backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Faraj Rasa Berlengas Akibat Keputihan? Periksa Jika Ia Berketul Dan Berbau, Itu Bahaya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/12/2023

    Faraj Rasa Berlengas Akibat Keputihan? Periksa Jika Ia Berketul Dan Berbau, Itu Bahaya!

    Menurut statistik, hampir 75% wanita yang sudah berkahwin di seluruh dunia sering mengalami masalah keputihan. Kebanyakan wanita akan beranggapan bahawa masalah ini adalah normal. Namun begitu, adakah anda tahu punca keputihan? 

    Pun begitu, ada sesuatu mengenai masalah keputihan yang sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada anda!

    Untuk mengetahui mengenai punca mengapa keputihan berlaku dan bahayanya terhadap kondisi kesihatan anda, sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Sebelum itu, anda perlu faham terlebih dahulu apa itu keputihan dan punca-puncanya.

    Apa itu keputihan?

    punca keputihan

    Keputihan atau nama saintifiknya Fluor Albus atau Leukore adalah satu kondisi yang berlaku kepada wanita di mana keluarnya lendir berwarna putih atau seakan-akannya dari lubang faraj.

    Kebiasaannya, ia akan berlaku kepada wanita yang telah berkahwin ekoran daripada aktiviti seksual mereka bersama pasangan.

    Ramai wanita tidak menyedari bahaya keputihan ini dan langsung menganggapnya sebagai salah satu petanda yang biasa semasa kitaran haid.

    Disebabkan itu, setiap wanita perlu tahu membezakan pengeluaran lendir pada faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang memerlukan rawatan lanjutan.

    Untuk pengetahuan anda, keputihan boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:

    • Keputihan fisiologi Ia bersifat normal dan tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit. Ia sering berlaku sebelum kitaran haid wanita atau semasa wanita sedang mengalami kesuburan. Lendir yang keluar daripada keputihan jenis ini biasanya hanya sedikit dan cair serta mempunyai warna putih. Anda tidak perlu terlalu risau tentangnya.
    • Keputihan patologik Ia bersifat kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau penyakit berbahaya yang lain. Lendir yang keluar daripada keputihan jenis ini biasanya lebih banyak, lebih kental, berketul dan berbau serta akan mengakibatkan kegatalan pada faraj. Ia mempunyai warna yang lebih keruh seperti kelabu, kuning atau hijau. Jika anda mengalami keputihan seperti ini, sila rujuk doktor dengan kadar segera.  

    Persoalannya, apakah punca masalah keputihan ini dan apakah bahaya yang menanti jika masalah ini tidak dirawat dengan kadar segera?

    Apa punca keputihan berlaku?

    punca keputihan

    Bagi punca keputihan yang normal (keputihan fisiologi), ia berlaku secara alami ekoran aktiviti seksual bersama pasangan atau sebagai petanda biasa ketika kitaran haid berlaku.

    Bagi punca keputihan yang kronik (keputihan patologik) pula, ia berlaku disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, seperti:

    Selain daripada kondisi kesihatan yang disenaraikan di atas, punca keputihan yang lain adalah disebabkan oleh gaya hidup anda yang tidak sihat seperti:

    Setiap kali anda perasan ada lendir keputihan keluar daripada faraj anda, segera pastikan warna, tekstur dan baunya untuk memastikan ia adalah keputihan yang normal atau keputihan yang kronik.

    Sekiranya anda kurang pasti punca mengapa keputihan itu berlaku dan inginkan kepastian yang lebih lanjut, segera berhubung dengan doktor untuk khidmat nasihat dan rawatan lanjutan, jika perlu. 

    Adakah masalah punca keputihan berbahaya?

    punca keputihan

    Masalah keputihan yang tidak dirawat dengan kadar segera boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi yang bahaya terhadap wanita terutamanya terhadap sistem reproduktif.

    Antara bahaya yang boleh terjadi adalah kandidiasis invasif, yang berlaku disebabkan infeksi sekunder di mana kuman yang menjangkiti faraj boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru lantas menghasilkan luka.

    Selain itu, keputihan juga berisiko menjejaskan rahim lalu mengakibatkan kemandulan, kehamilan di luar rahim, kanser rahim atau paling menakutkan, kematian sekiranya berlaku pendarahan pada rahim. 

    Jadi, sila bertindak dengan kadar segera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini sebegini terjadi kepada anda.

    Sebagai langkah pencegahan awal, sila pastikan anda mengikuti checklist berikut:

    • Bersihkan faraj anda dengan kerap menggunakan air dan produk yang bersesuaian
    • Elakkan daripada mandi buih atau mandi dalam air takungan seperti tab atau jakuzi
    • Pastikan anda mengelap faraj dari bahagian hadapan ke belakang untuk mengelakkan kuman masuk ke dalam lubang faraj anda
    • Sentiasa pakai seluar dalam yang bersih dan tidak terlalu ketat

    Jika masalah keputihan ini masih berlarutan, dapatkan khidmat nasihat dan rawatan lanjut daripada doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan