backup og meta

Senarai 14 Makanan & Minuman Yang Boleh Diambil Penghidap Diabetes

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/09/2022

    Senarai 14 Makanan & Minuman Yang Boleh Diambil Penghidap Diabetes

    Apabila anda mempunyai kencing manis, penjagaan dalam aspek pemakanan adalah sangat penting. Selain produk susu untuk diabetes, apakah jenis minuman dan makanan lain yang boleh diambil oleh individu dengan penyakit ini?

    Umumnya, setiap minuman atau makanan ingin diambil oleh penghidap diabetes haruslah mengandungi kalori yang rendah atau tiada kalori langsung.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Minuman terbaik selain susu untuk diabetes

    susu untuk diabetes

    Enam jenis minuman yang berikut adalah baik untuk kesihatan diri anda:

  • Air Putih
  • Air putih sangat disarankan untuk semua individu. Anda memerlukan air untuk mengekalkan hidrasi.

    Tambahan pula, air putih tidak mengandungi sebarang karbohidrat dan kalori.

    1. Susu

    Susu skim atau rendah lemak tanpa kandungan gula tambahan adalah sangat baik bagi dijadikan pilihan susu untuk diabetes.

    Anda perlu minum susu dengan saiz hidangan yang bersesuaian kerana kandungan karbohidrat dan kalori di dalam susu boleh meningkat jika diambil secara berlebih.

    1. Jus Buah

    Walaupun jus buah mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi, penghidap diabetes tidak sepatutnya mengelakkan pengambilan jus buah secara total.

    Sekiranya anda memilih untuk minum jus buah, minum 100% jus tanpa tambahan gula.

    1. Teh

    Teh mampu memperbaiki sensitiviti insulin dan membantu mengawal tekanan darah. Teh tidak mengandungi sebarang karbohidrat dan kalori.

    1. Minuman Diet

    Kebanyakan minuman diet seperti smoothie diet menggunakan pemanis yang rendah kalori bagi menggantikan gula sebagai perasa dalam minuman.

    1. Kopi

    Kopi mempunyai kebaikan dan keburukan. Meminum kopi dengan kadar yang sederhana (2-3 cawan sehari) membantu mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2.

    Tetapi kopi bersusu seperti latte atau dengan tambahan gula mempunyai kalori yang tinggi.

    Oleh itu, sekiranya anda adalah peminat kopi, anda perlu berhati-hati apabila meminum kopi.

    Makanan terbaik untuk penghidap kencing manis

    susu untuk diabetes

    Selain susu untuk diabetes, mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mengawal diabetes.

    Kandungan nutrien dan indeks glisemik (GI) mungkin membantu anda untuk membuat pilihan yang lebih sihat.

    Berikut adalah jenis-jenis makanan terbaik atau superfoods yang sesuai dimakan penghidap diabetes.

    1. Kekacang

    Kebanyakan kekacang menyediakan kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang agak besar. Ia juga adalah sumber terbaik magnesium dan kalium.

    Berpandukan satu kajian, kekacang dipercayai boleh merendahkan GI di dalam darah sekiranya anda menghidap kencing manis tahap 2

    1. Sayuran tidak berkanji

    Sayuran tidak berkanji termasuklah sayuran berwarna hijau gelap, sayuran berdaun, lada dan lain-lain.

    Ia mengandungi kandungan karbohidrat yang rendah dan dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.

    Ini adalah di antara makanan yang boleh dimakan dengan kandungan yang banyak oleh penghidap diabetes. 

    1. Buah-buahan sitrus

    Buah-buahan sitrus seperti tangerin, oren, limau gedang, lemon dan limau adalah sumber serat yang baik serta mampu mengurangkan risiko untuk menghidap diabetes.

    1. Beri

    Beri seperti strawberi dan beri biru memberikan sumber yang baik untuk gula semula jadi serta bermanfaat dalam meningkatkan pengambilan serat. 

    1. Tomato

    Tomato mengandungi vitamin A, C, E dan zat besi dan boleh dimakan secara mentah, dipurikan, dimasak atau dalam bentuk sos.

    1. Ikan berlemak

    Salmon atau ikan dengan asid lemak omega-3  berkesan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung, terutamanya penyakit jantung koronari yang dikaitkan dengan diabetes.

    Ikan jenis ini juga tinggi kandungan vitamin D dan selenium yang baik untuk rambut, kulit dan kuku.

    Ikan tidak mengandungi sebarang karbohidrat, oleh itu ikan tidak akan meningkatkan kandungan gula dalam darah anda. 

    1. Bijirin penuh

    Bijirin penuh adalah makanan dengan kandungan serat tinggi dan ia tidak mengandungi karbohidrat yang banyak.

    Sesetengah bijirin penuh mengandungi nutrien yang sangat baik seperti magnesium, chromium, kalium dan folat.

  • Produk tenusu tanpa lemak atau rendah lemak
  • Produk tenusu memberikan vitamin D dan kalsium yang membantu menguatkan gigi serta tulang.

    Kajian menunjukkan bahawa produk tenusu boleh mengurangkan risiko untuk mendapat diabetes tahap 2 dengan 9%.

    Tetapi sekiranya anda menghidap diabetes, anda dicadangkan untuk mengambil susu skim dan yogurt.

    Pilihan produk susu untuk diabetes

    susu untuk diabetes

    Bagaimana untuk mengetahui jenis produk tenusu yang baik diambil bagi penghidap kencing manis?

    Produk tenusu adalah produk berasaskan susu seperti susu, yogurt, keju, krim dan pelbagai produk lain.

    Produk tenusu adalah sumber terbaik untuk kalsium, vitamin, protein dan mineral. Pelbagai produk tenusu seperti susu tanpa lemak atau rendah lemak dan yogurt boleh diambil sebagai snek.

    Apakah pilihan terbaik?

    Bagi individu dengan kencing manis, pilihan produk susu untuk diabetes terbaik adalah:

    • Susu tanpa lemak (skim) atau rendah lemak (1% lemak)
    • Yogurt rendah lemak atau tanpa lemak dengan perasa rendah lemak
    • Yogurt rendah lemak tanpa perasa
    • Susu kacang soya tanpa perasa dan susu badam

    Pencuci mulut untuk pesakit diabetes

    Mempunyai diabetes tidak bermakna anda perlu mengelakkan hidangan pencuci mulut dan mengelakkan gula untuk selama-lamanya.

    Anda boleh mempunyai satu hidangan manis bersaiz kecil tetapi dalam masa yang sama, masih mengawal keadaan diabetes anda.

    Fakta berkenaan gula

    Bagi diabetes jenis 2, antara faktor risikonya adalah berat badan yang berlebihan.

    Apabila anda makan terlalu banyak gula, berat badan anda akan bertambah. Oleh itu, anda harus mengehadkan penggunaan gula untuk membantu mengelakkan diabetes.

    Dengan pelan yang betul, anda masih boleh makan sedikit gula dan mengekalkan paras gula dalam darah anda dengan stabil.

    Anda hanya perlu makan gula-gula atau manisan pada majlis-majlis khas seperti majlis hari jadi atau perkahwinan.

    Jika pencuci mulut anda mengandungi terlalu banyak gula, kongsinya dengan rakan atau keluarga.

    Hidangan harian anda perlu meliputi makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, susu untuk diabetes tanpa lemak, ikan berlemak, kekacang, dan protein tanpa lemak.

    Baca juga:

     Tambah gula ke dalam diet anda

    Satu lagi cara untuk memuaskan keinginan anda terhadap makanan manis adalah dengan menambahkan pemanis berkalori rendah dalam pelan pemakanan.

    Tetapi anda harus mengawal jumlahnya!

    Berikut adalah beberapa jenis pemanis yang boleh digunakan dalam makanan anda:

    • Jenis gula (putih, mentah, tebu, coklat, jagung, kelapa)
    • Madu
    • Sirap (tebu, maple, beras)
    • Nectar
    • Gula semula jadi (fruktosa, xylitol)

    Untuk mengawal paras gula dalam darah, anda juga harus mengawal jumlah karbohidrat yang dapat dijumpai dalam makanan berikut ini:

    • Nasi
    • Pasta
    • Roti
    • Biskut
    • Sayuran berkanji (kacang, kentang, jagung)
    • Buah
    • Jus
    • Susu untuk diabetes seperti produk tenusu (susu, keju, yogurt)

    Jika ingin mengambil pencuci mulut, anda harus berhati-hati dengan mengenal pasti jumlah pemanis yang ditambahkan dalam hidangan dengan memeriksa label produk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan