backup og meta

Perkara Yang Perlu Dielakkan Wanita Semasa Datang Bulan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/05/2022

    Perkara Yang Perlu Dielakkan Wanita Semasa Datang Bulan

    Kebanyakan wanita akan mengalami kesakitan pada fizikal dan gangguan pada emosi ketika datang bulan. Lagipun, terdapat beberapa tabiat yang sebenarnya akan mengeruhkan lagi keadaan ini. Ikuti artikel ini untuk mengetahui perkara yang perlu dielakkan wanita semasa datang bulan.

    Semasa datang bulan, elakkan perkara berikut:

    #1. Makan makanan bergaram

    Semasa datang bulan, kebanyakan wanita akan mengalami masalah mengekalkan cecair dalam badan. Makanan bergaram pula akan menyebabkan dehidrasi. Ini bermakna makan makanan bergaram ketika datang bulan akan mengakibatkan rasa seperti kembung perut. Oleh itu, anda perlu mengurangkan makanan bergaram untuk mengelakkannya. Untuk melegakan rasa ini pula, minum lebih banyak air untuk mengeluarkan sodium dalam badan.

    #2. Minum minuman berkafein

    Pakar berpendapat bahawa mengambil minuman berkafein ketika datang bulan akan mengakibatkan rasa sakit pada payudara. Secara saintifik pula, kafein akan menghalang GABA di dalam otak yang seterusnya akan menyebabkan kegelisahan, peningkatan kadar degupan jantung serta pelbagai lagi sindrom yang serius. Sebaliknya, minum lebih banyak minuman seperti teh hijau.

    #3. Mengambil produk tenusu

    Ya, kalsium merupakan nutrien yang bagus jika diambil semasa datang bulan namun bukan semuanya. Asid aracidonik yang terdapat dalam susu, yogurt atau keju boleh mengakibatkan kekejangan perut. Oleh itu, kurangkan pengambilan produk tenusu semasa datang bulan.

    #4. Mencukur atau mencabut bulu

    Mencukur atau mencabut bulu ketika datang bulan akan mendatangkan kesakitan yang sangat teruk. Ini kerana kadar estrogen anda pada ketika ini adalah sangat rendah lalu menyebabkan badan anda menjadi sangat sensitif. Dalam erti kata yang lain, setiap kesakitan fizikal semasa datang bulan akan menjadi lebih sakit berbanding sepatutnya.

    #5. Tidak aktif

    Menurut pakar, bermalasan sahaja ketika datang bulan adalah idea yang teruk. Aktiviti fizikal sebenarnya akan merembeskan endorfin yang mampu mengurangkan kesakitan pada bahagian bawah abdomen. Tidak aktif semasa hari datang bulan hanya akan menyebabkan kegelisahan dan gangguan emosi. Oleh itu, kekal aktif walaupun pada hari yang anda kurang gemari ini.

    #6. Menggunakan tuala wanita yang sudah lama

    Jika anda menggunakan tuala wanita yang sudah lama dibiarkan, mungkin akan berlaku onfeksi yang teruk. Kebersihan perlu dijaga terutamanya ketika tempoh datang bulan ini. Sebaiknya, anda perlu tukar tuala wanita mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh pakar.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan