backup og meta

Mati Pucuk Disebabkan Diabetes

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Mati Pucuk Disebabkan Diabetes

    Mati pucuk atau disfungsi erektil (ED) juga dipanggil impotens adalah tidak mampu untuk mendapat dan mengekalkan ereksi yang cukup lama untuk melakukan hubungan seksual. Ia adalah masalah biasa dalam kalangan lelaki menghidap diabetes yang menjejaskan 35-75% penghidap kencing manis lelaki. Mereka juga akan cenderung untuk mendapat mati pucuk sekitar 10-15 tahun lebih awal daripada lelaki tanpa diabetes.

    Diabetes dan mati pucuk

    Diabetes boleh menyebabkan mati pucuk kerana ia boleh merosakkan bekalan darah ke zakar dan saraf yang mengawal ereksi.

    Apabila lelaki terangsang secara seksual, bahan kimia nitrik oksida dilepaskan ke dalam aliran darah. Nitrik oksida ini akan memberi isyarat kepada arteri dan otot di zakar untuk berehat, yang membolehkan lebih banyak darah mengalir ke dalam zakar. Ini memberi lelaki eraksi.

    Namun, berbeza bagi lelaki menghidap diabetes dengan perubahan paras gula dalam darah terutamanya jika keadaan tidak diuruskan dengan baik. Apabila gula dalam darah terlalu tinggi, nitrik oksida kurang dihasilkan. Ini bermakna darah yang mengalir ke zakar tidak mencukupi untuk mendapat atau mengekalkan eraksi. Tahap nitrik oksida yang rendah sering dijumpai dalam kalangan penghidap diabetes.

    Kajian mengenai diabetes dan mati pucuk

    Pusat Perubatan Universiti Boston melaporkan bahawa kira-kira separuh lelaki yang didiagnosis dengan diabetes jenis 2 akan mengalami ED dalam tempoh 5 hingga 10 tahun dari diagnosis mereka. Sekiranya mereka juga mempunyai penyakit jantung, kemungkinan impotens (kegagalan untuk menegangkan atau mengekalkan ketegangan zakar) menjadi lemah.

    Walau bagaimanapun, hasil kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa jika anda mempunyai diabetes tetapi mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, anda boleh mengurangkan simptom diabetes dan meningkatkan kesihatan seksual anda. Amalan gaya hidup ini termasuk memakan makanan yang seimbang dan mendapat senaman yang teratur.

    Diagnosis mati pucuk

    Sekiranya anda mendapati perubahan dalam kekerapan atau tempoh ereksi, beritahu doktor atau rujuk ahli urologi. Ia mungkin sukar untuk membangkitkan isu-isu ini dengan doktor, tetapi mengelak daripada berbuat demikian akan menghalang anda mendapatkan bantuan yang diperlukan.

    Doktor anda boleh mendiagnosis mati pucuk dengan mengkaji sejarah perubatan dan menilai simptom anda. Doktor mungkin akan melakukan ujian fizikal untuk memeriksa kemungkinan masalah saraf di zakar atau buah zakar. Ujian darah dan air kencing juga boleh membantu mendiagnosis masalah seperti kencing manis atau testosteron yang rendah.

    Mereka mungkin boleh mengesyorkan ubat-ubatan tertentu dan merujuk anda kepada pakar kesihatan yang khusus mengenai ED.

    Namun, jika anda tidak mengalami sebarang simptom mati pucuk, tetapi telah didiagnosis menghidap diabetes atau penyakit jantung, anda harus membincangkan kemungkinan diagnosis pada masa hadapan. Mereka boleh membantu anda menentukan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil daripada sekarang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan