backup og meta

Jarang Tukar 'Pad' Masa Datang Bulan PUNCA Faraj GATAL! Ada 4 Penyebab Lain Wanita Kena Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/09/2022

    Jarang Tukar 'Pad' Masa Datang Bulan PUNCA Faraj GATAL! Ada 4 Penyebab Lain Wanita Kena Tahu

    Wanita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah ketika datang bulan. Salah satu daripadanya ialah vagina gatal.

    Bukan sahaja emosi terganggu, malah badan juga rasa sakit-sakit. Lebih teruk lagi, mungkin ada di antara kita yang rasa gatal-gatal pada kawasan intim seperti vagina gatal ketika period.

    Selain menimbulkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian, kegatalan ini juga boleh mempengaruhi mood seorang perempuan.

    Bayangkanlah anda terpaksa lalui hari-hari anda dengan menahan rasa gatal. Nak garu pun tak boleh! Jadi, anda terpaksa berlakon seolah-olah tiada apa-apa.

    Oleh itu, jika faraj alami kegatalan ketika datang bulan, jangan risau, anda tidak keseorangan!

    Kegatalan yang berlaku pada kawasan kemaluan merupakan perkara biasa yang dilalui oleh hampir setiap wanita semasa datang bulan.

    Di sini kami kongsikan beberapa punca yang mungkin menjadi dalang kegatalan anda selama ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    1. Vagina gatal? Periksa tuala wanita anda

    vagina gatal

    Cuba periksa tuala wanita yang anda pakai. Kadangkala, anda boleh alami tindak balas alergi terhadap plastik ataupun pewangi yang digunakan pada tuala wanita.

    Keadaan ini juga dikenali sebagai dermatitis sentuh (contact dermatitis).

    Jika baru-baru ini anda bertukar kepada jenama yang baharu, mungkin itulah punca kegatalan yang anda alami.

    Tuala wanita yang terbaik ialah tuala wanita yang bebas daripada penggunaan sebarang pewangi. Cuba cari pad yang diperbuat daripada 100% kapas untuk rasa lebih selesa semasa datang bulan.

    2. Selalu tukar tuala wanita elak gatal kemaluan

    vagina gatal

    Amalkan menukar tuala wanita sekali setiap 4 jam. Walaupun pad anda masih ‘kosong’, itu tidak bermaksud tiada bakteria!

    Bahagian belakang pad yang berbalut plastik akan membuatkan celah kelangkang anda menjadi lembap.

    Keadaan lembap dan hangat ini hanya akan menggalakkan lagi pertumbuhan bakteria.

    Oleh itu, rajin-rajinlah menukar tuala wanita anda ya! Bukan sahaja anda boleh elak kegatalan, tetapi juga boleh cegah sebarang bau yang tidak enak pada bahagian intim anda.

    3. Vagina gatal disebabkan jangkitan yis

    Apabila anda datang bulan, hormon dalam badan akan turut berubah.

    Perubahan ini bukan sahaja mempengaruhi mood anda, malah, keadaan pH pada vagina anda mungkin turut terjejas.

    Perubahan ini boleh menggalakkan jangkitan yis pada bahagian intim anda. Candida albicans merupakan salah satu jenis fungi yang boleh menyebabkan kemaluan gatal.

    Jika anda mengalami kesukaran untuk membuang air kecil, kegatalan pada kawasan vagina, atau vulva berwarna merah dan membengkak, anda mungkin telah terkena jangkitan yis.

    Jangkitan yis bukan sahaja disebabkan oleh infeksi ketika datang bulan, ia juga boleh berlaku jika anda mengamalkan seks oral.

    Selain itu, jangkitan yis juga adalah perkara yang biasa berlaku kepada wanita yang sedang mengambil antibiotik.

    Elakkan meruang ketika anda datang bulan. Selain itu, pakai seluar dalam yang longgar dan diperbuat daripada kapas untuk elakkan daripada terkena jangkitan yis.

    4. Anda mengalami vaginosis bakteria

    Sama seperti jangkitan yis, vaginosis bakteria (bacterial vaginosis) mungkin berlaku akibat daripada perubahan pH pada kawasan intim anda.

    Namun, jangan keliru antara jangkitan yis dan vaginosis bakteria, ya. Berbeza dengan jangkitan yis, vaginosis bakteria adalah berpunca daripada pertumbuhan bakteria secara luar biasa pada vagina.

    Keadaan ini akan mengakibatkan Miss V anda berbau hanyir dan mengeluarkan lendir berwarna yang lebih tebal daripada biasa.

    Di samping kegatalan pada bahagian kemaluan, anda juga akan rasa pedih ketika membuang air kecil dan juga sakit di sekitar kawasan vagina.

    Baca juga:

    5. Vagina gatal disebabkan sesuatu yang berbeza sama sekali!

    Jika anda mengalami rasa gatal kemaluan yang berpanjangan walaupun ketika anda tidak datang bulan, sudah sampai masanya untuk anda dapatkan pandangan daripada pakar.

    Mungkin anda mempunyai masalah lain yang menyebabkan kegatalan. Tetapi, ketika anda datang bulan, kegatalan itu mungkin menjadi lebih teruk dan buatkan anda rasa tidak selesa.

    Penting untuk anda berjumpa dengan doktor supaya penyakit anda dapat dikenal pasti dan dirawat dengan sebaiknya.

    Kesimpulan

    datang bulan

    Ketika datang bulan, wanita perlulah menjaga kebersihan diri dengan lebih rapi.

    Akan tetapi, walaupun anda telah menjaga kebersihan diri dan menukar pad dengan kerap, kadang-kadang masih ada masalah vagina gatal.

    Penukaran jenama tuala wanita lain yang bebas bahan kimia mungkin boleh menjadi penyelesaian mudah kepada masalah anda.

    Namun, anda perlu tahu bila masanya perlu berjumpa dengan doktor. Jika kegatalan anda berlarutan, cepat-cepatlah berjumpa pakar untuk rawatan lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan