AWAS Wanita Bujang Senja, Anda Berisiko Tinggi Alami Sindrom Kesunyian!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 03/03/2020
Share now

Jika ditanya pada mana-mana wanita mengenai hal perkahwinan, sudah pasti tiada siapa yang mahu menolaknya bukan? Pun begitu, ada dalam kalangan kaum Hawa memilih untuk membujang disebabkan pelbagai faktor. Ya, memang benar ia adalah pilihan individu. Namun, tahukah anda wanita bujang 30 tahun ke atas lebih berisiko untuk mengalami sindrom kesunyian? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Hampir 5 juta wanita bujang senja di Malaysia

Menurut rekod bancian pada tahun 2010 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, didapati bahawa negeri yang maju di Malaysia iaitu Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mempunyai bilangan individu berusia 30 tahun ke atas belum berkahwin yang paling tinggi berbanding negeri lain.

Lebih mengejutkan, kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang ini turut menyatakan bahawa wanita bujang 30 tahun ke atas di Malaysia sudah mencapai jumlah peratusan yang paling tinggi dalam sejarah negara kita apabila angkanya dikatakan hampir mencecah 5 juta orang!

Menurut statistik yang dikeluarkan, Selangor merekodkan jumlah wanita bujang senja paling ramai dengan kira-kira 1,014,327 orang dan diikuti oleh Johor dengan 636,537 orang.

Dari segi peratusan pula, wanita bujang berusia 30 tahun ke atas adalah lebih tinggi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan masing-masing mencatatkan 14.81% dan 12.60% daripada jumlah terkumpul.

Persoalannya, apakah sebab wanita bujang 30 tahun ke atas memilih untuk membujang? Adakah sebab faktor kewangan atau ada punca yang lain?

Apa punca wanita memilih untuk membujang?

wanita bujang

Bagi kaum Adam, sebab utama mereka memilih untuk membujang adalah mungkin faktor kewangan. Manakan tidak, kos untuk berkahwin dan bersanding sebagai raja sehari sahaja memerlukan kira-kira RM20,000 ke RM 30,000 ke atas pada zaman sekarang!

Namun, adakah kaum Hawa juga terpalit sama dalam masalah kewangan lantas menyebabkan mereka kahwin lambat? Ya, ia mungkin ada benarnya. Pun begitu, ada beberapa faktor utama lain yang menyebabkan wanita bujang 30 tahun ke atas meningkat naik sejak kebelakangan ini, iaitu:

  • Peningkatan taraf pendidikan
  • Komitmen terhadap kerjaya
  • Tanggungjawab kepada keluarga
  • Kesukaran mencari pasangan
  • Selesa hidup membujang

Selain itu, ada satu lagi punca lain yang dikatakan sebagai antara faktor utama wanita memilih untuk membujang iaitu perasaan malu wanita bujang 30 tahun ke atas itu sendiri. Adakah ia benar?

Adakah perasaan malu memainkan peranan penting?

Ya, ia memainkan peranan yang agak penting. Ini kerana wanita sudah pasti mempunyai sifat malu secara semula jadi yang membuatkan mereka segan untuk memulakan langkah mengenali lelaki secara berhadapan.

Ini terbukti dengan kenyataan bahawa lebih 60% daripada 50,000 pendaftaran ahli di sebuah laman cari jodoh, Baitulmuslim.com adalah wanita berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun.

Menurut pengendali laman cari jodoh tersebut, perkara ini mungkin terjadi disebabkan mereka lebih selesa bersosial di alam maya berbanding kehidupan nyata. Pergaulan di media sosial sudah tentu lebih sukar lantas meminimumkan potensi untuk pasangan itu berkahwin kelak.

Kesannya, wanita bujang 30 tahun ke atas akan lebih berisiko untuk mengalami sindrom kesunyian!

Wanita bujang senja & sindrom kesunyian

Buat yang belum tahu, sindrom kesunyian merujuk kepada satu perasaan dalam emosi individu yang sering rasa sunyi dan sepi akibat selalu berseorangan. Sindrom ini kerap berlaku kepada individu bujang senja terutamanya kaum wanita yang lebih rapuh emosinya.

Bagaimana untuk tahu jika anda adalah salah seorang dari wanita bujang senja yang mengalami sindrom kesunyian ini tanpa anda sedar? Perhatikan simptom-simptom ini:

  • Sukar menjalinkan persahabatan dan tidak selesa bergaul dengan orang ramai
  • Bersikap pemalu yang melampau serta tidak asertif
  • Memiliki kekurangan dalam keterampilan sosial
  • Cenderung menyalahkan diri sendiri atas hubungan sosial yang teruk
  • Sering menerima kehadiran orang lain secara negatif
  • Hilang keyakinan diri untuk berdepan masyarakat

Jadi, apa yang wanita bujang senja boleh lakukan jika mengalami sindrom ini?

Apa yang wanita bujang senja perlu lakukan?

wanita bujang

Jika difikirkan secara logik, penyelesaian utama bagi menyembuhkan sindrom ini adalah wanita bujang senja perlu berkahwin. Namun, ia bukanlah semudah itu.

Memang bukan mudah untuk mencari pasangan sehati sejiwa untuk mencipta rumah tangga yang sejahtera. Jadi, apa yang boleh anda lakukan?

#1. Sibukkan diri dengan aktiviti

Paling utama, anda mesti mempunyai hobi untuk mengisi masa lapang anda. Sebagai contoh, anda mungkin boleh sibukkan diri dengan menonton wayang, bermain boling, melancong, bersukan atau menabur bakti dengan kerja-kerja amal. Dengan ini, anda mungkin boleh ‘melekakan diri’ sebentar dengan kesunyian yang dialami.

#2. Luaskan pergaulan dengan masyarakat

Selain itu, anda juga boleh banyakkan bergaul dengan masyarakat yakni rakan-rakan, saudara-mara ataupun teman sepejabat anda. Berkomunikasilah dengan mereka dan jika anda sudah berasa selesa, mungkin anda boleh meluahkan masalah anda kepada mereka. Sudah tentu beban anda pun sedikit terlerai.

#3. Sentiasa berfikiran positif

Sudah menjadi lumrah, wanita bujang senja yang mengalami sindrom kesunyian tentunya lebih cenderung untuk berfikiran negatif lalu menyalahkan orang lain atas apa yang dialami. Sewajarnya, anda perlu ubah pemikiran seperti ini menjadi lebih positif agar anda sendiri mampu berasa gembira dan bahagia dalam kehidupan.

#4. Kenal pasti minat dan bakat tersembunyi anda

Setiap orang akan lahir dengan kebolehan yang tersendiri. Sebagai contoh, ada yang boleh memasak, menjahit, membuat kek, bermain muzik dan lain-lain. Jadi, kenal pasti perkara ini agar ia boleh dijadikan sebagai suatu hobi untuk anda praktikkan di masa lapang. Dalam pada itu, ia juga boleh jadi bisnes peribadi untuk wanita bujang senja. Siapa tahu, bukan?

#5. Dekatkan diri dengan kerohanian

Paling penting, anda perlu tahu bahawa jodoh, ajal dan pertemuan itu di tangan tuhan. Namun, jangan salahkan takdir pula jika anda tergolong dalam kalangan wanita bujang senja ini. Sebaliknya, berdoalah kepada sang pencipta kita akan kehidupan yang lebih baik di dunia ini. Ketahuilah, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya!

Konklusi, wanita bujang senja perlu kekal positif

Kesimpulannya, tiada siapa yang mahu hidup berseorangan tanpa pasangan tercinta di sisi. Namun, jangan sesekali salahkan diri anda. Sindrom kesunyian ini boleh dirawat jika anda berjaya mengawal emosi anda. Oleh itu, cuba jalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera agar kehidupan anda menjadi lebih baik kelak.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Rujukan
    1. http://www.myhealth.gov.my/100426/
    2. https://www.sinarharian.com.my/article/72031/BERITA/Nasional/Lebih-1-juta-wanita-Selangor-30-tahun-ke-atas-masih-bujang
    3. https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/426565/dilema-bujang-senja-metrotv
    4. https://www.sinarharian.com.my/article/72038/BERITA/Nasional/Dilema-5-juta-bujang-senja-Malaysia
    5. https://www.sinarharian.com.my/article/72155/LAPORAN-KHAS/Dilema-bujang-senja-Wanita-dominasi-laman-cari-jodoh

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Terkejut, Wanita Sebenarnya Ada 11 Jenis Klimaks! #5 Paling Syok

    Bukan 1, 2 atau 3. Sebenarnya terdapat banyak jenis klimaks wanita yang kalian mungkin belum tahu lagi. Bila dah tahu tentu isteri tak sabar menanti orgasma

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

    Sebagai lelaki, adakah kalian suka buah dada besar, sederhana atau kecil? Anda sendiri tidak tahu jawapannya? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Perangai Macam Budak-budak, Ini 6 Tanda BESAR Lelaki Tidak Matang – No. 4 Paling Menyusahkan!

    Semua wanita pasti menginginkan suami yang bertanggungjawab, matang dan romantik. Bagaimana pula jika anda memilki pasangan dengan ciri sebaliknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Posisi tidur pasangan suami isteri boleh membawa 1001 maksud tersirat. Konflik di dalam rumah tangga dan kebahagiaan, semuanya boleh dilihat ketika tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli