backup og meta

5 Latihan Untuk Mengeluarkan Kebaikan Anda

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fong Jiar Yi · Disemak pada 08/12/2019

    5 Latihan Untuk Mengeluarkan Kebaikan Anda

    Menunjukkan cinta dan kebaikan kepada orang lain adalah penting. Setiap orang akan berasa gembira dan anda akan menerima kebaikan sebagai balasan.

    5 latihan harian untuk mengeluarkan kebaikan anda

    1. Berhenti seketika di lampu merah

    Setiap kali anda berhenti di lampu merah, tarik nafas dalam dan fikirkan ucapan terbaik kepada diri anda dan orang lain. “Semoga saya gembira dan selamat. Semoga saya hidup senang.” Teruskan mengucapkan kata-kata tersebut di dalam diri anda sehingga lampu isyarat berubah warna. Apabila sampai ke perhentian seterusnya atau lampu merah, ulang latihan tersebut.

    2. Membina hubungan dengan penjaga kedai

    Apabila anda membeli di kedai runcit, beratur untuk membeli tiket pawagam atau mengisi minyak, buatkan diri anda berinteraksi dengan orang lain. Dari dalam, keluarkan ucapan yang baik kepada mereka. Dengar semasa mereka bercakap dan berikan senyuman yang manis. Teguran ringkas sudah cukup untuk membuatkan orang berasa lebih terbuka dan sayang. Dengan berhubung dengan mereka, anda berhubung dengan diri anda yang terbaik.

    3. Lanjutkan kepada rakan seperjalanan anda

    Iika anda menggunakan bas, keretapi atau kapal terbang secara berkala, bawa semua orang yang anda bersama anda dalam perjalanan kepada kesedaran dan cerminkan tentang bagaimana mereka, seperti anda, berkongsi suka dan duka dan inginkan kegembiraan, ketenangan dan jauh dari kesengsaraan. “Semoga anda gembira. Semoga anda selamat. Semoga anda bebas dari bahaya. Semoga anda hidup senang.”

    4. Dengar bunyi telefon

    Pada hari ini, kita menerima banyak emel dan peringatan kelendar. Jangan biarkan ia membuatkan anda tertekan. Sebaliknya, anda boleh menggunakannya sebagai petanda untuk melakukan kebaikan. Setiap kali anda mendengar bunyi atau melihat peringatan, ambil nafas dalam dan fikirkan tentang kebaikan. Latihan ini boleh dilakukan semasa mandi. Rasakan air di badan anda, berhenti seketika, ambil nafas dan hantarkan kepada anda dan orang lain fikiran tentang kebaikan tersebut.

    5. Berhubung dengan mereka yang memerlukan

    Apabila anda bertemu dengan mereka yang memerlukan di tepi jalan, berhenti seketika dan tanyakan kepada mereka tentang keadaan mereka. Cuba sebaik mungkin untuk membantu mereka jika boleh. Memberikan sumbangan atau meliabtkan diri dalam aktiviti kebajikan juga merupakan idea yang baik.

    Latihan-latihan ini tidak susah dan boleh dilakuka di mana-mana sahaja, pada bila-bila waktu samada di rumah, tempat kerja atau bersama kawan-kawan. Dengan sedikit kesabaran, anda boleh mula melalukannya sepanjang hari dan sepanjang hidup anda kerana di akhirnya, apa yang anda yang orang di sekeliling anda ada ialah kebahagiaan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Fong Jiar Yi · Disemak pada 08/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan