backup og meta

Mengapa Microbead Diharamkan daripada Produk Kecantikan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    Mengapa Microbead Diharamkan daripada Produk Kecantikan

    Pada tahun 2015, kerajaan Amerika Syarikat mengharamkan penggunaan microbead (manik mikro) plastik diikuti kerajaan United Kingdom pada awal tahun ini. Ini diikuti dengan keputusan parlimen Eropah pada penghujung September ke arah yang sama.

    Microbead plastik ialah bahan pepejal plastik yang tidak larut dalam air dengan saiz 5mm atau kurang. Bahan ini selalu digunakan dalam produk kecantikan dan penjagaan harian anda sebagai agen skrub, agen likat atau sekadar pengisi.

    Mengapa microbead plastik digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri?

    Microbead plastik digunakan dalam beberapa produk kosmetik dan penjagaan diri untuk membantu membersihkan kulit melalui pengelupasan dan untuk menghapuskan kotoran dan plak pada gigi. Pengelupasan menghilangkan kotoran dan membantu membersihkan liang roma. Sel-sel kulit mati dilonggarkan dan disingkirkan untuk memberikan lapisan permukaan yang terdiri daripada sel-sel yang baru dan muda. Ini membuatkan kulit lembut, licin dan kelihatan lebih cerah.

    Bahan microplastic ini dipilih untuk digunakan sebagai pengelupas atau agen pembersihan gigi kerana ia bersih, boleh dihasilkan dalam saiz seragam dan tidak mempunyai bucu tajam yang melukakan kulit.

    Bahaya microbead plastik kepada persekitaran

    Microbead plastik adalah sejenis microplastic yang menyumbang kepada masalah sampah laut. Terdapat kebimbangan bahawa jumlah sampah plastik di persekitaran marin boleh membahayakan ekosistem dan zarah kecil yang memasuki persekitaran laut ini boleh dimakan oleh hidupan laut. seterusnya manusia.

    Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Science & Technology, pengkaji daripada McGill University mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 300 bilion nanoplastik dalam setiap gram skrub, yang mewakili 0.03% daripada berat plastik dalam skrub.

    Para saintis juga menyatakan kebimbangan kerana skrub digunakan secara langsung pada kulit dan pengguna telah terdedah secara langsung dengan nanoplastik. Nanoplastik boleh memasuki kulit dan merosakkan sel-sel badan.

    Walaupun microbead daripada produk kecantikan dan penjagaan diri hanya menyumbang kepada kira-kira 0.29% daripada sampah marin, tindakan sukarela telah diambil oleh industri kecantikan untuk memberhentikan penggunaan bahan ini.

    Alternatif lain dalam produk kecantikan

    Syarikat-syarikat yang sebelum ini menggunakan microbead plastik telah menukar formulasi atau menggantikannya dengan alternatif yang dibuat dari lilin semula jadi, kanji yang berasal dari jagung atau ubi kayu, rumpai laut, silika, tanah liat dan sebatian semula jadi yang lain.

    Terdapat senarai produk kecantikan yang mengandungi dan tidak mengandungi mikroplastik boleh anda dapati secara atas talian. Pilih dan selidik produk kecantikan yang anda gunakan. Jadilah pengguna yang bijak dan bertanggungjawab kepada alam sekitar.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan