backup og meta

Teringin Nak Gigi Kelihatan Putih Berseri, Ini 3 Cara Semula Jadi Melakukannya Di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/05/2023

    Teringin Nak Gigi Kelihatan Putih Berseri, Ini 3 Cara Semula Jadi Melakukannya Di Rumah

    Apakah cara nak putihkan gigi ya? Hello Doktor akan kongsikan petua semula jadi untuk memutihkan gigi buat mereka yang tidak mahu menggunakan kimia atau apa-apa bahan pada gigi.

    Di bawah, kami berikan 3 cara nak putihkan gigi secara semula jadi. Mudah dan selamat, cubalah!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

    3 cara nak putihkan gigi

    Berikut adalah kaedah semula jadi yang boleh anda cuba di rumah:

    1. Guna serbuk penaik dan jus lemon

    cara nak putihkan gigi

    Serbuk penaik, atau sodium bikarbonat, bersifat agak kasar. Jadi, pastikan anda sental secara perlahan-lahan pada permukaan kotoran untuk menguatkan enamel gigi dan menjadikan gigi lebih putih. Ia membantu mengimbangi pH dalam mulut anda apabila anda mengambil banyak makanan berasid.

    Sodium bikarbonat juga sangat beralkali (bertentangan dengan berasid) jadi ia berguna kerana asid merosakkan enamel. Ia bertindak sebagai peluntur semulajadi, yang akan mengurangkan keasidan jus lemon.

    Anda perlu menggunakan campuran serbuk penaik dan air untuk beberapa hari, dan gunakan jus limau pada hari yang lain untuk mengelakkan penggunaan yang keterlaluan.

    Apa yang anda perlukan:

    • Beberapa sudu teh serbuk penaik;
    • Jus limau yang cukup atau air untuk membentuk adunan;
    • Satu berus gigi.

    Cara penggunaannya:

    Campurkan jus limau yang baru diperah (atau air) dengan beberapa sudu teh serbuk penaik untuk membuat adunan. Gosokkan gigi anda dengan tuala kertas dan letakkan sejumlah adunan pada berus gigi anda dan menggosok dengan lembut.

    Tinggalkan ia selama 1 minit dan bersihkannya untuk mencegah asid daripada menjejaskan enamel. Jika anda hanya menggunakan air anda boleh tinggalkannya sehingga 3 minit.

    Baca juga:

    2. Strawberi, garam dan skrub serbuk penaik, cara nak putihkan gigicara nak putihkan gigi

    Strawberi mengandungi vitamin C, di mana ia boleh memecahkan plak yang menyebabkan gigi anda kelihatan kekuningan. Beri juga mengandungi asid malik (sebuah enzim) yang boleh menghilangkan permukaan kotoran.

    Garam bertindak sebagai bahagian adunan yang kasar dan dan menyental kotoran.

    Anda akan memerlukan:

  • 1-3 strawberi besar;
  • Secubit garam laut;
  • 1-2 sudu teh serbuk penaik (tidak diwajibkan).
  • Cara penggunaannya:

    Hancurkan beri tersebut dan estraknya menjadi pulpa, kemudian tambah 1 sudu teh serbuk penaik dan secubit garam. Lap gigi anda dengan tuala kertas, dan kemudian letakkan campuran ini pada gigi dengan berus gigi.

    Biarkan campuran itu selama 5 minit, kemudian bilas. Ulang secara kerap.

    Cara nak putihkan gigi #3: Bilas minyak kelapa

    cara nak putihkan gigi

    Penggunaan minyak kelapa adalah rawatan zaman dulu, membilas gigi dengan minyak kelapa untuk membantu memutihkan gigi dan juga memperbaiki kesihatan oral.

    Ia tidaklah ketara perbezaannya sebagai “peluntur” tetapi ia boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk membersihkan dan detoksifikasi gigi dan gusi.

    Minyak kelapa mengandungi asid laurik, yang boleh menyingkirkan bakteria di dalam plak yang membuatkan gigi kekuningan. Ia juga memperbaiki kesihatan gusi, menyingkirkan bakteria merbahaya, dan membantu mengekalkan nafas segar.

    Anda memerlukan:

    • Kira-kira satu sudu minyak kelapa.

    Cara penggunaan:

    Gunakan minyak pada waktu pagi sebelum anda menggosok gigi anda. Ambilkan satu sudu atau kurang sedikit (bergantung kepada saiz mulut anda) minyak kelapa. 

    Kemudian keluarkannya, bilas dengan air, dan gosok gigi anda. Pada baru yang hendak mula, anda boleh mencubanya untuk 5 minit pada satu-satu masa.

    Petua-petua tambahan 

    Ini pula tip dan cara nak putihkan gigi tambahan yang boleh membantu anda:

    • Amalkan rutin dengan menggunakan rawatan sampingan ini dan kekalkan untuk melihat kesannya.
    • Gunakan hidrogen peroksida 3% sebagai pembilas mulut kerana ia memutihkan gigi anda melalui proses pengoksidaan. Ia adalah bahan aktif dalam kit permutihan OTC, namun ia selalunya dijumpai dalam gabungan yang lebih tinggi (dan mahal).
    • Cuba elak minuman berwarna gelap, seperti coke dan kopi yang boleh mengotorkan gigi anda

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh JX Chan · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan