Ketumbit Mengganggu Penglihatan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Ketumbit (Stye) adalah benjolan kecil dan menyakitkan yang muncul di dalam atau luar kelopak mata. Ia mungkin kelihatan seperti jerawat di pangkal bulu mata anda. Pembentukannya di bawah kelopak mata mungkin kurang disedari pada mulanya. Tetapi dua keadaan ini boleh menyebabkan kelopak mata menjadi merah, bengkak dan mungkin berasa gatal dan sakit.

Dalam istilah perubatan ketumbit terbahagi kepada 2, iaitu:

i) Hordeolum

Ia berlaku disebabkan jangkitan kuman pada kawasan folikel bulu mata (hordeolum luaran) ataupun kalenjar meibomian (hordeolum dalaman) yang terletak di belakang kelopak mata. Selalunya ia menyebabkan rasa sakit di bahagian yang terlibat dan mempunyai nanah.

ii) Chalazion

Benjolan pada kelopak mata yang tumbuh ketika kelenjar minyak tersumbat. Tidak seperti stye, ia biasanya tidak menyakitkan dan berasa melekit.

Punca Ketumbit

Ia berpunca daripada bakteria staphylococcus yang menjangkiti kelenjar minyak di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata. Kuman-kuman itu boleh datang dari apa-apa yang menyentuh atau menggosok mata anda, seperti tangan atau solekan mata anda. Anda mungkin cenderung untuk mendapatkan lebih banyak ketumbit semasa musim alergi apabila mata menjadi gatal. Anda juga lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda mempunyai blepharitis, sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.

Perlu diketahui bahawa ketumbit hordeolum dan chalazion ini boleh berubah kepada satu sama lain. Chalazion boleh berubah menjadi hordeolum ketika mana dijangkiti kuman. Manakala, hordeolum pula boleh menjadi chalazion apabila nanah yang ada di dalam kalenjar tidak dibawa keluar hingga menyebabkan ia tersumbat dan menjadi chalazion pula.

Rawatan Ketumbit

Kebanyakan ketumbit akan hilang sendiri dan tidak memerlukan rawatan. Tetapi pastikan mata anda diperiksa jika ia tidak membaik dalam beberapa hari, ia tumbuh dengan cepat, mula berdarah atau menjejaskan penglihatan anda. Juga, jika ia mula merebak ke mata putih anda atau melihat kemerahan di pipi anda, segera berjumpa doktor kerana boleh menjadi tanda jangkitan merebak.

Anda juga dinasihatkan untuk:

i. Tidak memecahkannya

Ketumbit kelihatan seperti jerawat dan ia mendorong anda untuk memecahkannya. Tetapi tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan merebak ke kelopak mata anda. Anda hanya perlu membiarkannya hilang sendiri dan kebiasannya mengambil masa beberapa hari atau minggu.

ii. Tuam suam

Gunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam dan pastikan air tidak terlalu panas bagi mengelakkan mata melecur. Tekan lembut tuala di bahagian ketumbit dan urut perlahan. Pastikan tangan anda bersih.

iii. Elakkan penggunaan kosmetik

Semasa dijangkiti ketumbit, elakkan penggunaan sebarang kosmetik khususnya eyeliner, eyeshadow, maskara, dan lain-lain sehingga ia betul-betul sembuh. Adalah lebih baik untuk anda menggantikannya setiap 6 bulan dan tidak berkongsi dengan orang lain.

iv. Elakkan memakai kanta lekap

Jika anda ingin memakainya, pastikan ia bersih. Doktor anda boleh memberitahu anda cara terbaik untuk membasmi mereka. Ia juga penting untuk membasuh tangan anda dengan teliti sebelum setiap kali anda menguruskannya. Namun, sebaiknya cuba untuk tidak memakai kanta lekap sepanjang tempoh ketumbit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut