengar muzik, tubuh akan bertindak balas tanpa anda sedari. Muzik boleh mempengaruhi kadar jantung dan membantu meningkatkan tahap tekanan darah. Ini kerana muzik mempunyai keupayaan untuk menurunkan tekanan dan kebimbangan, yang secara langsung menurunkan tekanan darah.

5. Membantu depresi

Sebelum memilih ubat-ubatan, terdapat pelbagai cara semulajadi untuk meningkatkan mood dalam jangka panjang seperti bersenam dan meditasi (menenangkan diri). Apabila anda mula bekerja, perkara luar biasa mula berlaku terhadap tubuh dan minda anda. Oleh itu, penyelidik mendapati terapi muzik boleh membantu, bukan sahaja meningkatkan mood depresi tetapi mengawal kadar degupan jantung, kadar pernafasan dan tekanan darah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda