WHO: Lebih 90% Botol Minuman Popular Mengandungi Mikroplastik

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Hari ini, hampir keseluruhan produk makanan khusunya air menggunakan botol plastik. Walaupun ia kemungkinan suatu yang baik bagi anda mendapatkan makanan yang dibungkus, disimpan, dipanaskan, dilapisi atau dihidangkan dalam plastik, namun malangnya terdapat bukti yang mendedahkan bahawa plastik akan merosakkan kesihatan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan pelancaran kajian mengenai kajian potensi zarah plastik dalam air minuman setelah kajian mendapati kepingan plastik kecil lebih daripada 90 peratus (%) sampel air botol berjenama dan popular di dunia.

Dalam kajian baru, analisis 259 botol dari 19 lokasi di sembilan negara dengan 11 jenama berlainan mendapati purata zarah plastik sebanyak 325 untuk setiap liter air yang dijual. Dan, daripada 259 botol yang diuji, hanya 17 daripanya bebas daripada plastik.

Malah, dalam satu botol Nestle Pure Life, mengandungi lebih 10,000 keping mikroplastik bagi setiap liter air. Jenama lain yang berada pada tahap yang tinggi termasuk Bisleri (5,230), Gerolsteiner (5,160) dan Aqua (4,713).

Sumber: Forbes

Mikroplastik merosakkan hormon

Menurt kajian Effects of microplastic exposure on the body condition and behaviour of planktivorous reef fish (Acanthochromis polyacanthus), mikroplastik dengan polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh mengubah hormon utama termasuk estrogen, testosteron dan tiroksin.

Selain itu, perubahan dalam tingkah laku juga akan berlaku sebagai tindak balas terhadap kebuluran yang mungkin disebabkan plastik. Sebagai contoh, individu yang lapar mungkin menjadi lebih agresif dan lesu.

Walau bagaimanapun, menurut WHO, tiada bukti bahawa penggunaan serat mikroplastik mempunyai kesan terhadap kesihatan manusia, tetapi ia masih menjadi kebimbangan baru.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut