Menurunkan Berat Badan dengan Jus

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 mins read

Mencari cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan merupakan masalah paling kerap dihadapi kebanyakan orang. Terdapat trend menurunkan berat badan dengan minum jus, bagaimanapun, ramai yang masih tertanya-tanya sama ada ia berkesan atau tidak. Jika anda mempunyai soalan yang sama, artikel ini akan menyediakan anda dengan maklumat yang berguna.

Berat badan berlebihan dan risiko kesihatan

Lebih banyak berat berlebihan yang anda tanggung, lebih tinggi risiko lebih daripada 50 masalah kesihatan berbeza yang perlu anda hadapi. Satu penyelidikan dari universiti Harvard telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti lebih cenderung untuk mempunyai penyakit jantung, strok, kanser dan kemurungan.

Berat badan dan kemurungan: Kajian yang telah diterbitkan pada tahun 2010 dalam Archives of General Psychiatry mendapati bahawa obesiti akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat kemurungan sebanyak 55% berbanding dengan mereka dengan berat badan normal.

Berat badan dan kanser: Satu kajian oleh Persatuan Kanser Amerika, yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine telah menunjukkan hubungan antara berat badan berlebihan dan pelbagai jenis kanser. Dalam kedua-dua lelaki dan wanita, BMI lebih tinggi akan membawa kepada risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser di dalam esofagus, kolon dan rektum, hati, atau buah pinggang. Bagi lelaki, kematian akibat kanser perut atau prostat boleh dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obesiti. Sementara itu, dalam kalangan wanita, berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko kematian akibat kanser payudara, kanser rahim atau kanser ovari.

Berat badan dan jangka hayat: Berat badan berlebihan boleh memakan jangka umur anda. Kajian New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai berat badan berlebihan pada usia 50 ke 71 tahun, menghadapi kematian lebih cepat berbanding  orang lain. Dalam kalangan orang obes, kadar kematian adalah dua hingga tiga kali lebih tinggi.

Punca-punca obesiti

Terdapat banyak sebab-sebab yang membawa kepada obesiti:

  • Kurang bersenam dan aktiviti fizikal
  • Pilihan gaya hidup
  • Genetik
  • Diet tidak sihat

Cara-cara untuk mengurangkan berat badan

Terdapat banyak cara yang boleh anda cuba untuk mengurangkan berat badan cepat seperti memilih diet rendah karbohidrat, mengelakkan bir dan ketagihan alkohol, melakukan senaman, pengambilan vitamin dan mineral tambahan, dan bermeditasi.

Menurunkan berat badan dengan jus

Satu lagi cara biasa adalah minum jus yang dikenali sebagai diet mentah. Dengan minum hanya jus buah-buahan, badan kita dapat menyingkirkan toksin, mendapatkan semula nutrien yang diperlukan, dengan itu, memulihkan keadaan kesihatan. Menurut Paul dan Patricia Bragg, pengarang “The Miracle of Fasting,” puasa adalah satu pilihan untuk mengepam keluar “racun” dalam badan anda. Senarai di bawah menunjukkan jus buah-buahan terbaik yang perlu anda minum untuk  kesan penurunan berat badan terbaik.

  • Jus Timun
  • Jus Saderi
  • Jus lobak merah
  • Jus Kubis
  • Jus ubi bit
  • Jus peria
  • Jus aloe vera
  • Jus Tembikai
  • Jus Delima
  • Jus Limau
  • Jus kranberri

Berat badan berlebihan atau obesiti boleh membawa banyak kesan negatif kepada kesihatan  dan badan anda. Anda perlu mengawasi aktiviti anda dan jenis jus yang perlu anda minum yang paling sesuai dengan keadaan kesihatan anda. Jika masih tidak berkesan, tanya doktor anda untuk nasihat yang terbaik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Tahu Pisang Yang Anda Makan Sekarang Lebih Cantik Dari Rupa Asal?

    Tahukah anda, buah pisang lembut yang anda makan itu merupakan hasil daripada pembiakan terpilih atau selective breeding?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 22/10/2019 . 2 mins read

    Limau Vs Lemon: Apa Beza Dua Buah Sitrus Ini?

    Limau dan lemon adalah dua buah sitrus yang lebih kurang sama. Ingin tahu yang manakah lebih bagus? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/08/2019 . 8 mins read

    Delima: Zaman Keemasan Penggunaannya yang Berterusan

    Satu kajian mendapati bahawa dengan hanya 2 gram ekstrak buah delima, ia boleh menghalang kemerosotan ingatan selepas pembedahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 31/07/2019 . 8 mins read

    Buah-buahan Terbaik Ketika Hamil

    Pengambilan diet pemakanan yang sihat adalah penting bagi wanita ketika hamil. Apakah buah-buahan terbaik dimakan ketika hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 mins read
    makanan

    Dengan RM100, RM200 & RM300, Barang Dapur Apa Saja Anda Boleh Beli?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 5 mins read

    Nak Banyakkan Susu Badan? Cuba Ambil 5 Makanan SUNNAH Ini, Lagipun Ramadhan Bakal Tiba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/10/2019 . 2 mins read
    cara diet yang betul

    Diet Rendah Karbo Boleh Menyebabkan Kanser Usus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/10/2019 . 2 mins read