Siti Nurhaliza & Elizad Bersedia Jalani Rawatan IVF Balik, Anda Tahu Apa Persediaan Perlu Dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/03/2020

Baru-baru ini (10 Februari 2020), penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza (lebih dikenali sebagai Tokti) sekali lagi menjalani prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk menambah cahaya mata. Beliau telah dikurniakan anak perempuan, Siti Aafiyah Khalid menerusi rawatan kesuburan IVF sebelum ini. 

Bukan itu sahaja, Siti Elizad, pelakon dan pengacara televisyen juga turut mengumumkan bakal mengurangkan aktiviti seninya bagi memberikan tumpuan untuk prosedur rawatan kesuburan yang sama seperti Tokti. 

Rawatan kesuburan bukanlah sesuatu yang asing buat masyarakat pada masa kini berikutan masalah ketidaksuburan yang semakin meningkat. Sebelum menjalani prosedur tersebut, seseorang individu itu perlu mempersiapkan diri dari pelbagai aspek. 

Artikel ini akan membincangkan perihal persediaan fizikal dan mental sebelum menjalani rawatan IVF.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Fahami prosedur rawatan IVF

rawatan kesuburan

Ramai bakal ibu yang resah ketika menjalani prosedur IVF. Mana tidaknya, bukan semua tahu dan faham akan langkah-langkah yang diambil oleh doktor bagi melakukan rawatan tersebut.

Oleh sebab itulah penting untuk anda bertanyakan soalan kepada doktor seusai penerangan berkenaan dengan prosedur IVF.

Jangan malu kerana ia bukan sahaja akan mempengaruhi tahap keselesaan anda semasa rawatan sedang berjalan, malah tahap keyakinan anda terhadap prosedur itu sendiri.

Secara asasnya, rawatan kesuburan IVF terdiri daripada 5 langkah yang melibatkan persenyawaan telur wanita di dalam makmal. Jika berjaya, embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim ibu. Proses-proses tersebut adalah:

  • Rangsangan dan pemantauan – Prosedur IVF melibatkan penggunaan lebih daripada satu telur ibu untuk disenyawakan dengan sperma suami. Tindakan ini boleh meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. Namun pada setiap kitaran haid, wanita hanya mampu menghasilkan satu telur. Bagi merangsang badan untuk menghasilkan telur yang banyak, ubat kesuburan akan diberikan. Badan anda akan dipantau menggunakan mesin ultrasound serta ujian darah bagi mengetahui bila masa yang sesuai untuk mengambil telur yang dihasilkan oleh ovari. 
  • Prosedur keluarkan telur – Setelah jumlah telur yang terhasil mencukupi, ia akan dikeluarkan melalui prosedur yang dipanggil sebagai aspirasi folikel. Prosedur tersebut merupakan pembedahan kecil yang melibatkan penggunaan ubat bius. Mesin ultrasound akan digunakan bagi mendapatkan telur menggunakan jarum.
  • Persenyawaan – Telur yang diekstrak keluar akan disenyawakan dengan sperma suami. Jika tiada embrio yang terhasil, doktor boleh memilih untuk menggunakan kaedah suntikan sperma (ICSI).
  • Penghasilan embrio – Telur yang telah berjaya disenyawakan akan dipantau semasa ia mengalami proses pembahagian dan berkembang menjadi embrio. Pada ketika ini, ia mungkin akan diuji jika mempunyai sebarang masalah genetik.
  • Proses implantasi – Apabila embrio sudah cukup besar, ia akan dilepaskan ke dalam rahim ibu. Kehamilan cuma akan berlaku sekiranya embrio tersebut berjaya melekat pada dinding rahim ibu. Ia mengambil masa di antara 6 hingga 10 hari.

Apa persediaan fizikal sebelum melalui rawatan kesuburan IVF?

bersenam

Sebelum menjalani rawatan IVF, bergantung kepada tahap kesihatan fizikal anda, doktor mungkin akan mempreskripsikan senaman atau gaya pemakanan bagi meningkatkan kebarangkalian untuk prosedur tersebut berjaya. 

Secara mudahnya, diet yang perlu diamalkan oleh mereka yang hendak melalui prosedur IVF adalah lebih kurang sama dengan mereka yang sedang hamil. 

  1. Kurangkan pengambilan minuman berkafein. Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan pengambilan kafein 200 mg sehari (maksimum) kepada wanita hamil.
  2. Elakkan daripada mengambil makanan laut yang mengandungi merkuri.
  3. Berhenti daripada mengambil alkohol.
  4. Ambil vitamin pranatal untuk meningkatkan kualiti telur yang terhasil. Jika kehamilan berlangsung, pengambilan vitamin pranatal juga boleh mengelakkan terjadinya kecacatan tiub saraf bayi.
  5. Jika anda ingin mengambil vitamin tambahan, tanya kepada doktor anda terlebih dahulu. Pengambilan vitamin tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada anda dan janin yang membesar kelak.

Tiada peraturan khusus yang direka untuk mereka yang sedang menjalani rawatan kesuburan untuk mendapatkan anak. Namun, amalan gaya pemakanan seimbang boleh membantu meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan cahaya mata.

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, cuba untuk turunkan berat badan terlebih dahulu. Lakukan senaman, tidur secukupnya dan elakkan daripada membuat keputusan seperti berpindah rumah atau bertukar kerja. Ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan boleh mempengaruhi kesihatan fizikal anda.

Jika anda ingin bersenam, lakukannya secara bersederhana. Secara amnya, WHO menyarankan aktiviti senaman berintensiti sederhana dilakukan selama 150 minit seminggu. Beri tumpuan kepada senaman yang bertujuan untuk menghilangkan stres. Elakkan daripada bersenam lebih daripada 4 jam seminggu. 

Sudah bersedia jalani rawatan kesuburan IVF? Persiapkan mental anda pula

rawatan kesuburan

Harapan anda berkenaan dengan rawatan kesuburan IVF memainkan peranan yang penting terhadap tahap kesihatan mental anda kelak. Ia perlu relevan dan keputusan yang anda harapkan perlu selari dengan keadaan kesihatan anda sekarang.

Perkara yang paling penting yang perlu pasangan suami isteri sedar adalah rawatan IVF tidak selalunya berkesan. Ia mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi namun terdapat juga beberapa pasangan yang perlu melalui lebih daripada satu kitaran sebelum disahkan hamil.

Oleh yang sedemikian, penting untuk anda berbincang dengan pasangan sebelum memulakan rawatan kesuburan IVF. Antara persoalan yang boleh dibincangkan adalah:

  • Bagaimana jika kehamilan kembar berlaku?
  • Apa yang perlu anda lakukan jika prosedur ini tidak berjaya pada kitaran pertama? 
  • Bagaimana pula dengan embrio lebihan? Apa yang perlu kita lakukan?
  • Adakah anda mampu menanggung kos untuk melakukan prosedur IVF?
  • Jika tidak berjaya, adakah anda ingin mengambil anak angkat?

Konklusi

Perancangan sebelum melakukan prosedur IVF penting bagi memastikan kedua-dua pasangan bersedia menghadapi kesukaran yang bakal melanda. Rawatan kesuburan, walaupun mempunyai kadar kejayaan yang tinggi, adalah situasi paling sukar buat kedua-dua pasangan.

Pastikan anda membuat persiapan fizikal dan mental sebelum menjalani ujian IVF.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Suami Isteri, Ini 4 Cara EFEKTIF Kekal Intim Ketika Jalani Rawatan Kesuburan!

    Ada pasangan yang terpaksa jalani rawatan kesuburan untuk mengandung. Pun begitu, jangan risau. Ini cara untuk keintiman kalian kekal kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    “Tak Kisah Hamil Lambat, Sebab IVF Kan Ada”, Ini 7 Mitos Tentang Kemandulan

    Pada zaman ini, kemandulan pada wanita dan lelaki menggalakkkan pasangan untuk mencuba rawatan IVF. Adakah IVF ini boleh dilakukan bila-bila masa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Masih Belum Timang Cahaya Mata? Ini 9 Tanda TIDAK SUBUR Pada Lelaki & Wanita Wajib Disemak

    Kalau cakap tidak subur, mesti jari akan menunding ke arah wanita. Hakikatnya, masalah kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Berhenti Tuding Jari Pada Isteri Akibat Masalah Ketidaksuburan! Apa Kata Suami Belajar Cara Kendali Masalah Ini?

    Masalah ketidaksuburan lelaki adalah masalah kesihatan yang lazim didiagnosis saban tahun. Namun, kenapa wanita asyik dipersalahkan jika sukar hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    pil kesuburan

    Makan Clomid Sebab Nak Hamil, Tapi Bila Waktu Terbaik Bersenggama Selepas Ambil Pil Subur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/05/2020
    folikel antral

    Kurang Folikel Punca Sukar Hamil? Fahami Kaedah AFC Dalam Rawatan Kesuburan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/05/2020
    kualiti-sperma-jadi-faktor-keguguran

    Lelaki Juga Berisiko Jadi Punca KEGUGURAN – Ini Sebabnya…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/04/2020
    waktu subur lelaki

    Wah! Lelaki Pun Ada Waktu Subur, Tapi Betul Ke Pukul 4 Pagi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/04/2020