Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan

Anda sering sakit ketika bersama suami? Mungkin ini disebabkan masalah seksual dikenali sebagai vaginismus. Tapi usah risau, kami ada tip untuk bantu anda menikmati hubungan intim. Sure berkesan!

Sakit ketika bersama

Bagi mereka yang pertama kali mendengar tentang vaginismus ini, ia kedengaran agak pelik, kan?

Sudah tentu anda mahu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan vaginismus. Umumnya, ia adalah 1 masalah seksual wanita

Bagi wanita yang mengalami vaginismus, ia merupakan keadaan di mana dinding faraj mengetat secara tidak sengaja apabila bahagian tersebut dirangsang.

Ini bermakna saat melakukan hubungan suami isteri, pasangan wanita akan berasa sakit ketika bersama, terutamanya apabila si suami cuba melakukan penetrasi.

Sudah tentu anda tidak akan dapat menikmati hubungan seks yang berlangsung itu. 

Bukan itu sahaja, otot yang mengeras di sekitar faraj juga boleh membuatkan zakar yang tegang tersepit atau sukar untuk dikeluarkan. Aduh, macam mana ni?

Jangan bimbang, jika anda berdepan dengan isu sakit ketika bersama pasangan ini, Hello Doktor ada beberapa petua seks yang boleh dicuba.

Siapa tahu, selepas ini anda boleh menikmati hubungan intim dengan sepenuhnya.

Petua atasi sakit ketika bersama semasa seks

Umumnya, wanita dengan vaginismus masih boleh menikmati hubungan seks. 

Namun memerlukan lebih banyak usaha agar hubungan tersebut dapat memberikan keselesaaan.

Tip yang dikongsikan di bawah boleh dicuba agar persetubuhan berlangsung lebih menyenangkan dan selesa walaupun hakikatnya anda mempunyai isu berkaitan masalah seksual.

Semoga bermanfaat!

  1. Mulakan dengan perlahan

Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk mengenali badan anda sendiri, khususnya pada bahagian faraj.

Paling pening, jangan tergesa-gesa. Anda harus melakukannya secara santai dan tenang.

Pertama sekali, sentuh bahagian luar alat sulit dengan perlahan dan rasakan sensasinya. 

Setelah berasa selesa dan badan boleh menerima rangsangan tersebut, cuba untuk masukkan jari anda secara perlahan-lahan ke dalam faraj. Seperti ketika si suami melakukan fingering.

vaginismus

Jika percubaan untuk memasukkan jari berjaya dan faraj tidak mengetat, cuba untuk memberikan rangsangan faraj yang lebih kuat.

Mungkin anda boleh memasukkan lebih daripada 1 jari ke dalam faraj. Lakukan eksperimen bagi mewujudkan rasa selesa faraj terhadap rangsangan tersebut.

Seandainya percubaan merangsang faraj berjaya, kini tiba masanya untuk memberikan pasangan anda melakukannya pula.

Pada permulaan hubungan intim, pesan kepada pasangan usah terlalu gelojoh melakukan tusukan zakar. Minta si dia menyentuh alat kelamin anda dengan lembut dan perlahan.

Pada masa ini, mungkin memerlukan lebih masa sehingga anda benar-benar berasa selesa. 

Sekiranya anda berasa tidak selesa dan sakit ketika bersama sewaktu rangsangan jari itu berlaku, luahkan kepada mereka dan minta mereka untuk berhenti seketika.

  1. Berikan rangsangan pada bahagian badan lain

Walaupun seseorang wanita itu mungkin mengalami masalah seksual vaginismus, ia tidak bermakna mereka berbeza berbanding yang lain dalam hal berkaitan dorongan seks.

Maksudnya, mereka juga mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan, sama seperti mana-mana wanita lain.

Cuma, bezanya mereka tidak dapat mengawal tindak balas badan apabila bahagian faraj menerima rangsangan ketika penetrasi atau sentuhan seksual berlaku.

Sebab itulah, perlunya untuk merangsang bahagian lain pada badan dan bukannya faraj semata-mata!

Mulakan dengan ciuman pada bahagian badan lain dan pelukan sebagai 1 rangsangan selain faraj. Biarkan pasangan anda menyentuh bahagian badan lain dengan perlahan.

Ingatkan si dia agar tidak terburu-buru dan gelojoh saat memberikan sentuhan pada badan. 

Semasa pasangan meneroka badan anda, lakukan gerakan balas dengan mengerakkan tangan ke bahagian sensitif si dia agar aksi seks menjadi lebih panas. 

Antara bahagian sensitif lelaki yang boleh anda ‘kacau’ adalah leher dan telinga. Di samping itu, bisikan kata-kata romantis sambil merenung ke mata pasangan anda dengan mendalam.

Secara tidak langsung, tindakan tersebut akan mengeratkan lagi hubungan kalian. Mesra gitu!

  1. Lakukan seks oral

Cara terbaik untuk memanjakan suami adalah dengan melakukan seks oral

Sudah tentu, kaedah ini petua yang selamat untuk mereka dengan masalah seksual seperti vaginismus.

masalah seksual

Sebelum memulakan sesi panas ini, buatkan si dia berasa selesa dan ciptakan suasasa yang tenang serta romantis.

Tapi ingat, untuk seks oral, anda perlu menggunakan bahagian mulut terutamanya lidah, maka pastikan suami membersihkan zakarnya terlebih dahulu. 

Tanyakan pasangan posisi apa yang memberikannya lebih rasa santai dan selesa. Mungkin anda boleh berbaring, berlutut dan sebagainya. 

Jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor

Tidak ramai individu tahu mengenai vaginismus. Sebenarnya, gangguan yang menyebabkan rasa sakit ketika bersama ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. 

Vaginismus, adalah masalah seksual yang boleh mencetuskan konflik dalam rumah tangga.

Berita baiknya, melalui pendekatan dan terapi yang betul, keadaan tersebut dapat diatasi. 

Itulah sebabnya, jika petua yang dikongsikan tidak membantu, jangan ragu untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Suami Minta ‘Bersama’ Selepas Bertengkar? Jangan Tolak, Ini 8 Sebab Hubungan Jadi Lebih Sensasi!

Hubungan seksual selepas bergaduh bukanlah sesuatu yang pelik. Malah, seks boleh merapatkan lagi jurang hubungan di antara suami isteri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Lelaki Ambil Viagra Rawat Mati Pucuk? AWAS, Jangan Ambil Jika Anda Termasuk 10 Golongan Ini!

Apa itu viagra? Ramai yang tahu ia adalah untuk merawat mati pucuk tapi ia juga boleh digunakan untuk merawat sakit lain. Jom klik untuk ambil tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Hilang Mood Nak Bersetubuh Jika Faraj Tertutup Rapat Masa Beraksi, Apa Puncanya?

Seks bersama pasangan selalunya intim dan seronok. Namun, bayangkan kes di mana faraj tertutup atau zakar tersekat, ia boleh mematikan api asmara!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 24/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

wanita tanpa faraj

Lahir Tanpa Faraj Tidak Mustahil Berlaku Pada Wanita, Bagaimana Nak Hamil Jika Begini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
alat sulit wanita

Jangan Terkejut, Ada Wanita Yang Lahir Dengan 2 Faraj! Bolehkah Mereka Jalani Hidup Normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
cara hubungan suami isteri

Kenapa Perlu Buat Seks Walau Tiada Mood? Ini Dia Kepentingan ‘Maintenance Sex’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
trichomoniasis adalah

Cecair Warna Kuning @ Hijau Keluar Dari Miss V? Bahaya, Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan