backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Jaga-Jaga Beronani Boleh Menyebabkan Lelaki Kurang Subur, Jangan Ketagih Sangat Ya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/10/2022

    Jaga-Jaga Beronani Boleh Menyebabkan Lelaki Kurang Subur, Jangan Ketagih Sangat Ya!

    Melancap bukanlah perkara yang pelik apabila ia berkaitan dengan keinginan seksual. Namun, dikatakan antara kesan melancap akan menyebabkan masalah kesuburan, penurunan jumlah sperma serta risiko kemandulan.

    Adakah fakta itu benar atau tidak? Artikel ini akan menjawab beberapa persoalan sukar dan memberikan jawapan yang diperlukan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkan di sini.

    Kaitan melancap dan risiko kemandulan

    risiko kemandulan

    Ada yang kata beri kesan dan boleh meningkatkan risiko kemandulan, ada juga yang tidak.

    Pakar perubatan telah melakukan banyak kajian dan eksperimen untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara melancap dan ketidaksuburan dalam kalangan lelaki. Hasil kajian mengelirukan kerana disebabkan kesimpulan yang bercampur.

    Dalam beberapa kajian, penyelidik memberitahu bahawa lelaki yang ketagihan melancap mungkin mengurangkan jumlah sperma, yang membuatkan mereka berhadapan menghidap kemandulan. Malah, ia lebih mencabar untuk wanita menjadi hamil daripada hubungan seks.

    Malah apabila lelaki yang cenderung melancap tetapi berhenti melakukannya dalam usaha untuk menjadi ibu bapa, mereka lebih cenderung untuk meningkatkan jumlah sperma mereka dan menjadikan kehamilan lebih mudah.

    Namun terdapat kajian lain yang menyatakan melancap tidak menyebabkan kemudaratan kepada kesuburan.

    Tiada kaitan: Melancap tidak akan meningkatkan risiko kemandulan

    risiko kemandulan

    Bergantung kepada majoriti kajian, kebanyakan pakar dan penyelidik bersetuju bahawa tiada akibat langsung antara perbuatan melancap dengan jumlah sperma yang berkurang atau ketidaksuburan.

    Oleh itu anda tidak perlu risau atau terlalu tertekan tentang perkara ini. Malah, kesan melancap mungkin tidaklah sebesar yang disangkakan. Malah, ia juga tidak akan menyebabkan kemandulan.

    Kebanyakan lelaki boleh menghasilkan sperma pada jumlah yang besar, jadi ia bukan satu masalah untuk menambah bekalan spermanya.

    Untuk meningkatkan peluang hamil, anda boleh memberikan perhatian kepada proses ovulasi dan hubungan seks.

    Walau bagaimanapun, jika anda bimbang dan dihantui pemikiran bahawa perbuatan ini akan menyebabkan kesan negatif ke atas keupayaan anda untuk hamil, anda boleh meminta pasangan anda untuk tidak melakukannya selama beberapa hari sebelum ovulasi anda.

    Ini hanya untuk membuatkan anda tenang dan tidak risau mengenai perkara ini.

    Baca juga:

    Jangan risau, namun jangan kerap lakukannya

    risiko kemandulan

    Tidak ada bukti kukuh untuk membuktikan risiko kemandulan meningkat disebabkan ketagihan melancap. Jadi anda tidak mempunyai sebab untuk bimbang tentang perkara ini.

    Perlu diingatkan bahawa tubuh lelaki dapat menghasilkan sperma yang hilang semasa proses melancap dengan cepat.

    Sebaliknya, anda harus mempersiapkan diri untuk menjadi ibu bapa yang baik dengan menghilangkan tabiat buruk.

    Untuk mengelakkan kemandulan, cuba ambil nutrien yang baik untuk meningkatkan kebarangkalian untuk hamil, dan pilih waktu ovulasi terbaik untuk hubungan seks yang berkesan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan