backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tak Hanya Boleh Disapu Pada Luka, Gamat Juga Sebenarnya Boleh Dimakan?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/05/2022

    Tak Hanya Boleh Disapu Pada Luka, Gamat Juga Sebenarnya Boleh Dimakan?

    Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda terjatuh ketika bermain di luar rumah lalu terluka pada lutut serta siku, dan ibu anda menawarkan untuk menyapukan minyak gamat pada luka tersebut? Manfaat gamat sudah tidak dapat dinafikan lagi, terutamanya dalam kalangan masyarakat di negara kita. 

    Dari dahulu sehingga kini, minyak gamat sentiasa menjadi ‘first aid’ buat ibu bapa kita. Persoalannya, adakah manfaat minyak gamat yang begitu terkenal sebagai makanan dan ubatan tradisional ini berkesan?

    Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Manfaat gamat sebagai ubatan

    manfaat gamat

    Secara tradisional, produk berasaskan gamat digunakan untuk merawat luka, ulser atau apa-apa masalah kulit serta memulihkan kesihatan tubuh badan.

    Disebabkan itu, ia sangat popular sebagai minuman dalam kalangan wanita selepas melahirkan bayi.

    Selain itu, ia juga boleh digunakan oleh pesakit yang telah menjalani pembedahan untuk menyembuhkan bekas pembedahan.

    Dalam pada itu, terdapat juga gamat yang diformulasikan bersama pelbagai lagi herba lain sebagai ubat batuk, minyak angin atau minyak urut.

    Sehingga hari ini, produk berasaskan gamat sentiasa mendapat tempat dalam kalangan penggunanya.

    Pun begitu, produk yang mengandungi gamat bagi pengambilan secara oral iaitu makan atau minum perlu diteliti pada labelnya terlebih dahulu sama ada ia selamat atau tidak untuk diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

    Pengguna juga dinasihatkan untuk memastikan spesis haiwan ini yang diambil secara oral bagi mengurangkan risiko kesan sampingan akibat pengambilan gamat daripada spesis yang berbahaya.

    Baca juga:

    Manfaat gamat sebagai makanan

    Kebanyakan daripada kita beranggapan bahawa haiwan ini boleh diproses sebagai minyak, losen atau apa-apa bentuk sapuan yang boleh digunakan kepada kulit.

    Ia biasa digunakan sebagai ubat tradisional untuk menyembuhkan luka, ulser dan pelbagai lagi masalah kulit.

    Pun begitu, tahukah anda bahawa ia sebenarnya boleh dimakan?

    Berikut adalah kebaikan gamat sebagai makanan laut:

    #1. Kaya dengan protein

    Ia mengandungi protein yang lebih tinggi berbanding bahagian putih telur.

    Protein merupakan nutrien yang sangat penting dalam pembinaan semula sel dan tisu yang telah rosak.

    Ini sangat membantu proses merawat dan menyembuhkan luka.

    Tambahan lagi, protein yang tinggi juga membantu memberikan tenaga untuk menjalani aktiviti harian.

    #2. Kaya dengan vitamin dan mineral

    manfaat gamat

    Ia mengandungi vitamin A, B1, B2, B3 dan C.

    Vitamin A membantu menyihatkan mata, vitamin B membantu menguatkan fungsi badan, manakala vitamin C pula membantu merangsang sistem imun badan.

    Selain vitamin, ia juga mengandungi pelbagai mineral penting seperti magnesium, zat besi dan kalsium.

    Manfaat gamat #3. Antiradang

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam Marine Drugs pada Oktober 2011, ia mempunyai sifat antiradang yang boleh mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti artritis.

    Sebatian yang terkandung di dalamnya termasuk mucopolysaccharides, chondroitin dan glucosamine memainkan peranan dalam mengurangkan iritasi bahkan boleh merawat keradangan.

    Ia juga boleh membantu menyembuhkan demam.

    #4. Membantu merangsang sistem imunisasi

    Memakannya mungkin boleh membantu merangsang sistem ketahanan tubuh badan anda.

    Ini disebabkan oleh kandungan glycine dan arginine yang mampu membantu menguatkan sistem imun badan.

    Glycine berperanan merangsang penghasilan antibodi, manakala arginine membantu menguatkan aktiviti limfosit (salah satu daripada komponen sistem imun).

    #5. Membantu merawat mati pucuk

    manfaat gamat

    Sifat antiradang merupakan antara manfaat gamat yang sering disebut-sebut. Ia dapat membantu dalam merawat banyak keadaan kesihatan.

    Dalam perubatan Cina, ia sangat dikenali sebagai rawatan kepada mati pucuk.

    Ini kerana ia kaya dengan chondroitin sulfate, yang juga merupakan komponen di dalam sendi.

    Maka, ia juga berperanan dalam merawat sakit sendi.

    Manfaat gamat #6. Membantu merawat luka

    Mentimun laut ini mampu membina semula tisu badannya apabila rosak atau cedera.

    Menurut kajian di dalam Marine Drugs, keupayaan ini adalah disebabkan oleh kandungan fatty acid seperti arachidonic acid.

    Oleh sebab itu, ia boleh mempercepatkan penyembuhan luka.

    Antara yang biasa diamalkan adalah semasa tempoh berpantang untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.

    #7. Membantu mengawal gula dalam darah

    Ia juga dapat membantu anda mengawal kandungan gula dalam darah anda.

    Ini kerana ia adalah makanan yang sangat kaya dengan protein.

    Seperti yang anda semua tahu, makanan seperti ini sangat sesuai buat individu yang mengalami diabetes dan perlu mengawal pengambilan gula dalam diet seharian mereka.

    #8. Membantu menjaga kesihatan jantung

    manfaat gamat

    Selain mengawal tahap gula dalam darah, makanan yang sangat kaya dengan protein seperti gamat juga sangat bagus untuk mengawal tekanan darah anda.

    Ini sekali gus dapat melancarkan perjalanan darah anda serta menjaga kesihatan jantung.

    Manfaat gamat #9. Membantu mencegah kanser

    Beberapa komponen di dalam gamat termasuk saponin dan philinopside A adalah agen antikanser yang berkesan.

    Ia telah dilihat memberikan kesan positif dalam mencegah kanser payudara, kolon (usus), prostat dan pankreas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan