backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nampak Ada Wanita Dengan Misai Halus Di Wajah, Ambil Tahu Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/04/2022

    Nampak Ada Wanita Dengan Misai Halus Di Wajah, Ambil Tahu Sebabnya!

    Misai biasanya dikaitkan dengan lelaki. Tetapi hakikatnya ada juga wanita yang memiliki rerambut pada wajah. Apakah punca wanita tumbuh misai ya?

    Umumnya kaum hawa yang memiliki misai atau jambang mengalami satu kondisi yang dinamakan hirsutisme.

    Kalau ingin tahu lebih lanjut mengenai keadaan tersebut, teruskan membaca perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Punca wanita tumbuh misai

    Hirsutisme adalah kondisi biasa yang boleh berlaku kepada beberapa individu kesan daripada genetik. Sekiranya ada ibu atau kakak anda yang memiliki kondisi ini, maka kemungkinan besar anda boleh mengalaminya.

    Ia adalah kondisi pertumbuhan rambut berlebihan yang terjadi kepada wanita.

    Jika diperhatikan, rerambut yang tumbuh pada wanita akibat kondisi ini adalah lebih kasar dan gelap dan akan tumbuh di bahagian yang selalu tumbuh pada tubuh badan lelaki iaitu wajah, dada, paha dan punggung. 

    Secara lahiriahnya, bulu-bulu ini tidak dianggap sebagai karakteristik fizikal yang biasa bagi wanita.

    Kondisi ini lebih banyak ditemui berlaku kepada masyarakat yang tinggal di kawasan Asia Tenggara, Timur Tengah dan Mediterania.

    Baca juga:

    Apa punca wanita tumbuh misai?

    Antara punca hirsutisme yang paling besar adalah penghasilan hormon seks lelaki (androgen) khususnya testosteron.

    Bagi anda yang belum tahu, semua wanita akan menghasilkan testosteron, walaupun kebiasaannya ia adalah dalam jumlah yang jauh lebih kecil berbanding lelaki.

    Pun begitu, bukan sekadar jumlah testosteron ini yang akan menyebabkan pertumbuhan rambut pada wanita.

    Ia juga akan bergantung kepada tahap sensitiviti folikel rambut terhadap androgen dan insulin serta keseimbangan antara testosteron dengan hormon yang lain, seperti progesteron dan estrogen.

    Selain daripada pertumbuhan bulu yang banyak pada tubuh badan anda sebagai seorang wanita, terdapat juga gejala lain yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, iaitu:

    Anda yang memiliki fitur-fitur seperti ini tidak perlu terlalu bimbang kerana ia sangat jarang mendatangkan komplikasi yang serius. Pun begitu, ia masih berisiko untuk menyebabkan kondisi kronik, seperti:

    Walaupun ia dikatakan sebagai punca wanita tumbuh misai dianggap satu kondisi yang normal, periksa kesemua simptom ini pada tubuh badan anda.

    Jika anda mengalami simptomnya yang teruk, sila segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat rawatan lanjut.

    punca wanita tumbuh misai

    Rawatan untuk hirsutisme

    Jadi, adakah ia sesuatu yang perlu dirisaukan jika anda merupakan salah seorang individu yang mengalami keadaan ini?

    Sebenarnya, tidak asalkan anda tidak mengalami sebarang simptom yang teruk seperti yang dinyatakan di atas ini.

    Selain itu, pasti anda yang mengalaminya akan terfikir untuk membuang rerambut ini pada wajah terutamanya untuk tujuan kosmetik, bukan?

    Jadi, adakah terdapat sebarang ubat atau rawatan bagi hirsutisme?

    Sebenarnya, ia bergantung kepada punca yang mendasarinya dan tahap lebat pertumbuhan rambutnya.

    Anda boleh sahaja menghilangkan rerambut ini dengan cara yang paling mudah iaitu mencukur atau mencabutnya.

    punca wanita tumbuh misai

    Pun begitu, ia sudah tentu sahaja tidak bersifat kekal dan bulu itu akan tumbuh kembali dengan cepat jadi anda perlu mengulang proses ini berulang kali pada setiap hari.

    Harus diingatkan juga bahawa anda perlu melakukan teknik membuang bulu ini dengan berhati-hati kerana ia boleh merosakkan kulit jika dilakukan dengan kasar. 

    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai punca wanita tumbuh misai ini, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan