backup og meta

6 Manfaat Sayur Taugeh Yang Ramai Tidak Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2020

    6 Manfaat Sayur Taugeh Yang Ramai Tidak Tahu

    Taugeh adalah sejenis sayur-sayuran yang malang sekali kurang digemari oleh kebanyakan individu tanpa mengira jantina dan usia. Sebenarnya, ia mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai manfaat sayur taugeh.

    Manfaat Sayur Taugeh

    #1. Kaya protein

    Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

    #2. Kaya enzim

    Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

    #3. Kaya serat

    Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.

    #4. Kaya antioksidan

    Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan. Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.

    #5. Kaya asid lemak

    Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak. Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan?

    #6. Kaya vitamin

    Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B. Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.

    Oleh itu, apa kata kita ubah persepsi dan diet kita untuk lebih menggemari sayur taugeh? Jadikan ia sebagai satu makanan yang perlu ada dalam diet kerana manfaat sayur taugeh adalah sangat banyak dan penting buat kita.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan