backup og meta

Kognitif Kanak-kanak: Sisi Positif Ucapan Individu Dewasa

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    Kognitif Kanak-kanak: Sisi Positif Ucapan Individu Dewasa

    Para penyelidik mendapati bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada sejumlah besar ucapan individu dewasa cenderung untuk memiliki kemahiran kognitif yang lebih baik.

    Penyelidikan baharu yang diketuai oleh para penyelidik di University of York telah mengenal pasti hubungan antara kanak-kanak yang mendengar banyak ucapan individu dewasa dengan kemampuan nonverbal mereka seperti pemikiran, pengiraan dan kesedaran.

    Penyelidikan perkembangan kognitif kanak-kanak

    Para penyelidik mendapat idea yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini berkenaan kehidupan rahsia kanak-kanak muda dengan memasang perakam audio kecil ke dalam pakaian kanak-kanak yang berumur dua hingga empat tahun.

    Pengalaman 107 orang kanak-kanak dan interaksi mereka dengan ibu bapa dan penjaga lain telah direkodkan dalam persekitaran rumah selama tiga hari, yang melibatkan tempoh rakaman sehingga 16 jam sehari.

    Ibu bapa juga diminta untuk melengkapkan aktiviti dengan anak-anak mereka – melibatkan aktiviti melukis, menyalin dan tugas pemadanan – yang direka untuk menguji kemahiran kognitif anak-anak mereka.

    Penulis utama penyelidikan tersebut, Katrina d’Apice, seorang pelajar PhD daripada Jabatan Pendidikan, University of York berkata, dengan menggunakan perakam audio membolehkan mereka mempelajari interaksi hidup antara kanak-kanak dan keluarga mereka dengan cara yang tidak mengganggu dalam persekitaran rumah berbanding makmal.

    Perkembangan kognitif kanak-kanak kesan daripada kata-kata individu dewasa

    Menurut beliau lagi, penyelidikan mendapati bahawa kuantiti kata-kata yang disebut individu dewasa yang didengari oleh kanak-kanak, dikaitkan secara positif dengan keupayaan kognitif mereka. Walau bagaimanapun, penyelidikan lanjut diperlukan untuk meneroka sebab-sebab di sebalik perkaitan ini – mungkin pendedahan yang lebih besar kepada bahasa memberikan lebih banyak peluang belajar untuk kanak-kanak , tetapi ia juga boleh menjadi kes yang mana kanak-kanak yang lebih bijak membangkitkan atau recall lebih banyak perkataan daripada individu dewasa di persekitaran mereka.

    Penyelidik juga mendapati bahawa ucapan individu dewasa yang berkualiti tinggi mungkin mempunyai manfaat untuk perkembangan bahasa kanak-kanak, kerana dalam penyelidikan tersebut, kanak-kanak yang berinteraksi dengan individu dewasa yang menggunakan perbendaharaan kata yang pelbagai, lebih mengetahui pelbagai perkataan yang lain.

    Selain kognitif kanak-kanak, gaya keibubapaan turut membentuk kelakuan kanak-kanak

    Penyelidikan tersebut juga menganalisis rakaman untuk melihat kesan gaya keibubapaan berbeza yang mungkin berlaku terhadap tingkah laku kanak-kanak.

    d’Apice dan rakannya mendapati bahawa gaya keibubapaan yang positif – di mana ibu bapa bersikap responsif dan menggalakkan penerokaan dan ekspresi diri – dikaitkan dengan kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda tingkah laku yang kurang sihat, agresif dan tidak taat.

    Penulis senior kajian, Profesor Sophie von Stumm daripada Jabatan Pendidikan di University of York, berkata, penyelidikan tersebut adalah pemerhatian naturalistik terbesar berkenaan kehidpuan awal dalam persekitaran rumah sehingga kini.

    Menurut beliau lagi, mereka mendapati bahawa kuantiti kata-kata yang diucapkan individu dewasa yang didedahkan kepada kanak-kanak berkembang dengan pelbagai variasi dalam lingkungan keluarga. Sesetengah kanak-kanak mendengar dua kali lebih banyak perkataan pada satu hari seperti yang mereka lakukan pada seterusnya.

    Penyelidikan tersebut menekankan kepentingan merawat pengalaman hidup awal sebagai dinamik dan berubah berbanding daripada entiti statik – mendekati penyelidikan dengan cara ini akan membantu kita memahami interaksi antara pengalaman alam sekitar dan perbezaan kanak-kanak dalam pembangunan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan