backup og meta

Mioma Serviks: Kesan Serius Terhadap Kehidupan Seksual Wanita

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/08/2023

    Mioma Serviks: Kesan Serius Terhadap Kehidupan Seksual Wanita

    Mioma serviks (cervical myomas) yang juga dipanggil sebagai fibroid serviks adalah sejenis penyakit ginekologi. Ia boleh menyebabkan kemudaratan serius terhadap kesihatan dan kehidupan seks wanita, yang mana mempunyai kesan negatif terhadap semangat dan aktiviti harian wanita.

    Apa itu mioma serviks?

    Mioma serviks adalah tumor yang licin dan lembut di dalam serviks. Secara amnya, mioma jarang berkembang di dalam serviks, bahagian bawah rahim. Tetapi apabila ia berlaku, ia biasanya disertai oleh mioma di bahagian atas uterus yang lebih besar. Secara beransur-ansur, mioma serviks boleh membesar dan kemudiannya menyekat bahagian saluran kencing atau protrud (prolaps) iaitu menonjol ke dalam faraj. Pada masa itu, anda akan dijangkiti oleh luka yang lama di kawasan ini.

    Apakah simptom mioma serviks?

    Jika anda dijangkiti dengan mioma serviks, anda mungkin mengalami:

    • Pendarahan teruk dan tidak teratur dari faraj
    • Pendarahan yang banyak boleh menyebabkan anemia, keletihan, dan kelemahan
    • Menyebabkan kesakitan semasa hubungan seksual
    • Mengalami tekanan atau benjolan di abdomen
    • Ragu-ragu untuk memulakan pembuangan air kecil, urin menitis pada akhir membuang air kecil dan pada akhir kencing, dan kemudian urin tidak lawas.
    • Mempunyai lebih banyak risiko jangkitan saluran kencing.

    Bagaimana mendiagnosis?

  • Pemeriksaan pelvik: Pemeriksaan fizikal biasa untuk mendiagnosis mioma serviks. Semasa pemeriksaan pelvik, doktorselalunya akan mengesan dan melihat mioma anda, terutamanya jika ia membonjol. Jika tidak, doktor tidak akan memeriksa moima secara langsung, sebaliknya, mereka mungkin memeriksa saiz dan bentuk rahim dan serviks.
  • Ultrasonography transvaginal: Kaedah lain untuk membantu mendiagnosis mioma serviks adalah ultrasonografi transvaginal. Doktor akan memasukkan peranti ultrasound melalui faraj ke dalam rahim anda. Peranti ini direka untuk menghantar imej kawasan yang tidak sihat kepada doktor untuk memeriksa penyumbatan aliran urin dan mioma tambahan.
  • Bersama ultrasonografi transvaginal, anda perlu melakukan ujian darah untuk pemeriksaan anemia dan ujian sitologi serviks untuk kanser serviks.

    Bagaimana untuk merawat?

    • Jika mioma kecil dan anda tidak mengalami sebarang simptom, doktor akan memberikan anda rawatan.
    • Jika mioma prolaps, doktor akan masukkan peralatan dalam faraj dan mengeluarkan mioma.
    • Sekiranya mioma menimbulkan simptom yang serius, mereka dibuang melalui pembedahan jika mungkin. Selepas pembedahan, anda masih boleh hamil.
    • Jika mioma besar, doktor perlu mengeluarkan keseluruha rahim.

    Penyakit ini boleh menyebabkan akibat yang bermasalah jika tidak didiagnosis dan dirawat segera. Anda mungkin kehilangan peluang untuk menjadi ibu selama-lamanya. Oleh itu, anda perlu prihatin dengan keadaan tubuh dan jika terdapat simptom ini, anda perlu berbincang dengan doktor anda secepat mungkin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 14/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan