Manfaat manfaat lidah buaya sebagai topeng muka
Kepelbagaian dan kepadatan nutrisi yang terdapat dalam tumbuhan ini menjadikannya sangat bermanfaat untuk dibuat sebagai topeng muka.
Ini kerana ia sangat sesuai merawat dan mengubat pelbagai masalah kulit muka dan kulit kepala.
Topeng muka yang diperbuat daripada tumbuhan ini dapat membantu menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit secara semula jadi.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ia dapat membantu merawat jerawat, ruam, gatal, iritasi, bekas luka, parut, gigitan serangga, reaksi alergi serta psoriasis.
Selain itu, manfaat lidah buaya juga dipercayai dapat mengubati kesan luka kebakaran bahkan mampu mengatasi masalah kulit akibat selaran matahari.
Dalam pada itu, jika anda mengalami masalah rambut kusut dan rambut gugur, anda boleh cuba gunakan topeng muka ini pada kulit kepala.
Kandungan enzim yang terdapat padanya mampu mengeluarkan sel kulit mati yang tertanam pada kulit kepala dan seterusnya memberi nutrisi yang secukupnya kepada akar rambut anda.
Ini akan menyebabkan rambut anda lebih kuat, lembut dan mudah diatur dan dibentuk.
Pun begitu, masih penting untuk anda faham bahawa topeng muka ini memerlukan cara dan bahan dalam pembuatannya yang betul untuk mendapatkan manfaat penuh daripadanya.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai jenis kulit yang sensitif yang menyebabkan anda perlu mengubah cara membuat topeng muka tumbuhan ini.
Konklusi
Konklusinya, lidah buaya adalah ‘pokok ubat’ semula jadi yang mempunyai pelbagai manfaat buat kesihatan dan kecantikan kita.
Biarpun dijadikan sebagai makanan atau ubatan, ia tetap kekal bernutrisi. Oleh itu, jangan sesekali memperkecilkan manfaat lidah buaya.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen