backup og meta

Jangan Tangguh, Ini 5 Sebab Anda PERLU Jumpa Pakar Sakit Puan Walaupun Semasa COVID-19!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/09/2022

    Jangan Tangguh, Ini 5 Sebab Anda PERLU Jumpa Pakar Sakit Puan Walaupun Semasa COVID-19!

    Tahukah anda OB/GYN ataupun pakar sakit puan merupakan cabang dalam perubatan yang fokus kepada kesihatan wanita?

    Daripada sistem reproduksi wanita, kehamilan sehinggalah kelahiran, pakar sakit puan yang terlatih akan sentiasa ada di samping anda untuk menjawab segala persoalan.

    Tetapi, tahukah anda ada beberapa isu yang tidak patut anda tangguh-tangguhkan jika mahu berjumpa dengan OB/GYN?

    Jom, ikuti artikel kami di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

    Malu berjumpa dengan pakar sakit puan?

    Kami faham ada segelintir wanita yang rasa takut-takut untuk berjumpa OB/GYN kerana perasaan malu yang menebal.

    Jangan macam tu! Mereka juga manusia biasa seperti kita. Doktor OB/GYN ada untuk menolong jika anda mempunyai apa-apa masalah mengenai kesihatan wanita.

    Walaupun begitu, ketika musim COVID-19 seperti sekarang, pasti ramai yang menunda janji temu mereka dengan OB/GYN atas alasan sukar untuk keluar rumah dan sebagainya.

    Namun, anda perlu tahu ada beberapa perkara anda TIDAK BOLEH tangguh dan perlu berjumpa doktor dalam kadar segera.

    Anda juga mungkin berminat:

    Segera berjumpa pakar sakit puan jika anda mengalami simptom ini!

    1. Rasa sakit pada bahagian pelvis

    Tapi bukan sakit yang biasa-biasa ya. Sakit pelvis yang dimaksudkan ialah sakit yang tidak beransur hilang walaupun setelah anda berehat ataupun mengambil ubat tahan sakit.

    Sakit pelvis yang kronik mungkin merupakan tanda bahawa anda menghidapi penyakit lain yang lebih teruk.

    Cepat-cepatlah buat janji temu dengan OB/GYN jika rasa sakit ini membuatkan anda tidak boleh berdiri hingga sukar untuk melakukan kegiatan seharian.

    2. Pendarahan vagina

    Jangan diamkan diri jika anda mempunyai pendarahan yang abnormal pada bahagian vagina. Selain itu, jika anda datang bulan lebih teruk dan heavy daripada biasa, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor.

    Jika anda sudah biasa mengalami pendarahan yang banyak semasa datang bulan, mungkin ini bukanlah situasi kecemasan buat anda.

    Tetapi, jika tiba-tiba anda terpaksa bertukar pad sampai berkeping-keping dalam masa sejam, itu adalah masalah yang agak besar dan perlukan perhatian doktor.

    Pakar sakit puan boleh berikan anda khidmat nasihat yang sewajarnya sesuai dengan situasi anda.

    3. Anda rasa ada ketulan pada payudara

    ob/gyn

    Jika anda tiba-tiba dapat rasa ketulan pada payudara dan anda mempunyai keluarga dengan sejarah kanser ovari ataupun kanser payudara, anda perlu berjumpa pakar sakit puan dalam kadar segera.

    Jangan tangguh perjumpaan anda dengan doktor disebabkan COVID-19. Pemeriksaan ketulan tersebut perlu dijalankan dengan kadar segera.

    4. Rasa sakit atau pendarahan semasa awal kehamilan

    Pada trimester pertama kehamilan, pendarahan mungkin boleh berlaku dengan kerap. Tetapi, pendarahan yang berlaku ketika trimester kedua dan ketiga kehamilan perlu dipandang serius.

    15-20% daripada ibu mengandung mengalami keguguran pada waktu awal kehamilan.

    Jika anda rasa sakit pada awal kehamilan dan mengalami pendarahan yang terus-menerus, ini mungkin tanda komplikasi yang serius pada kandungan anda.

    Jangan bertangguh dan jumpa doktor dalam kadar yang segera ya!

    5. Pendarahan setelah menopaus

    Pendarahan selepas menopaus adalah tidak normal. Jangan sesekali anggap pendarahan yang berlaku adalah tidak serius dan hanya disebabkan stres semata-mata.

    Walaupun pendarahan selepas menopaus jarang mencetuskan apa-apa bahaya, 10% daripada pendarahan ini adalah disebabkan kanser.

    Oleh itu, penting untuk pendarahan ini diperiksa supaya pakar sakit puan anda dapat kenal pasti apakah penyebabnya yang sebenar.

    6. Anda alami masalah keganasan rumah tangga

    pakar sakit puan

    Masalah keganasan rumah tangga bukanlah sesuatu yang baharu bagi rakyat Malaysia.

    Wanita yang terperangkap dalam keganasan rumah tangga mungkin sedang mengalami masa yang sukar kerana ‘terkurung’ bersama-sama dengan pendera mereka ketika pandemik COVID-19 ini.

    Jika anda rasa diri anda dalam bahaya, anda boleh menghubungi OB/GYN ataupun hospital yang terdekat. Mereka mempunyai SOP sendiri untuk membantu anda sebaik mungkin.

    Anda juga boleh segera ke balai polis yang terdekat ataupun hubungi Talian Kasih 15999 untuk mendapatkan bantuan segera.

    Lawati pakar sakit puan setiap tahun

    Setiap wanita disarankan untuk melawat OB/GYN sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pemeriksaan rutin.

    Selain itu, jika anda ingin melakukan perancangan rumah tangga, atau berbincang dengan doktor mengenai masalah yang dihadapi semasa berhubungan kelamin, pakar sakit puan merupakan doktor yang paling sesuai.

    Mereka merupakan pakar dalam kesihatan wanita dan sepatutnya menjadi rujukan no 1 wanita atas masalah yang mereka hadapi.

    Melawat OB/GYN mungkin perkara yang menggerunkan bagi sesetengah pihak, namun marilah kita cuba normalkan kunjungan ke OB/GYN setahun sekali untuk pemeriksaan rutin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan