backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Opss... Angin Keluar Dari Vagina, Ini Punca Wanita Alami Kentut Faraj!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 14/02/2024

    Opss... Angin Keluar Dari Vagina, Ini Punca Wanita Alami Kentut Faraj!

    Wanita kalau alami kentut faraj, bermaksud faraj sudah longgar, betul ke? Alamak, risaunya. Dah tak umph-lah bersama cik abang. Chill, jom ketahui lebih lanjut mengenai apa itu kentut faraj.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Maksud kentut faraj

    Vaginal flatulence, queefing adalah antara nama lain bagi kentut vagina ini. Jadi, apa itu kentut faraj? Ia adalah satu keadaan apabila terdapat udara yang terperangkap di dalam vagina.

    Bunyi yang terhasil adalah hampir sama seperti bunyi angin yang keluar melalui dubur

    Walau bagaimanapun, queefing tidak mempunyai sebarang bau. Namun, perlu diakui ia adalah satu situasi yang memalukan walaupun keadaan ini dianggap normal dan tidak melibatkan sebarang risiko berkaitan kesihatan.

    Bagaimana munculnya angin di faraj?

    kentut faraj
    Ciri-ciri kentut vagina.

    Ya, bunyi memang saling tak tumpah seperti kentut, tetapi hakikatnya kentut vagina dan kentut dubur berbeza sama sekali. Kentut yang keluar dari dubur dan ada kalanya berbau adalah disebabkan oleh bakteria.

    Bau itu muncul apabila bakteria memecah dan melepaskan gas ketika proses pencernaan dan disingkirkan daripada badan melalui angin yang berbunyi proott..proott.

    Menurut Naib Presiden Bahagian Perubatan Luar di Planned Parenthood, Dr. Vanessa Cullins, “Kentut vagina berlaku apabila udara memasuki saluran faraj dan cuba melepaskan diri.

    Oleh sebab itu terhasil bunyi saat angin cuba melepasi bukaan lubang faraj. Ia tidak berbau kerana ia cuma angin kosong.”

    Bila angin kentut faraj akan keluar?

    Sebenarnya, tiada masa tertentu untuk mengetahui bila anda akan queefing. Tetapi kebiasaannya terjadi pada masa situasi yang senyap dan mungkin akan menyebabkan anda berasa malu.

    Contohnya seperti saat melakukan senaman yoga atau mengalami kentut faraj selepas bersama pasangan anda.

    Dalam erti kata mudah, ia sangat random. Mungkin sewaktu melangkah, anda mungkin akan mengalami pelepasan angin daripada vagina. Tiba-tiba bunyi kentut…arghhh…segannya! Itulah hakikatnya, kentut ini agak sukar untuk dikawal. 

    Ia tidak boleh dikawal tetapi berita baiknya, ciri ciri kentut faraj yang lebih kerap berlaku kepada wanita yang pernah hamil dan melahirkan anak ini tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada kesihatan. 

    Fistula faraj

    kentut vagina belum berkahwin
    Kentut vagina selepas berkahwin.

    Walaupun begitu, kentut faraj yang melibatkan masalah fistula faraj, perlu diberikan perhatian.

    Fistula antara faraj dan organ abdominopelvic lain adalah keadaan yang berkaitan dengan kentut vagina yang memerlukan perhatian perubatan.

    Seseorang individu wanita itu perlu untuk berbincang dan mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya kentut vagina yang berlaku selepas atau diikuti beberapa perkara seperti berikut:

  • Kelahiran bayi, terutama untuk proses kelahiran yang baru berlaku dan berdepan kesukaran
  • Terapi radiasi yang melibatkan pelvis
  • Pembedahan ginekologi, pelvis atau bahagian abdomen
  • Mengalami kesakitan atau ketidakselesaan
  • Kebocoran air kencing atau peningkatan pelepasan faraj atau keputihan
  • Keluar najis atau sisa lain
  • Mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan
  • Darah
  • Kerengsaan atau pembengkakan pada tisu faraj
  • faraj berbau
    Teknik menghilangkan masalah vagina berbau.

    Jika anda mengalami keadaan seperti yang dinyatakan di atas secara berterusan dan tidak dapat dikenal pasti puncanya, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor.

    Akhir kata

    Kentut vagina


    • Tidak wujud disebabkan proses pencernaan, tetapi ia wujud dari udara yang menyelinap masuk ke dalam faraj dalam satu pergerakan yang pantas
    • Ia tidak berbau kerana ia cuma angin kosong

    Sekarang anda sudah pun mengetahui apa itu kentut faraj.

    Sekiranya anda mengalami kentut faraj ini, bertenang, ia adalah normal untuk berlaku dan tidak mempunyai kaitan dengan faraj longgar.

    Jika keadaan ini menyebabkan anda malu untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan, cara terbaik adalah untuk berterus-terang mengenai masalah queefing yang anda hadapi.

    Ia adalah perkara di luar kawalan, dan pastinya pasangan anda boleh memahami keadaan ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 14/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan