Meningkatkan Kesihatan Kulit dengan Cendawan

Oleh

Apabila menyebut cendawan, kebanyakan mula membayangkan hidangan yang lazat dan menyelerakan seperti sup, pizza dan pasta. Tetapi disebalik gambaran hidangan yang lazat itu, cendawan juga mempunyai beberapa manfaat terhadap kesihatan dan kulit.

Manfaat cendawan terhadap kulit

Mengurangkan keradangan

Cendawan mempunyai ciri-ciri anti-radang yang hebat. Lebih-lebih lagi, ia mengandungi antioksidan. Jika anda menggunakan ekstrak cendawan secara topikal, kulit anda dapat memerangi segala jenis keradangan serta pelbagai masalah kulit lain yang timbul.

Melindungi daripada jangkitan

Kualiti antimikrob, antibakteria dan antikulat cendawan menjadikannya pilihan yang boleh dipercayai untuk jangkitan kulit. Ia boleh membantu memulihkan jerawat, rosacea (penyakit kronik yang melibatkan kulit pada hidung, dahi dan pipi. Keadaan ini ditandai dengan warna kemerah-merahan pada kulit) dan ekzema.

Mencegah daripada jerawat

Makanan yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah lebih mampu mengawal jerawat. Cendawan mempunyai GI yang sangat rendah dan menjadikannya salah satu alternatif semula jadi yang terbaik bagi masalah jerawat. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin D, yang membantu mempercepatkan proses penyembukan luka jerawat apabila digunakan secara topikal.

Melambatkan penuaan

Dengan antioksidan, cendawan boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas dalam tubuh dan sekali gus bertindak sebagai bahan anti-penuaan semula jadi yang kuat. Sama ada anda memasukkan cendawan dalam diet harian atau menggunakan ekstranya secara luaran pada kulit, anda boleh mencegah daripada tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, perubahan tona dan lain-lain. Jadi dengan pengambilan cendawan anda akan mendapat kulit yang licin, anjal dan kelihatan muda.

Mencerahkah kulit

Sesetengah cendawan, terutamanya shiitake, mempunyai tahap tinggi asid kojik, yang dianggap sebagai ubat semulajadi untuk mencerahkan kulit. Ia boleh mengehadkan pengeluaran melanin pada lapisan paling atas kulit, sehingga menjadikan sel-sel yang baru terbentuk agak ringan. Penggunaan harian jus cendawan kepada kulit adalah jauh lebih selamat berbanding penggunaan produk kulit sintetik yang mengandungi hydroquinone toksik.

Memudahkan pengelupasan kulit

Cendawan shiitake juga berfungsi sebagai alternatif semula jadi kepada pengelupasan sintetik atau lulur (scrub). Ini memudahkan anda menghilangkan sel-sel kulit mati yang terkumpul di lapisan permukaan kulit dengan hanya menggunakan lulur jus cendawan dan gula perang buatan sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut