backup og meta

Mengidam Makanan Yang Manis-Manis, Bagaimana Cara Untuk Anda Tangani?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/12/2022

    Mengidam Makanan Yang Manis-Manis, Bagaimana Cara Untuk Anda Tangani?

    Anda suka makanan manis? Mengidam makanan manis mungkin sangat sukar untuk dikawal. Pun begitu, ada beberapa cara berikut tentu sahaja boleh membantu anda menahan godaan gula!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    #1. Makan dengan sedikit

    Anda boleh makan sedikit makanan yang anda ‘teringin’ seperti sedikit biskut atau gula-gula.

    Dengan menikmati sedikit makanan yang anda inginkan boleh membantu anda menangani masalah mengidam makanan manis.

    Bagaimanapun, cuba hadkan kepada 150- kalori pada pengambilan makanan manis anda.

    #2. Campurkan makanan-makanan

    Jika dengan menghentikan pengambilan biskut atau gula-gula boleh membuatkan anda seperti serba tidak kena, anda boleh memuaskan rasa teringin manis anda dengan mencampurkan makanan yang diidamkan bersama makanan sihat.

    mengidam makanan manis

    #3. Makan ayam belanda

    Bertahan daripada ingin menjamah makanan manis bukannya mudah.

    Walau bagaimanapun, sesetengah individu akan mengalih rasa mengidam mereka dengan makan ayam belanda sejuk, dan kesannya rasa mengidam makanan manis akan hilang selama beberapa hari.

    Sementara, individu lain pula masih akan rasa mengidam, cuma mereka akan dapat mengawal selera mereka dari semasa ke semasa dengan pengambilan kurang makanan begini.

    #4. Kunyah gula-gula getah

    Jika anda ingin mengelakkan rasa mengidam makanan begini, cubalah mengunyah gula-gula getah.

    Kajian membuktikan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh melepaskan keinginan untuk makan.

    #5. Ambil buah-buahan yang segar

    Jika rasa mengidam, anda boleh makan buah kerana buah-buahan juga mengandungi rasa manis asli.

    Selain rasanya yang manis, buah juga memberikan anda serat dan nutrien.

    Selain itu, anda boleh makan makanan seperti kekacang, bijian, dan buah-buahan kering.

    Sentiasa bawa snek ini ke mana-mana supaya anda boleh terus makan apabila rasa mengidam anda datang.

    #6. Berjalan jika rasa mengidam

    Jika anda terasa mengidam makanan manis, segera berjalan-jalan di sekeliling atau melihat pemandangan di luar bangunan bagi mengalih perhatian anda kepada rasa mengidam.

    mengidam makanan manis

    #7. Utamakan kualiti berbanding kuantiti

    Jika anda terpanggil untuk makan makanan manis, anda boleh terus makan tetapi pastikan pada kuantiti yang kecil.

    Contohnya, pilih truffle coklat gelap berbanding kepingan gula-gula bersaiz besar, kemudian makan sedikit-sedikit sehingga rasa mengidam anda ‘berlalu’.

    Belajar untuk mengambil makanan manis dalam jumlah yang kecil tetapi beri perhatian juga kepada pilihan makanan yang kurang manis dan lebih sihat.

    #8. Makan dengan kerap

    Sela waktu makan yang panjang boleh membuatkan anda mengidam makanan manis dan berlemak bagi menghilangkan rasa lapar anda.

    Jadi, anda disarankan untuk makan pada setiap tiga hingga lima jam bagi membantu menstabilkan glukosa darah dan mengelakkan anda daripada teringin makan makanan yang tidak rasional.

    Pilih makanan yang mengandungi protein, dan serat seperti bijian penuh.

    Salah satu cara terbaik untuk mengawal rasa mengidam makanan manis adalah dengan menghentikan rasa mengidam sebelum ia datang.

    Tip di bawah boleh membantu anda melakukannya:

    #9. Elakkan pemanis tiruan

    Pemanis tiruan kelihatan seperti pilihan yang baik, tetapi ia tidak boleh mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.

    Malahan, pemanis tiruan juga memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda seperti obesiti.

    #10. Hadiahkan diri anda atas kejayaan

    Ganjaran tersebut boleh jadi kecil ataupun besar.

    Sentiasa beringat tentang usaha anda mengelak daripada makanan manis dan hadiahkan diri sendiri atas setiap langkah yang berjaya anda harungi.

    mengidam makanan manis

    #11. Lakukan dengan perlahan

    Setiap minggu, beri perhatian pada rasa mengidam anda dan fikirkan apa yang anda makan.

    Catatkan makanan yang anda makan, dan secara berperingkat, rancang pemakanan dan mengikut jadual.

    #12. Dapatkan bantuan dan sokongan

    Kebanyakan individu akan mencari makanan manis apabila mereka berasa stres, murung, atau marah.

    Walau bagaimanapun, makanan tidak boleh menyelesaikan masalah emosi anda.

    Perhatikan adakah emosi berkait rapat dengan pengambilan manis anda ataupun sama ada anda memerlukan bantuan untuk mencari penyelesaian lain bagi masalah emosi tersebut.

    #13. Gabungkan pelan makan anda

    Anda mungkin perlu lebih daripada satu strategi untuk mengawal rasa mengidam makanan ini.

    Tidak semestinya anda akan berjaya menggunakan taktik yang sama pada setiap kali rasa mengidam anda datang.

    Jadi, cuba cari pendekatan lain untuk mengelakkan rasa mengidam anda ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan